30 Ogos 2010

Hawa


Aku mencarimu wahai Hawa..
 
Tidaklah Hawa itu,
Dicipta dari tulang kaki,
Hawa bukannya kuli,
Hamba yang bisa disakiti,
Oleh insan bergelar lelaki.

Tidaklah Hawa itu pula,
Dicipta dari tulang kepala,
Kelak hawa lebih berkuasa,
Dan adam banyak menjadi hawa.

Hawa itu dari tulang rusuk,
Rusuk si Adam,
Kerana rusuk dekat dengan hati,
Tanda hawa perlu disayangi
Kerana rusuk itu bengkok,
Tugas Adamlah yang meluruskannya,
Dengan kelembutan tanpa paksaan

(ismaputra : 26 April 2009)


Tenang Di Hati


Bagaikan semalam kurasakan,
kau ucap perpisahan,
rupanya hanya kenangan.

Berkali-kali,
ku salahkan diri,

Ada ketikanya,
mahu bertemu semula,
mahu berbicara mesra,
membisik kata cinta.

Lama-lama,
kurasa sakitku terubat,
kumulai terima hakikat,
kau aku tiada ikatan.

Rasa aman kembali,
aku tenang kini,
dalam jiwa dan hati.

Terkenang..

Hubungan Cinta Terlarang
Aku begitu mencemburui tatkala melihat budak-budak tak cukup umur ini berkasih sayang tahap gaban. antara sebab dan punca-puncanya ialah aku pun nak juga disayangi (Huaaaaa....)

Kadang bila kita lihat pasangan suami isteri ke atau kapel ke pasti terdetik di hati kita :

"pakwe hensem, awek macam mak lampir" Atau
"selekeh je mamat tu, camne die boleh usha Maya Karin ek? "


Sori yang.. bukan abang tak sudi terima cintamu. tapi abang dah ada orang lain

Itulah yang dikatakan cinta itu buta lagi membutakan. ada orang melihat dari situasi fizikal, ada orang tengok sikap. kalau nak lagi bagus korang ikut cara aku, cari yang beriman.. hehehehe

Kadang orang bertanya, "mengapa perlu bercinta?"

Sesungguhnya tuhan telah memasukkan cinta kedalam hati Adam ketika bertemu dengan Hawa.dalam ayat Al-Quran juga telah termaktub yang setiap ciptaan-Nya dicipta berpasangan. Subhanallah..

Justeru itu, kepada korang yang masih solo diluar sana, hangpa jangan risau dan jangan melawan takdir. jangan kata tak ada jodoh la, tak sampai seru la. sebab dah tertulis dalam Al-Quran dah.. nak kena lempang ke??


Awas jangan salah pilih,
kelak ko akan bersedih,,
bercinta melalui jalan yg benar,
bukan ikut hawa nafsu..

Sayang ayah kita melawan
sayang emak tengking-tengkingkan
sayang adik kita lempangkan
sayang abang body kuberi

Saya Budak Baru Belajar...

Buah cempedak diluau pagau,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajau,
kalau salah tolong lempangkan.

Hahaha, kepada kawan-kawan sama ada yang saya kenal atau tidak (kalau tak kenal camne dikatanya, kawan? betol tak?)

Berikan lah komen ikhlas terhadap blog  saya ni, untuk memantapkan lagi blog ini.. kadang-kadang kena ade org ketuk kepala kita dulu baru lah kita jalan dgn lurus


Assalamualaikum

Bendera Malaysia
Hari ini, 31 Ogos 2010 merupakan hari bersejarah bagi aku kerana pada saat ini aku menjebakkkan diri didalam dunia penulisan blog..



Insyaallah akan aku gunakannya dengan penuh berhemah. pepun selamat menyambut hari kemerdekaan dan ramadan..

MERDEKA!!!!!!!!! TAPI PUASA TETAP PUASA!!!