Hari ini juga aku mahu surahkan padamu perihal insan istimewa bernama orang kelainan upaya. Sungguh, hina gelaran ini pada mereka. Mengapa perlu kelainan upaya? Adakah mereka mampu terbang? Mampu mengeluarkan api daripada mulut mereka? Sungguh berat sebelah gelaran ini. Sewajibnya mereka memberikan gelaran baru padamu, Insan Istimewa.
Wahai insan istimewa, kutahu dan kufaham tiap perit payah mu menghadapi hidup yang penuh duri ini. Beradu dengan dunia yang serba tidak adil, ditambah pula dengan kepura-puraan mereka yang memakai topeng. Mereka menjerit yang mereka prihatin, dan sedia berubah tanggapan kepada insan istimewa sepertimu.
Tapi apa yang mereka lakukan? Sekadar memaling muka, sambil mengutuk dan mengeji dirimu. Sesungguhnya mereka masih dungu untuk memikirkan bahawasanya itu semua bukan kehendakmu. Percayalah, walau sejuta kali ditegaskan, diterangkan mereka masih lagi tidak mahu mengerti. Maka aku nasihatkan agar tinggalkanlah mereka dalam kedungunan itu. Moga-moga satu hari nanti mereka faham.
Insan Istimewa, dunia ini tidaklah sekejam sebagaimana fikiranmu. Cumanya manusia hanya menyukai perkara yang indah dan cantik dimata mereka. Ketahuilah dikau bahawa sesungguhnya disana kelak kau akan diberi ganjaran setimpal-timpalnya dengan kesabaran yang diuji didunia.
Ketahuilah yang mereka masih paranoid. Berfikir dengan sebegitu tipikal.
Cekalkan hatimu, Insan Istimewa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan