"MANA SATU PILIHANMU?"
Benar, hidup anda adalah ditentukan oleh anda sendiri, di tangan andalah segala rencana hidup anda. lebih2 lagi jika anda sudah matang, mampu brfikir dengan bijak. kadangkala hidup ini ibarat kita ni kereta, dan perjalanan hidup kita umpama jalan yang kita lalui. kita selalu diberi peluang demi peluang namun kita tetap nak memilih jalan yang susah.. natijahnya, kita adalah orang yang paling lambat sampai ke sesuatu destinasi sedangkan orang lain sudah terlebih dahulu sampai
Umpama jalan kampung, bila disebut apa yang kita terfikir? pastinya tanahnya yang berselut, lopak-lopak air dan pastinya penuh dengan kerosakan. bayangkan jika kita menggunakan jalan kampung dari melaka untuk pegi ke kuala lumpur.. bayangkan berapa lama masa yang perlu diambil?
|
Jalan raya di taman perumahanku |
Cuba bayangkan pula bagaimana keadaan di jalan raya yg berada di sekeliling kita.. turapan lenturnya membuatkan kita berasa amat selesa dan tenang ketika memandu di atasnya.
Tapi awas! sekiranya berlaku kesesakan jalan raya, anda pasti rasa tensen bukan?? xpon ade kerja-kerja penyelenggaraan jalan..
Pasti kata-kata "hikmah" terkeluar dr mulut anda.. begitulah hidup ini. anda kdg2 suka memilih jalan khidupan yg byk ranjau duri meskipon utk memenuhi cita2 anda.. tetapi jika dibandingkan dr jalan kampung, lbh baik jalan ini. kerana jalan sebegini lebih teratur dan terselenggara daripada jalan kampung. maknanya org yg pilih kehidupan mcm ni skurang2nye hidup mereka teratur.
|
Say hai... |
Bagaimana pula dengan lebuhraya? pasti ramai yang menyukai lebuh raya bukan? boleh pecut laju2.. lencong sane, lencong sini.. best... tp ade yg x bestnye.. kena bayar tol! hahaha.. gitulah gamaknye hidup bak lebuhraya ni.. kamu akan senang sampai ke destinasi cita-citamu dengan cepat tetapi perlulah pengorbanan yang BESAR (bayar tol).. xde pngorbanan xleh lalu kat highway..
Begitulah analogi hidup ni. mana yang anda pilih? sudah tentu highway bukan? tapi tanya balik pada diri anda.. sanggup ka anda berkorban demi masa depan yang cemerlang? atau sanggup pecut sehingga kelajuan maksima walupon anda tau risikonya maut??
Kalau anda sanggup maka tahniah.. tp anak2 sebangsa saya, maap cakap lebih gemar berendam selut dan lumpur di jalan kampung, adakah anda mahu baju anda kotor, kereta anda terperangkap di lopak lumpur?
ataupon adakah anda mahukan bantuan orang lain seperti trak tunda membawa anda ke destinasi?
Mungkin boleh, tp pastu mane tau dia caj anda lebih tinggi kot harganya..
atau mungkin x pasal-pasal pemandu trak tunda tu ialah pak cik anda! Itu pasal dapat murah,, haahaa