28 Mac 2012

PMK Di Melaka FM

PROMOSI PMK DI MELAKA FMPDFPrintE-mail
Written by Ahmad Syukri Mohamed Yunus   
Monday, 26 March 2012
ImageImage

Melaka Tengah , 21 Mac 2012 – Politeknik Melaka (PMK) telah diberi peluang oleh Melaka FM untuk membuat promosi mengenai peluang kemasukan ke politeknik dan program terbaru yang akan diadakan di PMK dalm slot ‘Memetik Bintang’ pada jam 9.30 malam tadi . PMK telah diwakili oleh En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus selaku Pegawai Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar , Saudara Mohd Azim kamaruddin, Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMK  dan Saudara Noor Ismaputra Samsudin mewakili pelajar yang berada di semester akhir pengajian.

ImageImage
ImageImage

Peluang ini telah digunakan untuk mempromosi dan memperkenalkan Politeknik KPT ke peringkat akar umbi mengenai kemasukan dan peluang melanjutkan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM. Ini bersesuaian dengan pengumuman keputusan SPM yang telah dibuat beberapa jam sebelum itu.

ImageImage
ImageImage

Usaha menyampaikan maklumat secara terus kepada pihak terlibat dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting bagi mengelakkan para pelajar sekolah terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keciciran, sedangkan mereka mempunyai kelayakan untuk membina kerjaya di dalam sistem pengajian di Politeknik KPT. Matlamat berikutnya ialah menjadikan pembinaan modal insan yang cemerlang seperti yang diwar-warkan oleh para pemimpin negara akan tercapai.

ImageImage
ImageImage

Selain daripada itu, kedua-kedua orang pelajar PMK telah menzahirkan rasa bangga kerana menjadi salah seorang daripada warga PMK yang merupakan politeknik yang aktif dari segi kepelbagaian program dan aktiviti yang dianjur dan disertai oleh warga PMK. Budaya sentiasa terlibat dengan kepelbagaian aktiviti ini dapat membentuk sahsiah yang berdaya saing, berkeyakinan tinggi, sentiaa positif dalam perilaku serta dan mempunyai visi dan misi yang jelas dalam kehidupan masing-masing.

ImageImage
ImageImage

PMK juga mempromosikan Program Kempen Belia Siswa Merintis Aspirasi Terunggul (BESMAT 2012) yang akan diadakan pada 26-30 Mac 2012. Pelbagai aktviti seperti kempen derma darah, pameran pelbagai agensi kerajaan dan booth khas untuk khidmat nasihat serta kemudahan online pelajar lepasan SPM memohon secara percuma.

ImageImage
Image

Last Updated ( Tuesday, 27 March 2012 )

23 Mac 2012

21 Mac 2012 : Di Melaka FM




21 Mac 2012, Menghampiri ulangtahun pertama aku kemalangan. Bila difikir kembali aku banyak belajar, banyak insaf, banyak rezeki datang mencurah kepada aku setelah setahun berlalu.

Walaubagaimanapun, aku akan terus maju kehadapan. Tak perlu toleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah

p.s : gambar di atas adalah sewaktu ditemubual oleh radio Melaka FM dalam slot Memetik Bintang, suara aku masuk radio, kau ade??? hahaha

ALHAMDULILLAH

6 Mac 2012

Pendidikan Satu Perniagaan

Pejam celik pejam celik dah penghujung semestar dah aku ni. Tiga tahun yang aku rasa lama itu berlalu ibarat dedebu pantai yang ditiup bayu. cehhhhh

Tapi, bukan itu yang aku nak cerita. Tapi ia berkaitan dengan pendidikan.

Aku percaya yang perniagaan itu pasti memberi keuntungan bagi sesiapa yang menyertainya. Dalam dunia yang dikuasai sistem kapitalis yakni keuntungan maksimum semata-mata, segala yang apa dari hujung rambut hingga hujung kaki secara tidak langsung dicaj demi keuntungan.

Tak percaya?

Nak sikat rambut kena beli sikat. Nak wangi kena beli minyak wangi. Nak bersiar-siar kena beli kereta

Seolah-olah hidup kita dikawal dengan fulus. Soalnya, aku tidak mempersoalkan kenapa perlu kita membayar itu semua, al-maklum lah tak semua didunia ini percuma

Tetapi mengapa mesti mengambil kesempatan. Seolah-olah si kaya meminta derma dari si miskin


*****************************************

Aku nak riwayatkan sebuah hikayat pada kau. Agar dibukakan hati itu supaya lebih memahami

Arakian pada 30 tahun dahulu, zaman 70 an. Di mana lampu minyak tanah masih digunakan untuk menerangi malam dan televisyen masih lagi barangan mewah, hidup seorang anak penoreh getah.

Hidupnya susah, lalu diazamkan dalam hati mahu belajar hingga ke menara gading. Berkat solat tahajud setiap malam dan sembahyang subuh berjemaah sebelum menoreh, dia berjaya mendaftar di sekolah menengah Inggeris, satu pencapaian luar biasa bagi orang kampung sepertinya. 

Sesudah masuk ke sekolah menengah dan mendapat MCE pangkat 1, terbayang dimindanya mahu melanjutkan pelajaran ke London dalam perundangan

Berkat usaha dan biasiswa yang diberi, akhirnya dia menjadi peguam pertama dari kampungnya.

Berbalik pada zaman millenium

Ada seorang anak nelayan, hidupnya susah tetapi dia bercita-cita besar. Mahu menjadi jurutera membina bangunan dan jalanraya.

Kerana sejak kecil asyik disuapkan dengan protein ikan, kurma dan air zam zam, keputusan SPM nya amatlah cemerlang, mendapat pangkat 1. Lalu terbayang olehnya menara gading, gaji yang lumayan dan sebagainya

Tetapi, alangkah pedihnya hatinya bila mendapat tahu tidak mendapat tawaran ke menara gading. kawan sekelasnya yang ada 2 subjek "fail" berjaya ke universiti hasil "orang dalam"

Tiada pilihan lain, terpaksalah mendaftar di kolej swasta. Ketika memilih kursus, dia terpinga-pinga, 

Fotografi, Pelancongan, Gimnastik? 

apakah kecelakaan ini semua? sejak bila kursus badut ini ditawarkan? 

Bertambah malang lagi, setiap kursus "ditawarkan" dengan yuran yang "berpatutan" . Mahu tak mahu terpaksalah meminjam dengan Ceti berlesen; 

PTPTIPUUUU..

**************************************

Selebihnya, kau fikirlah. lepas tamat belajar dah ada hutang. belum lagi punyai rumah dan kereta. Apatah lagi mahu berumah tangga. Yang sudah bercintun lama pastinya akan terputus ditengah jalan kerana sang arjuna ingin mengumpul harta demi membina mahligai bahagia.

Inilah perniagaan ALA kapitalis.Sistem pendidikan kita dilacurkan atas nama keuntungan. Hari ini berbondong-bondong pihat mahu menubuhkan sekolah swasta, kolej swasta kerana mereka sedar prospek keuntungannya berlipat kali ganda. Mereka akan sentiasa ada pelanggan. Jika tidak sekalipun, mereka akan mengambil pelajar asing atau mengiklankan kolej mereka di suratkhabar atau di televisyen.

Kita sebagai anak muda juga telah dipermainkan dengan relanya. Jangan nak tipu la, aku yakin separuh daripada kita akan berkata yang kita belajar semata-mata mahu mengisi perut supaya tak banyak bunyi, mahu mendapatkan kerja supaya dapat beli Honda Civic. Kalau lah itu semua percuma atau boleh dipetik di pokok pisang, sudah pasti buku-buku yang ada diperpustakaan sudah lama kita bakar buat kayu api.

Inilah realiti hidup masa kini.

p.s :  Agak pelik juga kerana disebahagian Jabatan Agama Islam negeri menawarkan tabung pinjaman hasil daripada wang zakat kepada sesiapa yang mahu sambung belajar

Sedangkan belajar ini boleh dikategorikan dalam 8 golongan yang layak terima zakat yakni fisabilillah.

Fikir-fikirkan.

sekadar renungan :


 RM500 JUTA LESAP DARI YAYASAN SELANGOR SEMASA BN - mkini

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan