Mama, kau baru pulang pagi ini
Aku menanti kepulanganmu mama
Inginku berbual mesra denganmu
Tentang apa yang ku kecapi hari ini
Tapi wajahmu culas membantut niatku
Mama, lihatlah diriku
Anakmu kenyang nafsu
Tapi kontang kasihmu
Mama, kadangkala aku terfikir
Aku berharap aku tak pernah lahir
Mama, sudah tidurkah engkau?
Beban kerjamu menghalang sayangmu
Benar, papa tinggalkan kita
Sekurangnya aku tak rasa terbeban lihat dia
Adakah ini realiti hidup?
Mama, bukalah matamu jika kau sudi
Aku ini hanya si bodoh yang kau tak kenal
Mama, ku tak berniat buat kau menangis
Aku sekadar mahu berkongsi rasa
Teruskan, teruskan tidur mama
Biarkan anakmu ini sendirian
Dalam ketakutan meniti kehidupan
(6 Sept. 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan