17 April 2012

Sekeping Gambar 14

Jangan Salahkan Ibu Mengandung,,, Atau Jangan Salahkan Anak Mengandung??





Masa kecik, asyik bukak radio, bukak lagu. Pastu si anak menyanyi. Mak Ayah kata si anak dah pandai menyanyi

Pastu, hantar anak pergi kelas menari la, main piano la, kelas matematik la. Dengan harapan si anak dilatih sedari kecik menjadi terhebat.

Sebenarnya, kita terikut-ikut dengan didikan anak ala Barat. Kalau dari kecik dok dengarkan dia lagu yang lagha,, dah besau nanti ko yakin ke dia akan melekat dan suka dengar ayat al-quran?

Senangkan nak buat anak, tapi susahkan nak didik anak.



Ceria

Dengan Muka Yang Riak Lagi Takbur,, Astagfirullah (Sekadar Gambar Hiasan)


Assalamualaikum! Kabare semua?




Spring : Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta


Ku tak tahu mengapa 
Tiba-tiba sahaja 

Di dalam hati ini sering rindu padamu 

Ingin kumeluahkan, tak berdaya 



Ku tahu engkau jua 

Sangat sayang padaku 

Kaupun sering merindu 
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku 
Punya rasa... 



Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu 

Dan tiba-tiba kita jatuh cinta 

Ini semua sudah suratan ilahi 
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan 



Biar... apapun terjadi 

Aku... harap engkau tabah... 

Menerimaku sebagai teman barumu 
Semoga kita saling sayang, bahagia... 



Usahlah engkau pergi 

Semadi di hatiku 

Masih menyayangimu, oh sayangku... 
Bila sehari tak jumpa, aku rindu... 




Ya Allah, jika benar dia diciptakan untukku, dicipta dari rusuk ku, dicipta untuk membahagiakan aku, izinkan lah aku menyayanginya dengan halal, izinkan lah aku memperisterikannya

Ya allah, jika benar aku untuk dia, jadikanlah aku insan yang sentiasa mensyukuri nikmat Mu 

14 April 2012

Bercakap Dengan Dinding

Assalamualaikum!



Ada satu pepatah melayu yang popular, iaitu bagai menuang air di daun keladi
Ertinya orang yang degil, cakaplah macam mana pun, marahlah macam mana pun, tetap macam tu juga

Tapi zaman millennia kini perlu ada satu anjakan paradigma bagi perpatah ini. Iaitu bagai bercakap dengan dinding

Mengikut kefahaman aku yang belajar ilmu kejuruteraan awam, dinding ini adalah pembahagi kawasan. Misalnya kalau antara bilik utama dengan bilik kedua perlu disempadankan kawasan itu menggunakan dinding.

Sifat dinding kena kuat, walaupun ia tak tanggung beban (tiang dan rasuk merupakan penyokong bangunan daripada beban) namun ia perlu kukuh.

Jadi apa kaitannya bercakap dengan dinding ini dengan menuang air di daun keladi?

Kalau daun keladi itu, kalau kau tuang air banyak-banyak pun sekurang-kurangnya adalah sedikit air yang meresap. Tapi kalau bercakap dengan dinding in, bukan sahaja tak serap, malah dipantulkan pula pada kita

Ibaratkan apa yang kita bagi, kita nasihat tak kesampaian, malah dibalas dengan kata-kata kejian.

Nampaknya generasi masakini makin enggan dan tegar menerima nasihat, meskipun nasihat itu baik