Assalamualaikum! Kabare semua?
Gunung Ledang |
Mengikut catatan lama iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang mencatatkan perihal seorang laksamana Melaka yang terkenal, Hang Tuah dan hubungannya dengan Puteri Gunung Ledang. Menurut Sejarah Melayu dikatakan Puteri Gunung Ledang yang berasal daripada Jawa dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik hingga menawan hati Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Syah.
Sejarah Melayu |
Dalam karya agung Tun Sri Lanang itu beliau menceritakan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain.
Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya;
"... yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak kita peristeri (Puteri Gunung Ledang). Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang..."
Maka, diperhantarlah satu rombongan atas titah tuanku ke Gunung Ledang untuk meminang sang puteri. Sepertimana yang anda tahu, pinangan Sultan Mahmud ditolak dengan "lembut dan berkias" tapi penuh "tajam" apabila Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi
Antaranya :
* 1 jembatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 1 jembatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 7 dulang hati nyamuk.
* 7 dulang hati kuman.
* 7 tempayan air mata anak dara.
* 7 tempayan air pinang muda.
* 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, yaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka tetapi tidak syarat ketujuh, iaitu semangkuk darah Sultan Ahmad.
Begitulah versi lagenda yang diceritakan pada kita sejak turun temurun. Ada orang percaya sebenarnya Puteri Gunung Ledang menyintai Hang Tuah dan enggan mempersuamikan Sultan Melaka. Maka diberikan 7 syarat yang mustahil untuk ditunaikan sebagai kiasan menolak pinangan baginda.
Lebih mendukakan hati sang puteri, Hang Tuah bagai lembu dicucuk hidung, apabila disuruh Sultan untuk meminangkan sang puteri. Maka hati sang puteri hancur kerana Hang Tuah tidak mempertahankan cinta mereka sebaliknya menumpahkan taat tak berbelah bagi kepada Sultan Mahmud.
Persoalannya disini, dimanakah bahagian yang digelapkan itu?
Bahagian yang digelapkan itu adalah pada ketika rombongan mahu mendaki Gunung Ledang untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Mengikut catatan dikatakan Hang Tuah begitu tua dan lemah hingga beliau menyuruh Tun Mamat menggantikan beliau untuk mendaki gunung tersebut.
Tidakkah ada keraguan di sini? Mulanya Hang Tuah yang diarahkan baginda Sultan untuk mengetuai rombongan ini. Kita semua tahu setiap arahan Sultan sentiasa dipenuhi Hang Tuah hatta bila diarahkan untuk menghalang sahabatnya sendiri Hang Jebat, beliau sanggup.
Jadi, kenapa Hang Tuah menolak untuk mendaki Gunung ini? Hakikatnya, Hang Tuah sudah lama mengetahui tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi` oleh Puteri Gunung Ledang.
Disebabkan tidak mahu pulang tanpa memenuhi kehendak Sultan, Hang Tuah sebenarnya telah mendaki Gunung Ledang itu semula selepas rombongan Tun Mamat pulang ke Melaka. Atas harapan mahu mengubah pendirian Puteri Gunung Ledang dan mahu memujuk Puteri untuk membatalkan 7 syarat itu. Nah, disinilah dimana sejarah dihitamkan
Mengikut kata orang-orang tua, Puteri Gunung Ledang memberikan satu syarat kepada Hang Tuah dan sekiranya Hang Tuah bersetuju dengan syarat ini, Puteri Gunung Ledang akan bersetuju berkahwin dengan Sultan Mahmud. Tetapi syarat yang dikenakan kepada Hang Tuah juga amat berat untuk dipenuhi. Maka sebab itulah Sultan Melaka tidak berkahwin dengan Puteri. Jika dipenuhi, pastinya catatan sejarah akan berubah kini.
Berikut antara dialog yang diperolehi dari sebuah jurnal :
Puteri : Jika benar kanda mahukan dinda berkahwin dengan baginda Sultan, penuhilah sayarat yang dinda tawarkan ini.
Hang Tuah : Kalau nak ikut biar pintar, kalau nak menurut biar berakal. apakah syaratmu itu?
Puteri : Kanda janji pada dinda dahulu, penuhi syarat ini dahulu. Barulah dinda berkenan mempersuamikan Sultan Melaka.
Hang Tuah : Apakah syaratmu itu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puteri : Kanda, bagitaulah dinda macam mana kanda dapat jadi Duta KitKat, dinda pun nak masuk t.v juga.
HAHAHAHAHAHA
Hang Tuah, EH,, M. Nasir ni... hahaha |
23 ulasan:
kelakar. tapi hakikatnya, Hang Tuah hanyalah satu lagenda. lagenda yang tidak wujud sebenarnya. tak ada langsung bukti sejarah seperti bukti fizikal tentang beliau. hanya Allah yang tahu beliau benar-benar wujud atau tidak.
Siapa kata tak ada..? Sila buat rujukan ttg Laksmana hebat ini..
Melayu kena sedar sejarah sendiri.
Orang yang tidak mengkaji sejarah memang kata tak ada.
Lagi satu orang yang suka dengar fitnah bangsa asing yang mengatakan Hang Tuah tak wujud.
Sejarah kita semakin banyak dipertikai oleh bangsa asing kerana mereka ada agenda jahat terhadap orang Melayu.
Betul tu..xmngkn hang tuah tu mitos....klo x...mna dtgnye ungkapan...'TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'....
cinta yang tidak kesampaian."setapak melangkah,dua langkah ingatan kanda pada dinda" romantik sangat...
btol tu mne dtgny ungkapan tu klo hang tuah x wjud :)
Jgnlah hendaknya sesiapa mempersenda dato hang tuah. Sememangnya dato hang tuah itu mmg pernah wujud. Selain aku dan beberapa org anggota keluarga ku ada lg orang lain yg pernah bertemu dgn dato hang tuah walau bukan dgn jasadnya tetapi jasad orang lain (kini arwah) yg ketika itu mengamalkn ilmu tasauf kebatinan para nabi.
Munculnya pada suatu peristiwa sebuah perkahwinan yg dikhianat dgn sihir. Dengan berkat kehadiran dato hang tuah yg dtg mengubati salah seorang pengantin tersebut yg dsihir.. perkahwinan itu kekal sehinggalah kematian salah seorang pasangan itu baru2 ni.
Cerita ni mmg benar.. aku juga mmg ada dan dapat berbicara dgn dato hang tuah.. aku jugak sempat melihat dato hang tuah bersilat.. sampai aku takut beliau tertendang meja ketika bersilat..namun itu semua tidak berlaku.. dia ada berpesan agar aku menjadi anak yg soleh berbakti pd ayahibuku.
Cacatan ini adalah kerana aku sakit setiap kali org mempersendakan dato hang tuah.. taraf dia adalah wali.. wali2 itu hidup ..cuba cari dlm alquran...
Setakat ini saja yg aku mampu.. percayalah DATO HANG TUAH MMG WUJUD.. namun ada baiknya kita bersangka baik dan teruskan hidup kita maju ke depan.. cukup setakat ini.. wasalam
Hang tuah ni Cina LA beb
Mereka ni semua Dari keturunan hung Cina
Mereka ni org China..maharaja Cina hantar utk mnjaga puteri hang Li po
Mmg wujud tp mereka ni bkn org melayu
Mmg wujud tp mereka ni bkn org melayu
Mereka ni org China..maharaja Cina hantar utk mnjaga puteri hang Li po
Mereka ni semua Dari keturunan hung Cina
Hang tuah suami kpd putri gunung ledang
Hang tuah memng wujud laa
Dato laksama hang tuah orng melayu laa
Hang Tuah tidak pernah bercinta dengan Puteri Gunung Ledang. Sejarah kita banyak yang diputarbelitkan. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang adalah Riangga. Dia dirogol pembesar Majapahit lalu lari ke Malaya. Dia menjadi kaum bunian sekarang. 2 orang anak dia mangsa rogol juga pandai menari macam dia hidup sampai sekarang. Ini adalah kisah benar, atas nama Allah. Banyak salah faham tentang dia. Hang Tuah bukan seperti yang disangka orang.
Boleh saya tahu mana awak dpt kebenaran cerita tentang Puteri Gunung Ledang ni
thanks
Bukan orang melayu? Jangan lupa..ada loghat di malaysia yang menggunakan hang..bukan nama cina sahaja..
Bukan orang melayu? Jangan lupa..ada loghat di malaysia yang menggunakan hang..bukan nama cina sahaja..
Takkan melayu hilang didunia.. cina apa benda..
korang ni semua buta sejarah,apa yang korang merepek ni hang tuah dari cinalah, jaga hang lipo lah.hang lipo datang melaka pun hangtuah belum lahir camne nak jaga hang lipo?Korang suka dengar cakap orang, buat kaji selidik terbaru banyak dah dibongkar sampaikan alfonso pun kenai dia.Dua kali pergi cina dan beberapa tahun di india dan arab.
Dia seperti pahlawan yang tak boleh terkalahkan sebab skill goku kut.tak de pahlawan india masa tu boleh kalahkannya. Nehru sendiri buat filem tunjuk hangtuah lawan pedang.tgk di youtube. keris bermatakan meteor di kuil china di jepun sekarang dia yang hantar siap dengan surat sekali.camne korang kata dia takde.cerita dia tangkap bom meriam tu tak tau le saya mohong le tu.sapa boleh buat?baca legasi hangtuah detail dgn tahun lahir dan macam2 lagi.pasal cina ni dulu, bukan dia yang protek melaka sebaliknya melaka yang protek depa. semua korang kena tipu, satu jong melayu boleh tengelamkan 7 kapal perang cina.saintis kita dah buktikan semuanya ni.
Hujah yang begitu kuat... Well haritu ada pernah baca, mmg hang tuah tu btul btul wujud.... Tapi tak reti nak cerita dalam ni sebab dh lupa.. hihi
Catat Ulasan