14 April 2012

Bercakap Dengan Dinding

Assalamualaikum!



Ada satu pepatah melayu yang popular, iaitu bagai menuang air di daun keladi
Ertinya orang yang degil, cakaplah macam mana pun, marahlah macam mana pun, tetap macam tu juga

Tapi zaman millennia kini perlu ada satu anjakan paradigma bagi perpatah ini. Iaitu bagai bercakap dengan dinding

Mengikut kefahaman aku yang belajar ilmu kejuruteraan awam, dinding ini adalah pembahagi kawasan. Misalnya kalau antara bilik utama dengan bilik kedua perlu disempadankan kawasan itu menggunakan dinding.

Sifat dinding kena kuat, walaupun ia tak tanggung beban (tiang dan rasuk merupakan penyokong bangunan daripada beban) namun ia perlu kukuh.

Jadi apa kaitannya bercakap dengan dinding ini dengan menuang air di daun keladi?

Kalau daun keladi itu, kalau kau tuang air banyak-banyak pun sekurang-kurangnya adalah sedikit air yang meresap. Tapi kalau bercakap dengan dinding in, bukan sahaja tak serap, malah dipantulkan pula pada kita

Ibaratkan apa yang kita bagi, kita nasihat tak kesampaian, malah dibalas dengan kata-kata kejian.

Nampaknya generasi masakini makin enggan dan tegar menerima nasihat, meskipun nasihat itu baik

Tiada ulasan: