6 Mac 2012

Pendidikan Satu Perniagaan

Pejam celik pejam celik dah penghujung semestar dah aku ni. Tiga tahun yang aku rasa lama itu berlalu ibarat dedebu pantai yang ditiup bayu. cehhhhh

Tapi, bukan itu yang aku nak cerita. Tapi ia berkaitan dengan pendidikan.

Aku percaya yang perniagaan itu pasti memberi keuntungan bagi sesiapa yang menyertainya. Dalam dunia yang dikuasai sistem kapitalis yakni keuntungan maksimum semata-mata, segala yang apa dari hujung rambut hingga hujung kaki secara tidak langsung dicaj demi keuntungan.

Tak percaya?

Nak sikat rambut kena beli sikat. Nak wangi kena beli minyak wangi. Nak bersiar-siar kena beli kereta

Seolah-olah hidup kita dikawal dengan fulus. Soalnya, aku tidak mempersoalkan kenapa perlu kita membayar itu semua, al-maklum lah tak semua didunia ini percuma

Tetapi mengapa mesti mengambil kesempatan. Seolah-olah si kaya meminta derma dari si miskin


*****************************************

Aku nak riwayatkan sebuah hikayat pada kau. Agar dibukakan hati itu supaya lebih memahami

Arakian pada 30 tahun dahulu, zaman 70 an. Di mana lampu minyak tanah masih digunakan untuk menerangi malam dan televisyen masih lagi barangan mewah, hidup seorang anak penoreh getah.

Hidupnya susah, lalu diazamkan dalam hati mahu belajar hingga ke menara gading. Berkat solat tahajud setiap malam dan sembahyang subuh berjemaah sebelum menoreh, dia berjaya mendaftar di sekolah menengah Inggeris, satu pencapaian luar biasa bagi orang kampung sepertinya. 

Sesudah masuk ke sekolah menengah dan mendapat MCE pangkat 1, terbayang dimindanya mahu melanjutkan pelajaran ke London dalam perundangan

Berkat usaha dan biasiswa yang diberi, akhirnya dia menjadi peguam pertama dari kampungnya.

Berbalik pada zaman millenium

Ada seorang anak nelayan, hidupnya susah tetapi dia bercita-cita besar. Mahu menjadi jurutera membina bangunan dan jalanraya.

Kerana sejak kecil asyik disuapkan dengan protein ikan, kurma dan air zam zam, keputusan SPM nya amatlah cemerlang, mendapat pangkat 1. Lalu terbayang olehnya menara gading, gaji yang lumayan dan sebagainya

Tetapi, alangkah pedihnya hatinya bila mendapat tahu tidak mendapat tawaran ke menara gading. kawan sekelasnya yang ada 2 subjek "fail" berjaya ke universiti hasil "orang dalam"

Tiada pilihan lain, terpaksalah mendaftar di kolej swasta. Ketika memilih kursus, dia terpinga-pinga, 

Fotografi, Pelancongan, Gimnastik? 

apakah kecelakaan ini semua? sejak bila kursus badut ini ditawarkan? 

Bertambah malang lagi, setiap kursus "ditawarkan" dengan yuran yang "berpatutan" . Mahu tak mahu terpaksalah meminjam dengan Ceti berlesen; 

PTPTIPUUUU..

**************************************

Selebihnya, kau fikirlah. lepas tamat belajar dah ada hutang. belum lagi punyai rumah dan kereta. Apatah lagi mahu berumah tangga. Yang sudah bercintun lama pastinya akan terputus ditengah jalan kerana sang arjuna ingin mengumpul harta demi membina mahligai bahagia.

Inilah perniagaan ALA kapitalis.Sistem pendidikan kita dilacurkan atas nama keuntungan. Hari ini berbondong-bondong pihat mahu menubuhkan sekolah swasta, kolej swasta kerana mereka sedar prospek keuntungannya berlipat kali ganda. Mereka akan sentiasa ada pelanggan. Jika tidak sekalipun, mereka akan mengambil pelajar asing atau mengiklankan kolej mereka di suratkhabar atau di televisyen.

Kita sebagai anak muda juga telah dipermainkan dengan relanya. Jangan nak tipu la, aku yakin separuh daripada kita akan berkata yang kita belajar semata-mata mahu mengisi perut supaya tak banyak bunyi, mahu mendapatkan kerja supaya dapat beli Honda Civic. Kalau lah itu semua percuma atau boleh dipetik di pokok pisang, sudah pasti buku-buku yang ada diperpustakaan sudah lama kita bakar buat kayu api.

Inilah realiti hidup masa kini.

p.s :  Agak pelik juga kerana disebahagian Jabatan Agama Islam negeri menawarkan tabung pinjaman hasil daripada wang zakat kepada sesiapa yang mahu sambung belajar

Sedangkan belajar ini boleh dikategorikan dalam 8 golongan yang layak terima zakat yakni fisabilillah.

Fikir-fikirkan.

sekadar renungan :


 RM500 JUTA LESAP DARI YAYASAN SELANGOR SEMASA BN - mkini

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan

Tiada ulasan: