4 November 2010

Pandangan Serong Terhadap Pelajar Politeknik


Pinjam Logo Jap Yek...

Sukar untuk mengakui, masih ada yang meragui tahap kecemerlangan politeknik kini. meskipun pelan transformasi dan pelbagai lagi inisiatif diadakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti politeknik, ia masih dianggap pusat pengajian tinggi kelas kedua.
Promosi Diri : Bancuh Simen Ye Bang??

Sebagai contoh, ibu bapa lebih bersemangat menghantar anak-anak mereka ke universiti atau ke kolej matrikulasi daripada politeknik. sedangkan kita tahu, praktikal amat dipentingkan di politeknik. tambahan lagi, dasar kerajaan kini yang mahukan bidang kemahiran ditingkatkan seharusnya mampu mengubah landskap politeknik di mata masyarakat. sebaliknya, perkara lain yang berlaku. mengapa ini terjadi?
 
Ada sesetengah ibubapa masih memanggil institusi politeknik dengan gelaran "sekolah politeknik". sedangkan politeknik bukanlah sekolah, tetapi ia tertakluk kepada akta dimana ia mengiktiraf ia sebagai sebuah gedung ilmu. baru-baru ini, 3 politeknik dinaik taraf menjadi politeknik premier, adakah orang ramai mengetahui hal ini?



Saya ada juga mendapat pelbagai berita mengenai betapa peritnya pelajar politeknik apabila menjejakkan kaki ke menara gading. mereka susah untuk bergaul dengan pelajar universiti dan pensyarah disana (segelintir) seakan memperlekehkan mereka. berangappan yang penganugerahan sijil dan diploma politeknik tidak mencapai standard antara tanggapan negatif yang sering dilemparkan mereka. percayalah, walau bagaimanapun kita memberi penerangan, kita masih di takuk lama.
tetapi, kadangkala perlulah kita menyuluh kearah diri kita sendiri sebagai pelajar politeknik. apakah kita mampu menjadi ejen penggerak?

Ini Bukan Kontra... Ini Diskriminasi..!!

Pelajar politeknik sering dianggap manja. degil dan nakal. kerana apa sahaja sering disuapkan kepada mereka. kadangkala, mereka seakan malas mencari dan berusaha sehingga mengharapkan belas ihsandan terlalu dependan kepada pensyarah untuk memberikannya. contohnya, nota-nota kebanyakannya disediakan oleh pensyarah sedangkan mereka boleh mencarinya di perpustakaan. justeru itu, budaya ini perlu diubah jika mahu politeknik dipandang tinggi.

Kepimpinan pelajar di politeknik perlulah diperkasakan seperti kepimpinan di universiti. ingin saya tegaskan disini yang bukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sahaja yang perlu dimantapkan, tetapi kesemua pelajar politeknik itu sendiri. saya kesal kerana hanya JPP sahaja yang perlu disalahkan sekiranya kepimpinan, aktiviti dan apa-apa sahaja yang berkaitan pelajar gagal. persatuan-persatuan jabatan seperti persatuan jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan sebagainya perlulah mantap.

"Kalau Takut Dengan Pengorbanan, Jangan Bercerita Soal Perjuangan..!!!"

Hakikatnya, persatuan jabatanlah yang memainkan peranan dalam menggerakkan keaktifan pelajar mengikut jabatannya. pemimpin persatuan jabatan perlu ada perancangan seperti mengadakan aktiviti pelajar (yang bukan bersifat bodoh2 seperti permainan sukan rakyat), mencari dana sendiri  dan yang lagi penting cuba keluar dari kepompong yang biasa. contohilah persatuan jabatan di universiti, ambil ia sebagai batu aras. tak salah kita mengimplementasikannya asalkan ia mampu menaikkan tahap kita.

Pada tahun ini, satu sekretariat JPP Politeknik Malaysia ditubuhkan hasil kerjasama JPP selurh politeknik Malaysia. sya berharap sangat agar ia tidaklah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.
disamping itu, kerjasama antara politeknik-politeknik prlulah diaktifkan. kita sebenarnya seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. hal ini amatlah memalukan.

Jika ipta-ipta lain boleh bersatu, mengapa bukan kita? dengan ini, perkembangan ilmu, teknologi dan sebagainya dapat dilakukan. ini tidak kita seakan mahu menunjukkan kehebatan sesama kita sedangkan ia takde la seberapa.. ibarat jaguh kampung.
apa yang penting, pelajar itu sendiri yang perlu berubah. kita ada pensyarah yang pakar. malah, sesetengah pelajar kita lebih hebat daripada pelajar di universiti..
kita juga mesti bangga dengan institusi kita.  dengan itu, pastinya politeknik dipandang lebih tinggi

Tiada ulasan: