11 Disember 2011

Sekeping Gambar 13

Melaka berjaya masuk ke peringkat separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2011. ko tau tak?

17 November 2011

Enam Wanita Yang Tidak Boleh Dijadikan isteri

dipetik dari http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/11/enam-sifat-perempuan-yang-menjijikkan.html


1. Al-Anaanah:
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:
Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.



p.s : sekarang ini, agak senang bagi kaum lelaki mengenal perwatakan wanita tersebut, sebagai contoh. melalui laman sosial seperti Facebook, perhatikan calon isteri anda ini, jika statusnya penuh kata cacian, makian, gambarnya penuh dengan gambar yang tidak menutup aurat, perlukah anda meikirkan 8 kali lagi untuk memperisterikannya? atau memang anda bangang sangat? hehe

2 November 2011

Ini Bukan Zaman Berpesta Dan Bergendang

Tiap kali aku meneyeluk dompet di kocekku, aku terpandang gambar keluargaku yang ditangkap sewaktu aku tingkatan 2. Alangkah mudanya masa itu, Dengan wajah yang masih lagi jambu dan baru menginjak ke usia remaja (14 tahun).

Kemudiannya aku membelek kad pengenalanku yang kian lusuh. Terpampang jelas 14 angka pengenalanku yang bermula dengan nombor 91 pada pangkalnya. Alangkah masa itu berlalu dengan pantasnya. Lalu aku terimbau sedikit pada satu bacaan aku di laman blog lain yang agak menarik perhatianku. Ujar si penulis, sesiapa yang lahir pada tahun milenium (2000) kini sudah 11 tahun hidup di muka bumi ini. Mereka yang lahir pada krisis kewangan 1998 sudahpun bersekolah menengah.

Apakah kita mengerti akan situasi di atas? Ya, kita semakin menginjak tua. Masa berlalu tanpa mempedulikan kita yang masih lagi terkapai-kapai bagai tiada arah tuju. Samalah seperti aku. Masih dibuai mimpi enak dan kenangan lampau.

Akhirnya pada tahun ini, aku meraikan dasawarsaku yang ke dua-puluh. Satu pencapaian umur yang boleh dibanggakan kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah s.w.t ini.

Marilah kita renung kembali, sepanjang hayat kita hingga kini apakah yang kita telah lakukan untuk menjamin sinar cahaya masa depan?

Tak ku nafikan, kadangkala perancangan dijana kita namun keputusannya masih hak milik mutlak tuhan. Tak mengapalah, asalkan kita mencuba daripada sekadar duduk membisu.

Kalau kau tanyakan padaku, apa yang kau mahukan selepas ini? Aku akan jawab aku mahukan kehidupan yang lebih baik. Kerana aku telah ditimpa dengan ujian yang membuatkan aku lebih menghargai erti kehidupan. Hakikatnya, mereka yang ditimpa musibah adalah manusia yang terpilih. Kau mungkin tak akan merasai pahitnya atau menceritakan manisnya derita jika kau tak mengalaminya.

Umpama kata pujangga, pengalaman adalah guru yang lebih hebat daripada sejarah. Kerana pengalaman terjadi dengan kita merasainya.

Kau harus ingat, ini bukan zaman bergendang. Ada orang umurnya sudah memasuki jubli intan namun masih terhegeh-hegeh mencari punca. Ingatlah Nabi Muhammad saw pernah bersabda yakni :

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu sihat sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan HIDUP SEBELUM MATI.

Bersenda, bersuka tak salah. Tetapi janganlah hingga melupai apakah asal tujuan kau untuk hidup di muka bumi ini. Ini zaman serius.

16 Oktober 2011

Sekadar Perkongsian..

Berjaya Corporation Berhad adalah salah satu daripada konglomerat di Malaysia dan diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun. Aktiviti utama kumpulan ini termasuklah pelaburan hartanah dan pembangunan, Pengurusan Judi & Lotteri dan Perkongsian Masa-Cuti, Perlancungan , Pengurusan dan Pembangunan Hotel & Resorts.

Untuk makluman, Vincent Tan dengan syarikatnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan. Mereka merupakan pemegang lesen judi antara yang terbesar di negara kita dan sebelum ini mereka berjaya mencipta kontroversi apabila diberikan lesen ‘halal’ oleh pihak kerajaan untuk menjalankan perjudian bola sepak piala dunia secara ‘sah’.
Berjaya Group dan anak-anak syarikatnya

Berjaya Corporation juga memiliki rangkaian kedai @ minimart 24 jam iaitu 7Eleven, di mana salah satu barangan jualan utama di dalam kedai serbaneka tersebut ialah minuman arak. Pekerja di kedai tersebut majoritinya adalah Melayu Islam dan mengikut maklumat dan pengalaman saya yang bertugas mengendalikan kes-kes juvana, ramai anak-anak remaja Melayu Islam yang gemar membeli arak di 7Eleven. Alasan mereka ialah ianya mudah didapati, boleh dibeli pada bila-bila masa, terutamanya selepas jam 12 tengah malam. Adakah saya menyukai Berjaya Corporation dan Vincent Tan? Saya rasa anda semua tahu apa yang saya maksudkan.

11 Oktober 2011

Kelebihan Air Sejuk/Ais

Assalamualaikum! Kabare semua?










Air Sejuk ialah air yang disejukkan. Pada masa dahulukala, sebelum Oliver Evans mencipta peti ais, orang-


orang dulu ada cara menyimpan air supaya menjadi sejuk. Antaranya mereka simpan dalam labu sayong. Dulu  


kalau tak silap aku labu sayong asalnya daripada labu yang dikeringkan dan labu ini boleh mengisi air tanpa 


bocor. Bila dah maju masyarakat buat labu sayong daripada tanah liat sampai la hari ini.




Labu Sayong








Tahukah anda minum air sejuk yang dicampur madu pada waktu pagi adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Berikut antara kebaikkan air sejuk :




-Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.(Aku selalu buat benda ni, kalau terjaga tengah malam aku selalu bukak peti ais pastu minum air sejuk. Kemudian terus tidur)



-Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


-Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total


-Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.


-Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


-Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


-Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


-Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.


-Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


-Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


-Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.


-Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.


-Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.


-Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.


-Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


-Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Katanya Nabi Muhammad mandi di awal pagi bagi mengekalkan stamina. Air waktu pagi kan sejuk, tapi ini tak sure la betul ke tak.


-Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.


-Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk..


-Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.


-Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


-Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.


-Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..

7 Perkara Sunnah Yang Penting

Assalamualaikum! Kabare semua?


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: 
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Wallahualam.

Doa Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum! Kabare semua?

artikel ini diambil di sini. http://alkurawi.blogspot.com (Kredit dan Pahala kepada penulis)


Sekarang nih ramai di antara kita mempunyai pelbagai penyakit yang berjangkit. Tidak kira ler dari sebab keturunan atau pun dari pemakanan kita sendiri. Sebab itu berhati2 bila memilih makanan segera dan buah2 serta sayur2an haruslah di cuci bersih untuk menghilangkan keracunan.. Kerana keracunan yang ada pd buah dan sayur juga punca kita mendapat penyakit.

Cara kita makan juga boleh mengundang dari datangnya penyakit. Rasulullah SAW pun pernah berpesan bila kita minum air haruslah kita duduk agar air yang mengalir ke perut dapat disalurkan dengan baik. Begitu juga dengan cara kita makan. Jangan makan terlalu lahap kerana kelaparan kerana perut yang kosong harus di isi dengan perlahan2 agar makanan dapat dicernakan dengan baik dan sempurna.. Baru tidak sakit perutkan..

Ok guys... terpanjang plak topik sebenarnya kita.. Ini aku kongsikan DOA untuk pesakit BUAH PINGGANG. Semoga amalan ini dapat sedikit sebanyak membantu pesakit2 buah pinggang pulih dengan izin-Nya... Amin


Cara2nya
  • Baca Surah Al Fatihah sekali
  • Selawat Syifa sekali

Selawat Syifa

Baca surah Al Mukminuun Ayat 115 - 118


Maksudnya
115 ~ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptaka kamu secara main2 (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
116 ~ Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang Sebenarnya ; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain DIA, Tuhan (Yang mempunyai) Aeasy yang mulia
117 ~ Dan Barang siapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tida ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya Sesungguhnya orang2 yang kafir itu tiada beruntung
118 ~ Dan katakanlah ; " Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."
  • Baca Surah As-Syu'araa ayat 130



Maksudnya
Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang2 kejam dan bengis

Nota
Amalkan setiap hari atau setiap kali selepas solat fardhu.. InsyaAllah itu semua dengan izin dari-Nya


P.S : sesungguh di dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai ayat-ayat menyembuh penyakit tak kira apa melainkan penyakit mati dan tua. Wallahualam




8 Oktober 2011

Dari Sebuah Langkah

Assalamualaikum! Kabare semua?

Jauh lagi perjalanan kita ni dik oi...


Pada masa sebegini, pada akhir-akhir tahun sebelum kita meraikan tahun baharu masihi biasanya wujud suasana yang semakin genting lagi menyesakkan atmosfera hidup, suatu musim getir terutamanya kepada golongan yang bergelar pelajar iaitu bukan musim kemarau, musim bunga atau musim banjir. Tetapi musim peperiksaan. Bercakap mengenai musim peperiksaan, adik aku kini sedang bertarung dengan kertas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Moga-moga beliau berjaya menjawab soalan yang diberi dengan suksesnya.



Bercakap mengenai peperiksaan juga, aku terimbau kisah lampau aku yang dah berlalu hampir 9 tahun lepas yakni pada tahun 2003. Pada masa itu aku berdepan peperiksaan pertama dalam hidupku iaitu UPSR. Biasalah, waktu itu apalah yang dikisahkan tentang masa depan melainkan di dalam fikiran hanyalah bermain, bergembira dan bersukaria

Aku teringat yang sebulan sebelum peperiksaan bermula aku masih lagi bermalas-malasan kuat bermain hinggalah ayahku merotan aku menggunakan paip getah. Masih terngiang-ngiang di mindaku hingga kini kata ayahku :

"Kalau kau tak lulus, kau tak payah sekolah menengah. Berhenti sekolah kerja kebun je!"

Sudah tentu bila orang tua kita yang bercakap sedemikian, kita pasti merasa gerun bukan? Alhamdulillah keputusan peperiksaan UPSR aku  mengecewakan berbanding kawan-kawan sepermainan aku yang lain, 3A 2B. HAHAHAHA

Masuk ke alam sekolah menengah, aku termenung seketika. Kawan-kawan lain mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya menempatkan diri di sekolah yang bagus. Tetapi aku sekadar disini, dengan keputusan sebegini pula. 

Tetapi, ketika aku di alam sekolah menengah, aku berpendapat yang keputusan UPSR itu adalah bahan arkib kuno. Yang mana bila masuk sahaja ke sekolah menengah itu hanyalah lesen untuk melepasi tingkatan 1. Selebihnya ia bolehlah digantung di pagar sekolah kerana di alam menengah, keputusan UPSR adalah sekadar keputusan. Selagi kamu berusaha, kamu bisa berjaya.

Aku menginsafi diri apabila mahu mengambil peperiksaan PMR pada tahun 2006, jika dahulu aku keberatan mahu menelaah buku, aku buang sikap itu. Jika dulu aku menjauhi Ilahi, aku mendekatkan diri pada-Nya.

Aku menggaulkan diriku dengan sahabat dan menjauhkan diriku dari kawan ketawa. Akhirnya keputusan PMR aku membuahkan hasil dan aku memperoleh 6A 2B. Tapi sayang 2 B itu adalah Matematik dan Sains, yang mana menggagalkan aku untuk menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau mana-mana pun sekali.

Saat itu walaupun aku gembira namun dalam hati aku teramat perit untuk disimpulkan. Segala kudrat serta kerajinan aku tidak dapat diulangi pada peperiksaan SPM. Yang mana kali ini aku benar-benar kecewa.

Untuk apa aku kisahkan semua ini? Persoalannya apakah kaitan atau dalam bahasa sainsnya  pembolehubah yang dimalarkan diantara peperiksaan dan kehidupan?

Saudara-saudari sekalian, hidup ini umpama peperiksaan. Kita tahu kita akan senantiasa ditimpa  dugaan dan cabaran. Soalnya, bersediakan kita? Seperti peperiksaan, sebelum kita mendudukinya kita pasti akan membuat persiapan seperti mengulangkaji pelajaran, beribadat atau yang paling cikai sekalipun ialah memastikan ada pensil 2B yang boleh digunakan untuk melorekkan kertas objektif.

Tanpa persiapan, kita sudah secara tidak langsung sudah mengangkat bendera putih. Kita tidak pun membuka langkah kita untuk kehadapan.Aku ingin berpesan padamu yang setiap kejayaan bermula dari sebuah langkah. Kita dicipta daripada sperma ayah kita yang berjaya melangkah masuk ke dalam ovum. Jika sperma itu gagal maka mana mungkin kita dilahirkan. Ketika kita masih bayi dan masih belum reti berjalan, kita berusaha melangkah menggunakan kaki meskipun acapkali terjatuh. 

Benar, orang kata peperiksaan itu bukanlah segalannya. Dunia tidak mungkin  akan kiamat atau negara akan diserang musuh jika engkau gagal semua subjek yang diambil. Kegagalan akan berlaku. Tetapi kita harus bijak menangkis kegagalan daripada berulang kembali. Jangan biarkan sejarah yang lepas diulang. Bak kata pujangga; barang yang lepas jangan dikenang.

Hakikatnya, setiap manusia boleh berjaya tetapi jalan yang dilalui untuk berjaya itu banyak cabang. Misalannya jika kita mahu ke tempat A kita boleh berjalan kaki atau menaiki kereta.

SOALNYA DISINI, mana jalan yang engkau mahu ambil? Mana langkah yang mahu kau ambil? Yang berliku, atau yang lurus?

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Seperti kata pujangga; " Kita yang membentuk sesuatu, bukan mereka yang membentuk kita"

Kepada mereka yang sekarang atau yang bakal mengambil peperiksaan, aku berpesan yang peperiksaan ini hanyalah langkah kecil. Hakikatnya, jalanmu masih panjang lagi.

Melainkan engkau berputus asa, maka jalan engkau adalah jalan mati


artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis, Ismaputra Samsudin. Jangan lupa untuk "follow blog ini.

Sekeping Gambar 12




Sekeping Gambar 11






Ketika sedang menjalankan Kajian Halaju Setempat. Macam polis la yang dok tembak-tembak kereta kat jalan tu. Masa ini semangat nak buat kajian, itu pasal le aku join sekali (maaf ini bukan sekeping gambar tapi 3 keping gambar)

Sekeping Gambar 10

Angry Bird ke Anger Bird?

29 September 2011

Aku, Anak India Dan Dato Shake

(berdasarkan kisah benar)


Aku ingin surahkan padamu mengenai sebuah hikayat mengenai aku, di mana hikayat ini perlulah kau tekuni setiap patah abjad dan perkataan supaya kau menginsafi diri lantas  bisa memperkasakan diri. Nasihatku kepadamu ialah marilah kita mengambil iktibar dari hikayat ini.Tetapi aku tidak menghalang dirimu supaya menamatkan bacaan hikayat ini. Mungkin kau leka menonton drama Korea yang hampas itu dan enggan membebankan mindamu dengan sesuatu pemberat yang mana tahu boleh mencambah sel-sel dalam otakmu itu.

Hikayat ini bukannya kisah dongeng yang berusia ratusan tahun, atau seperti kisah mitos yang ditemurunkan dari generasi ke generasi. Hikayat ini hakikatnya bermula dua hari lepas. Dimana hari itu aku bertemu dengannya, seorang anak India. Padaku dia anak muda berjiwa Malaysia yang aku fikir pada masa kini agak sukar dijumpai.

Dia peminat Dato Shake kerana acapkali bersiul lagu "Anugerah Dari Kegagalan"

Dari kegagalan,
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan, 
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi disebalik
Semua kepahitan 
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertan 
Yang amat dalam.

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya 
Dibumi Tuhan
Ho Ho

Kalau difikirkan, kami bersapa secara tidak sengaja ketika aku menjawat di persatuan pelajar. Ironinya dia mengenali aku melalui nama yang terpampang di baju korporat ku. Sejak itu, kalau kami berjumpa dia akan berteriak namaku; "Ismaputra, Ismaputra!"

Dari situ kami rapat. Bukan rapat seperti pasangan kekasih yang memadu asmara. Tambahan pula dia seorang jantan, masakan pula aku bernafsu songsang? 

Rapat disini diibaratkan sebagai 2 insan berlainan kulit dan anutan menjadi kawan baik. Aku tak nafikan dia menggagumi aku kerana dia berpendapat aku dilahirkan untuk memegang kuasa. Padahal aku menganggap diriku seorang opportunis; suka mengambil kesempatan.

Itu hikayat tahun lepas. Dua hari lalu aku bertemunya di sini. Kami bersalaman. Lalu persoalan popular terpancul dari mulutnya; Apa khabar kakimu, isma?

Aku tersenyum, hanya bercerita padanya hal yang hakiki. Namun saat aku mengeluh padanya dia memberi semangat padaku. Dia mengajar aku erti tawakal. Sama menduga orang yang tak mengakui Allah s.w.t itu Tuhannya dan Muhammad s.a.w itu nabinya mengajar aku erti tawakal.

Lantas aku teringat ketika aku berada di kamar wad ketika aku dilawati oleh seorang tua yang aku tak kenali. Masih terngiang-ngiang ingatannya di mindaku hingga ketika saat ini. Katanya :

"Boleh jadi Tuhan menguji dirimu kerana mahu menghapuskan dosa-dosa lampaumu nya menimbun. Atau boleh jadi kau memang hamba yang baik. Namun Tuhan mahu menjadikan kau lebih baik"

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini ada yang mengerti dan ada yang tidak. Ketahuilah yang aku hanya menulis, mungkin tidak sebaik penulis-penulis lain tapi niatku hanya satu, aku menulis untuk peringatan.


28 September 2011

27 September 2011

Hang Tuah Dan Puteri Gunung Ledang (Sejarah Yang Dihitamkan)


Assalamualaikum! Kabare semua?
Gunung Ledang

Mengikut catatan lama iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang mencatatkan perihal seorang laksamana Melaka yang terkenal, Hang Tuah dan hubungannya dengan Puteri Gunung Ledang. Menurut Sejarah Melayu dikatakan Puteri Gunung Ledang yang berasal daripada Jawa dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik hingga menawan hati Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Syah.
Sejarah Melayu

Dalam karya agung Tun Sri Lanang itu beliau menceritakan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. 
Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya;
"... yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak kita peristeri (Puteri Gunung Ledang). Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang..."
Maka, diperhantarlah satu rombongan atas titah tuanku ke Gunung Ledang untuk meminang sang puteri. Sepertimana yang anda tahu, pinangan Sultan Mahmud ditolak dengan "lembut dan berkias" tapi penuh "tajam" apabila Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi
Antaranya :
* 1 jembatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 1 jembatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 7 dulang hati nyamuk.
* 7 dulang hati kuman.
* 7 tempayan air mata anak dara.
* 7 tempayan air pinang muda.
* 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, yaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka tetapi tidak syarat ketujuh, iaitu semangkuk darah Sultan Ahmad.
Begitulah versi lagenda yang diceritakan pada kita sejak turun temurun. Ada orang percaya sebenarnya Puteri Gunung Ledang menyintai Hang Tuah dan enggan mempersuamikan Sultan Melaka. Maka diberikan 7 syarat yang mustahil untuk ditunaikan sebagai kiasan menolak pinangan baginda. 
Lebih mendukakan hati sang puteri, Hang Tuah bagai lembu dicucuk hidung, apabila disuruh Sultan untuk meminangkan sang puteri. Maka hati sang puteri hancur kerana Hang Tuah tidak mempertahankan cinta mereka sebaliknya menumpahkan taat tak berbelah bagi kepada Sultan Mahmud.
Persoalannya disini, dimanakah bahagian yang digelapkan itu?
Bahagian yang digelapkan itu adalah pada ketika rombongan mahu mendaki Gunung Ledang untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Mengikut catatan dikatakan Hang Tuah begitu tua dan lemah hingga beliau menyuruh Tun Mamat menggantikan beliau untuk mendaki gunung tersebut.

Tidakkah ada keraguan di sini? Mulanya Hang Tuah yang diarahkan baginda Sultan untuk mengetuai rombongan ini. Kita semua tahu setiap arahan Sultan sentiasa dipenuhi Hang Tuah hatta bila diarahkan untuk menghalang sahabatnya sendiri Hang Jebat, beliau sanggup.

Jadi, kenapa Hang Tuah menolak untuk mendaki Gunung ini? Hakikatnya, Hang Tuah sudah lama mengetahui tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi` oleh Puteri Gunung Ledang.



Disebabkan tidak mahu pulang tanpa memenuhi kehendak Sultan, Hang Tuah sebenarnya telah mendaki Gunung Ledang itu semula selepas rombongan Tun Mamat pulang ke Melaka. Atas harapan mahu mengubah pendirian Puteri Gunung Ledang dan mahu memujuk Puteri untuk membatalkan 7 syarat itu. Nah, disinilah dimana sejarah dihitamkan

Mengikut kata orang-orang tua, Puteri Gunung Ledang memberikan satu syarat kepada Hang Tuah dan sekiranya Hang Tuah bersetuju dengan syarat ini, Puteri Gunung Ledang akan bersetuju berkahwin dengan Sultan Mahmud. Tetapi syarat yang dikenakan kepada Hang Tuah juga amat berat untuk dipenuhi. Maka sebab itulah Sultan Melaka tidak berkahwin dengan Puteri. Jika dipenuhi, pastinya catatan sejarah akan berubah kini. 

Berikut antara dialog yang diperolehi dari sebuah jurnal :

Puteri : Jika benar kanda mahukan dinda berkahwin dengan baginda Sultan, penuhilah sayarat yang dinda tawarkan ini.
Hang Tuah : Kalau nak ikut biar pintar, kalau nak menurut biar berakal. apakah syaratmu itu?
Puteri : Kanda janji pada dinda dahulu, penuhi syarat ini dahulu. Barulah dinda berkenan mempersuamikan Sultan Melaka.
Hang Tuah : Apakah syaratmu itu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puteri : Kanda, bagitaulah dinda macam mana kanda dapat jadi Duta KitKat, dinda pun nak masuk t.v juga.

HAHAHAHAHAHA 




Hang Tuah, EH,, M. Nasir ni... hahaha


26 September 2011

Sekeping Gambar 07


Pergi Langkawi tahun 2008. Free of charge sebab sekolah support kitorang. Cume bawak duit beli coklat je. Time ni la aku dapat pergi Padang Besar. Kalau tak memang org kata " nama tempat kenal, perginya tak pernah"

Sekeping Gambar 06


Waktu Masjid Kristal mula-mula bukak, ni gambar tahun 2008. Ada sesiapa yg korang kenal tak kat belakang tu?

Sekeping Gambar 05


Dah lama tak naik bas politeknik. Sempat lagi ke nak naik sementelaah masih ada 1 semester lagi ini.

Sekeping Gambar 04



Perjalanan masih jauh lagi der. Sedikit dugaan tak kan buat aku gentar. (cuam ada sikit down la.. haha)

Sekeping Gambar 03


Kurus sangat si anak kucing, apakah kau yakin masih ada hari esok?

Ulasan Buku Tiga : Menuju PAS Baru (Krisis, Peluang dan Dinamisme)

Assalamualaikum! Kabare semua?

Pengenalan


Kesedaran berpolitik khususnya dikalangan anak muda semakin "haus", bukan kerna kehausan di gurun sahara atau haus di malam hari, tetapi haus bak bunga tayar yang semakin nipis. Kenapa aku katakan demikian? Sebab kekhilafan ketika menafsir definisi istilah politik itu sendiri menyebabkan anak-anak muda semakin merenggangkan diri dengan politik.

Kebanyakkan mereka berfikiran yang politik itu kotor, penuh dengan muslihat bak ular membelit mangsanya, korup, dan sebagainya. Padahal mereka lupa yang dalam Islam sendiri telah menganjurkan sistem politik yang terbaik dari ladang, berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Jika tak bagus masakan Nabi Muhammad s.a.w berjaya menubuhkan Negara Islam Madinah? tak gitu?

Ulasan buku tiga kali ini membawakan sebuah buku tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan anak kepada Haji Yusof Rawa, bekas Presiden Pas.

Muka Hadapan


Lekuk S

Sebagai mana yang dikisahkan di dalam kata pengantarnya, buku ini merupakan cetusan minda penulis sendiri, dimana ia menyebut :

"Sebahagian (isi buku ini) daripada tesis ijazah Doktor Falsafah saya yang mendapat kelulusan Senat Universiti Malaya pada 25.10.2007"
(ms 7, Prakata)

Walau bagaimanapun beliau turut menyebutkan tidak kesemua isi tesisnya dimasukkan ke dalam buku ini kerana tesisnya lebih berkisar mengenai PAS Melaka dan bagi memudahkan pembaca untuk  membacanya.

Dr Mujahid Yusof


Secara keseluruhannya, beliau menulis mengenai beberapa isu dan krisis yang pernah dan sedang dilalui PAS, bagaimana harus untuk tidak mengulangi krisis itu dan beberapa penambhbaikkan yang boleh dilakukan agar parti PAS sentiasa "laku" di pasaran politik Malaysia. Maka sebab itulah tajuk buku itu ditulis Krisis, Peluang dan Dinamisme.






Secara mudahnya, beliau menggambarkan ketiga-tiga unsur ini sebagai sebuah graf lekuk S dimana terdapat lekuk permulaan, lekuk peningkatan dan lekuk pengakhiran.


Lekuk S

Lekuk permulaan dikatakan bermula ketika PAS mula-mula ditubuhkan dan beberapa krisis dan isu wujud ketika itu telah membawa parti ini keperingkat kedua iaitu Lekuk Peningkatan.

Krisis atau isu bukanlah sesuatu perkara yang membawa kearah negatif, sebaliknya menurut Dr. Mujahid Yusof 

"setiap krisis dan isu itu sebagai perkara yang "menekan" sesuatu perubahan untuk terjadi. Tanpa krisis, manusia akan bersenang lenang dan tiada usaha untuk memajukan dan meningkatkan diri."

Ketika ini (Lekuk Permulaan) menurut buku ini PAS berhadapan dengan krisis era pra-kemerdekaan (sebelum merdeka) yang menyaksikan berkrisis dengan UMNO, salah sebuah parti yang berpengaruh kepada melayu dan islam ketika itu. Pada masa itu, orang melayu bergantung harap kepada UMNO dan masih tidak meletakkan harapan pada PAS kerana PAS dianggap parti serpihan UMNO iaitu dari ulama-ulama UMNO yang keluar dari parti itu kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

Selain itu, konflik dwikeahlian yang berlaku dimana setiap orang UMNO itu adalah orang PAS dan begitulah sebaliknya mmasih dijalankan. Akan tetapi ia telah ditangani dengan penetapan perlembagaan PAS yang digubal ketika itu dimana setiap ahli PAS tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik lain.

Haji Ahmad Fuad
Dicatatkan juga oleh penulis, antara krisis kepimpinan awal yang berlaku ialah perletakkan jawatan Presiden PAS pertama, Tn Haji Ahmad Fuad kerana mengikut Dato Onn Jaafar menubuhkan Independence Malaya Party (IMP). Disebabkan itu, ahli PAS berada dalam keadaan umbang ambing kerana mereka tidak mempunyai calon yang bersesuaian. Tak bermaksud tidak ada langsung tetapi mereka memerlukan seseorang yang kuat dan boleh mengukuhkan perpaduan dikalangan mereka tambahan pula parti merek abaru ditubuhkan ketika itu.




Lekuk Peningkatan

Dato Asri Muda
Lekuk Peningkatan menyaksikan terdapat beberapa krisis yang dihadapi mereka. Jika Lekuk Permulaan menyaksikan PAS cuba menyingkirkan imej parti serpihan, Lekuk Peningkatan lebih melibatkan konflik kepimpinan. Penulis menyatakan ia dikatakan bermula dari kepimpinan Dato Asri. Konflik kepimpinan Dato Asri menyebabkan anggota PAS mendesak satu sitem kepimpinan baru diwujudkan, ditambah lagi oleh penulis:

"Maka, era kepimpinan ulama mula diperkenalkan pada Muktamar PAS Pusat 1982 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang disebabkan desakan (anggota PAS) supaya ditekankan  penghayatan Islam (dalam pentadbiran)"


Turut disebut, beberapa peristiwa yang berlaku terutamanya sekitar 1970 dan 1980 an yang menyemarakkan kepimpinan ulama dibuat seperti Revolusi Iran 1970.



Lekuk Pengakhiran

Diakhir bab dalam buku ini, Dr Mujahid menggariskan sedikit cadangan bagi meningkatkan Peluang dan mewujudkan Dinamisme (Perubahan) yang bagi aku boleh diamalkan dalam mana-mana sahaja terutama dalam kehidupan seharian kita, antaranya :


1. Menasionalkan PAS : Meskipun membawa nama islam, PAS perlulah memperlihatkan yang mereka masih boleh bertoleransi dengan bukan islam. Seperti kata penulis;


"Menjadikan PAS sebagai parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan 
(ms 134) 


Tambahnya jika gagal maka; 


"PAS masih lagi belum mampu menerajui politik negara ini kerana ciri nasionalnya yang belum kuat dan (tidak) menyakinkan rakyat Malaysia (memilihnya) 
(ms135)


*Kita juga seharusnya menjalankan pentadbiran atau mengamalkan hidup yang bersikap perpaduan bukannya perkauman. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal..."
(Al-Hujurat 49,13)


2. Kepimpinan Inklusif bukan Eksklusif

Anggota PAS perlu mengubah persepsi bahwa hanya golongan tertentu sahaja yang layak mempimpin parti, misalnya hanya ulama dan ustaz sahaja. Mereka harus meninggalkan kasta ini jika mahu dilihat parti ini mudah didekati leh orang ramai.

*Begitu juga dalam kehidupan, jangan beranggapan kita sentiasa berada dipuncak dan bangga dengan apa yang kita miliki lantas melupakan orang dikeliling kita.


Pendapat Aku

Meskipun buku ini lebih memberatkan kepada parti PAS, tak salah rasanya kita membacanya bagi menambahkan pengetahuan kita disampiing meningkatkan pemahaman kita mengenainya. Banyak isi didalamnya boleh digunakan didalam kehidupan seharian kita. 


segala tulisan di atas adalah buah fikiran empunya blog ini, bukannya dipetik daripada blog-blog lain.   hak cipta terpelihara.