13 November 2010

Puisi Cinta Tidak Bernama

Aku
tak mahu
melepaskanmu,

Wahai
dewi
kembalilah disisiku
ku rindu belaianmu

Mengapa pantas kita bertemu,
dan pantas berpisah aku dan kamu?
belum sempat ku rasa manisnya
cintamu yang tiada bandingnya

Aku sedih dan kecewa,
hatiku punah dan menderita
berjauhan denganmu buatku sengsara
kembalilah disisiku sayang.

teringat cinta pertama... hahaha

12 November 2010

Pantun Benci Pantun Sayang

Pantun dua kerat saya :






Dahulu besi sekarang parang,


Dahulu benci sekarang sayang.
 


Oleh itu,
 
Bencilah org len,
Sebab,
 
Benci itu mmbuatkan anda mncari apa yg blh dijadikan bahan utk mmbenci dia..
tapi, itu mmbuatkan anda makin mngenali dia dari sisi gelapnya
ramai org mlihat dari sisi yg terang, yang baik..
itu satu kesilapan.

4 November 2010

Pandangan Serong Terhadap Pelajar Politeknik


Pinjam Logo Jap Yek...

Sukar untuk mengakui, masih ada yang meragui tahap kecemerlangan politeknik kini. meskipun pelan transformasi dan pelbagai lagi inisiatif diadakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti politeknik, ia masih dianggap pusat pengajian tinggi kelas kedua.
Promosi Diri : Bancuh Simen Ye Bang??

Sebagai contoh, ibu bapa lebih bersemangat menghantar anak-anak mereka ke universiti atau ke kolej matrikulasi daripada politeknik. sedangkan kita tahu, praktikal amat dipentingkan di politeknik. tambahan lagi, dasar kerajaan kini yang mahukan bidang kemahiran ditingkatkan seharusnya mampu mengubah landskap politeknik di mata masyarakat. sebaliknya, perkara lain yang berlaku. mengapa ini terjadi?
 
Ada sesetengah ibubapa masih memanggil institusi politeknik dengan gelaran "sekolah politeknik". sedangkan politeknik bukanlah sekolah, tetapi ia tertakluk kepada akta dimana ia mengiktiraf ia sebagai sebuah gedung ilmu. baru-baru ini, 3 politeknik dinaik taraf menjadi politeknik premier, adakah orang ramai mengetahui hal ini?



Saya ada juga mendapat pelbagai berita mengenai betapa peritnya pelajar politeknik apabila menjejakkan kaki ke menara gading. mereka susah untuk bergaul dengan pelajar universiti dan pensyarah disana (segelintir) seakan memperlekehkan mereka. berangappan yang penganugerahan sijil dan diploma politeknik tidak mencapai standard antara tanggapan negatif yang sering dilemparkan mereka. percayalah, walau bagaimanapun kita memberi penerangan, kita masih di takuk lama.
tetapi, kadangkala perlulah kita menyuluh kearah diri kita sendiri sebagai pelajar politeknik. apakah kita mampu menjadi ejen penggerak?

Ini Bukan Kontra... Ini Diskriminasi..!!

Pelajar politeknik sering dianggap manja. degil dan nakal. kerana apa sahaja sering disuapkan kepada mereka. kadangkala, mereka seakan malas mencari dan berusaha sehingga mengharapkan belas ihsandan terlalu dependan kepada pensyarah untuk memberikannya. contohnya, nota-nota kebanyakannya disediakan oleh pensyarah sedangkan mereka boleh mencarinya di perpustakaan. justeru itu, budaya ini perlu diubah jika mahu politeknik dipandang tinggi.

Kepimpinan pelajar di politeknik perlulah diperkasakan seperti kepimpinan di universiti. ingin saya tegaskan disini yang bukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sahaja yang perlu dimantapkan, tetapi kesemua pelajar politeknik itu sendiri. saya kesal kerana hanya JPP sahaja yang perlu disalahkan sekiranya kepimpinan, aktiviti dan apa-apa sahaja yang berkaitan pelajar gagal. persatuan-persatuan jabatan seperti persatuan jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan sebagainya perlulah mantap.

"Kalau Takut Dengan Pengorbanan, Jangan Bercerita Soal Perjuangan..!!!"

Hakikatnya, persatuan jabatanlah yang memainkan peranan dalam menggerakkan keaktifan pelajar mengikut jabatannya. pemimpin persatuan jabatan perlu ada perancangan seperti mengadakan aktiviti pelajar (yang bukan bersifat bodoh2 seperti permainan sukan rakyat), mencari dana sendiri  dan yang lagi penting cuba keluar dari kepompong yang biasa. contohilah persatuan jabatan di universiti, ambil ia sebagai batu aras. tak salah kita mengimplementasikannya asalkan ia mampu menaikkan tahap kita.

Pada tahun ini, satu sekretariat JPP Politeknik Malaysia ditubuhkan hasil kerjasama JPP selurh politeknik Malaysia. sya berharap sangat agar ia tidaklah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.
disamping itu, kerjasama antara politeknik-politeknik prlulah diaktifkan. kita sebenarnya seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. hal ini amatlah memalukan.

Jika ipta-ipta lain boleh bersatu, mengapa bukan kita? dengan ini, perkembangan ilmu, teknologi dan sebagainya dapat dilakukan. ini tidak kita seakan mahu menunjukkan kehebatan sesama kita sedangkan ia takde la seberapa.. ibarat jaguh kampung.
apa yang penting, pelajar itu sendiri yang perlu berubah. kita ada pensyarah yang pakar. malah, sesetengah pelajar kita lebih hebat daripada pelajar di universiti..
kita juga mesti bangga dengan institusi kita.  dengan itu, pastinya politeknik dipandang lebih tinggi

Kesedaran Politik Dikalangan Pelajar

Ini Bukan Politik, Ini Parti Politik ngok.. Lain tu
Assalamualaikum! Kabare semua?

Apabila diperkatakan mengenai politik, segelintir daripada kita  khususnya pelajar agak sukar membukakan mulut untuk membicaranya secara berilmiah. ini kerana wujud suatu perasaan yang mengganggap ia sebagai satu yang sensitif, khususnya kepada pelajar.

Istilah "tidak cukup umur" atau "masih mentah" sering kedengaran dan didendangkan kepada kita, khususnya pelajar. kenapa saya khaskan kepada pelajar? kerana aksara pelajar itu bersifat universal atau umum iaitu untuk kita semua, kerana dalam hidup kita selalu belajar. bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi dari kita bangun tidur hinggalah kita tidur semula. jika saya katakan siswa, maka hanya siswa sahaja yang perlu membuka mata mengenai hal ini.

Ini Baru Tak Cukup Umur...

Politik bukanlah parti politik. ia juga bukan merujuk kepada pemilihan atau pilihanraya. ia bersifat subjektif. setiap orang bebas mentafsirkan definisi politik mereka mengikut acuan dan kamus diri sendiri. bagi saya, politik itu siyasah, atau kepimpinan. politik yang baik adalah kepimpinan yang baik. bagi kita orang islam, kepimpinan perlulah berlandaskan ajaran agama agar tidak tergelincir daripada-Nya.

Dewasa kini, ramai menyalah anggap pada politik. mereka mendesak agar kebebasan politik diberikan,  kita perlulah menyemai sikap menghargai kuasa politik khususnya kepada pelajar. mereka perlulah diterapkan dengan kepentingan politik itu sendiri, bahaya yang boleh didapati sekiranya tidak mempertahankan politik(kepimpinan) yang baik. agar mereka menjadi insan yang menghargai. tidak perlulah saya memberikan langkha-langkah ynag sewajarnya kerana sudah berlambak cadangan-cadangan yang wujud diluar sana.

Politik mengajar kita tentang adab berpemimpin, mengajar kita bersiasah dan bersivik. kalau setakat berkata banyak tapi hal yang kecil seperti mendaftar sebagai pengundi pon takleh, talk to my hand la..

Apa yang saya harapkan, agar kesedaran politik kepada pelajar dapat ditingkatkan. politik itu baik, jika digunakan secara baik.