6 Oktober 2010

politik 7 (realpolitik)

5 REALPOLITIK
Realpolitik merujuk kepada sistem politik yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat. Realpolitik diambil dari campuran perkataan realisme dan politik. Realpolitik diasaskan oleh Niccolo Machiavelli. Mengikut beliau, kaedah ini dilakukan dengan memaksa, membuat konspirasi dan jika perlu berperang demi mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya, penyatuan Negara Jerman disebabkan realpolitik. Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara ini pada tahun 1871. Bismarck telah menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan. Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untukmemenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
Akan tetapi kaedah Realpolitik ini tidak sesuai dilakukan dalam konteks agama Islam kerana ia lebih kepada “matlamat menghalalkan cara”. Maksudnya apa sahaja cara yang digunakan sama ada salah atau betul di sisi undang-undang atau hukum agama diketepikan untuk mendapatkan apa yang kita kehendak. Sedangkan Islam telah menegaskan yang hanya kaedah yang betul, baik dan munasabah sahaja wajar digunakan dalam mendapatkan sesuatu.

Tiada ulasan: