26 Ogos 2012

Dunia Ini Milik Anak Muda.

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

************************************************************************************




"Won't you believe it,it's just my luck.No recess.You're in high school again,you're nothing again.No recess."

-Kurt Cobain dalam lagu "School".

Cuba kita lihat sekeliling kita,ke mana anak muda kita?Di cybercafe bermain DOTA,di depan 7-Eleven menghisap rokok dengan kawan-kawan,di kedai mapley sambil menonton bola,sambil bertukar-tukar lagu handphone yang dihantar melalui Bluetooth.

Cuba kita lihat sekeliling kita,ke mana anak muda kita?Di sekolah,di pusat tuisyen,di shopping complex sedang menikmati Frappucino di Dome,atau sandwich RM13.80 di San Francisco Coffee,menghabiskan wang elaun ibu bapa di Mid Valley,Bangsar Village atau Pavillion dengan baju-baju yang berharga beratus-ratus ringgit walhal nilai sebenarnya RM1 sehelai sahaja.

Lady Gaga,Kesha,Beyonce atau Britney Spears - jatuh bangun mereka ditentukan oleh anak muda.Syarikat-syarikat pakaian,kedai kopi gaya hidup atau segala gaya kehidupan yang "cool" ditentukan oleh anak muda.Tidak ada siapa yang akan bershopping di Salvatore Ferragamo jika model pakaian tersebut adalah Mahathir Mohammad.Tidak ada siapa akan beli baju di MNG kalau modelnya Rafidah Aziz atau Hadi Awang.Saya bercakap terus terang.

Sedar tak sedar,sebenarnya anak muda ini sedang digunakan oleh si tua ini untuk mengekalkan autoriti mereka.Perkara-perkara seperti "adat resam","warisan","harta pusaka" dan segala benda poyo yang dimuntahkan untuk memastikan anak muda tidak mengenal "kuasa mereka".Supaya anak muda terus dibodohkan dan dibangangkan dengan kehendak si tua.

Bagi aku - dunia ini milik anak muda.Tiada siapa yang akan mati untuk George Bush atau Saddam Hussein kalau anak muda sedar tentang hakikat ini.Orang tua itu tak sanggup mati demi kehendak mereka.Tapi anak muda yang tak sedar benda ini - lantas digunakan oleh si tua sampai mati.Cuba lihat yang bermati-mati memburuh di shopping complex - semuanya si muda.Semua dibayar gaji RM700.00 purata.Kerja 8-9 jam kadang-kadang overtime sampai 12 jam.Balik berhimpit dalam komuter atau LRT dalam keadaan sempit.Semuanya anak muda.Tapi yang Datuk-Datuk,CEO-CEO,menteri-menteri dan segala mamat poyo yang lain semuanya gaji beratus ribu ke atas,setiap Ahad main golf,ada orang tolong drivekan kereta,tapi tak buat apa-apapun.Tolong sign check?Takkan tu je kerja nko?Apa manfaat si tua ni ada sebenarnya?

Aku tak boleh reject orang tua sebenarnya.Dalam LRT pun kalau ada orang tua berdiri aku akan bangun dan bagi seat.Orang tua wajar dihormati,tapi orang tua pun kena sedar - anak muda pun perlu dihormati.Hubungan dua hala.Dalam ruang dan masa ini walaupun segala kudrat dan iradat dalam dunia ini digerakkan anak muda,sesetengah si "tua" bersenang lenang dengan hasil yang digerakkan anak muda.CEO James Iovine menjadi billionaire setelah memerah keringat Stefani Joanne Angelina Germanotta menari-nari terkinja-kinja.Tanpa Stefani Joanne Angelina Germanotta atau yang seangkatan dengannya,James Iovine tidak akan kaya macam sekarang.

Ada orang tua yang sedar dunia ini milik anak muda.Orang tua itu bukan sahaja dihormati anak muda bahkan diangkat sebagai suara untuk anak muda.Bahkan dalam cakap-cakap dan forum-forum anak muda juga dijemput sebagai anak muda walaupun dah tua.Orang tua ini sentiasa dianggap "muda" sebab dia sedar hakikat dunia ini digerakkan oleh anak muda,dan dia sedar walaupun anak muda sentiasa mengikuti fikrah dan pemikirannya,namun dia sedar tanpa anak muda,pemikirannya takkan ke mana.

Muda atau tua bagi saya - bukanlah dari segi usia,wajah kerepot atau tulang bongkok.Muda dan tua yang saya maksudkan adalah pemikiran yang tidak terkongkong oleh satu golongan yang enggan berganjak ke ruang dan masa yang baru walaupun ianya sedang berjalan.Nak termuntah saya bila kolumnis Harian Metro berkata "rotan dan tali pinggang wajib diadakan semula bagi membentuk sahsiah moral anak muda daripada tercemar seperti sekarang".Bagi saya daripada sibuk nak merotan mamat punk yang buat rambut mohawk dan bertindik atau mamat skinhead yang botak,berkasut Doc Marten dan berseluar skinny,lebih baik rotan je si "tua" yang pakai tali leher yang sibuk menghulur tangan di bawah meja untuk makan suap.Kenapa nak bodohkan anak muda lagi,Harian Metro?

Kebanyakan anak muda yang saya lihat pada hari ini - mereka mahu bangkit tapi mereka hilang arah.Mereka benci dengan pemikiran dogmatik dan idea kolot serta membodohkan ni tapi mereka tetap dibelenggu.Setiap hari tenaga mereka terpaksa dikerah untuk meneruskan kehidupan sebab arus hidup ditentukan oleh si tua.Mereka seperti buih-buih di lautan - ramai tapi tidak berguna langsung.Kalau berguna pun digunakan untuk kepentingan orang lain.

Sudah sampai masanya saya menyeru kepada anak muda - dunia ini milik anda semua.Supaya bila anda tua nanti,anda boleh serahkan dunia ini kepada anak-anak anda.Kita yang menggerakkan dunia ini.Kita ada hak untuk bersuara.Bila anak muda bangkit nanti - seperti Revolusi Cuba,Revolusi Tiongkok,Revolusi Bolshevik mahupun Paris 1968 - si "tua" akan ketakutan bila anak muda bangkit.Charles de Gaulle hidup dalam buangan selama hampir tiga minggu di Romania bila kebangkitan anak muda pada Paris 1968.

Kita adalah "sleeping giant" sebenarnya.Cuba lihat apa yang kita lakukan pada 8 Mac dahulu.Segala dogma dan pemikiran "UMNO tidak akan tumbang di kawasan Melayu" hilang sekelip mata.Lembah Pantai yang dikatakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur juga tumbang.Ini bukan soal Barisan atau Pakatan - ini soal pemikiran dogma vs idealisme anak muda.Anak muda mahu perubahan - jika semua sepakat,segala dogma tua akan tumbang.Bahkan dalam PAS sendiri golongan dogmatik yang enggan menerima suara muda sudah mula cuak dengan kebangkitan golongan Erdogan dalam PAS.Mereka terus mahu menegakkan "pemikiran ketuaan" mereka dengan mengaku diri ulamak.Hait,ini macam Ungku Aziz mengaku dia intelek tulen.
Saya terinspirasi dari ceramah Fahmi Reza tentang Student Power di PJ Art Center Rabu lepas.Cerita macam mana tender kantin,tender beli bas,tender kedai buku semua diuruskan anak muda.Secara kolektif dan sepakat muafakat.Cerita bagaimana Naib Canselor sebelum Ungku Aziz(mat salleh aku tak ingat nama dia) terpaksa menjadikan Hari Otonomi sebagai cuti di Universiti Malaya.Ini semua kuasa anak muda.Cuba kita lihat macam mana Speaker's Corner menjadi pusat suara dan tenaga anak muda.Cuba kita lihat percubaan untuk menjatuhkan kepimpinan Kelab Sosialis UM bila ada "golongan muda yang berfikiran tua" cuba untuk melancarkan coup d'etat - maka besoknya Kelab Sosialis UM sekali lagi menjadi wadah kepimpinan anak muda walaupun hanya bersifat "interim government".Sebab bila anak muda bersepakat,dan sedar kuasa di tangan mereka - mereka adalah golongan yang berkuasa.

Dan cuba kita bayangkan,kalau anak muda di universiti,di kilang atau di shopping complex tak ambik pot dengan 1Malaysia,Cemerlang Gemilang Terbilang,Islam Hadhari atau Wawasan 2020 - saya rasa UMNO dah lama tempah batu nesan.Golongan "ulamak" PAS dah lama pergi tepi pantai Marang berenang dan tenggelam.

Ada yang komplen kepada saya,"macamlah nko sorang je pernah baca Catcher In The Rye,macamlah nko sorang je pernah dengar Rage Against The Machine".Maka jawapan aku,seperti kata John Lennon "you may say I'm a dreamer,but I'm not the only one".Aku tak pernah cakap aku sorang je yang pernah baca tulisan JD Salinger atau karya lirik Zach de la Rocha.Tapi masih ada ramai anak muda di luar sana yang tak tahu.Yang tahu - biarkan mereka tahu - dan kalau dah tahu,sebarkan kepada mereka yang tak tahu.Aku tak keseorangan kat sini - sebab aku tahu - kalau ramai anak muda sudah tahu nanti,jika hati mereka semua tergerak hasil tulisan ini,kebebasan anak muda bukan dibangkitkan oleh aku - tapi oleh semangat mereka yang terpendam dalam diri mereka selama ni.Aku cuma "catalyst" semata-mata.Atau cuma sodium bikarbonat dalam pembuatan kek.Sebab aku mahu sedarkan mereka bahawa dunia ini milik mereka dan mereka ada dunia untuk mereka lawan dan tawan.Kalau dah pernah baca Catcher in the Rye,atau pernah dengar Rage Against The Machine tapi tak pernah nak berkongsi dengan anak muda - kemudaan itu jelas tertinggal dalam ruang dan masa yang lampau dan akhirnya semangat anak muda tu mati.



p/s:Stefani Joanne Angelina Germanotta juga dikenali sebagai Lady Gaga,atau Lady Kah kah oleh aku.

23 Ogos 2012

Lapan Tahun Dua Bulan Sebelum Duapuluh Duapuluh

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

*************************************************************************************




Aku pernah menulis pasal Wawasan 2020 dah banyak kali dalam entry TTGB ni. Rasanya Wawasan 2020 ni dah boleh jadi bahan lawak dah sekarang terutamanya oldfags macam aku ni. Dulu aku ingat lagi - segala tahi nak di2020kan. Dulu aku pernah nampak ada sekurang-kurangnya tiga restoran mapley menggunakan nombor 2020 di kawasan Cheras sahaja. Dengan harapan mapley tu akan dapat bertahan sehingga tahun 2020. Lima tahun kemudian aku tengok restoran tu dah bertukar jadi McDonalds. Satu still mapley tapi dah berapa kali tukar management, dan lagi satu tu wallahualam.

Now - semua orang nak 1Malaysia sampai aku pernah jumpa sampai satu level sampai jual bakso pun nak namakan gerai tu 1Malaysia. Yang anehnya, penjual bakso tu datang dari sebuah negara yang tak habis-habis panggil kita maling. Aku rasa mereka yang suka memalingkan Malaysia ni kena datang Malaysia juga - tengok, even kaum mereka pun kini sokong 1Malaysia. Lho apa bilang maling-maling?

Tapi dalam masa lapan tahun dua bulan lagi menjelang Wawasan 2020. Propaganda Mahathir berkata bahawa pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dengan ada kereta terbang, tentera klon Star Wars, polis Cybercop, ada bangunan tinggi-tinggi macam Planet Coruscant, ada skateboard terbang macam Back To The Future, menjadi sebuah negara maju.

Tapi apakah itu negara maju? Apakah kemajuan itu diukur setinggi mana pelir gergasi itu dibina? Berlingkar-lingkar highway macam kat Los Angeles atau kemajuan itu diukur sejauh mana kaum bimbo boleh mengenal jenama handbag paling power dan mahal high class?

Entah, kalau kau tanya aku - aku suka negara Scandinavia. Sweden, Norway dan Finland. Dan juga Denmark. Kalau reference aku terhadap negara maju maka inilah reference aku. Walaupun Norway adalah pengeluar petroleum terbesar di Eropah Barat, namun penggunaan tenaga boleh diperbaharui boleh dikatakan luas. Negara Scandinavia tidak bergantung sangat dengan petroleum dari Timur Tengah. Mereka berjaya mengawal populasi manusia dalam guna tenaga cukup optimum. Tak lebih macam Bangladesh, dan tak kurang macam Mongolia.

Dari segi kepadatan penduduk - Malaysia masih lagi macam konduktor bas cakap, "boleh masuk dalam lagi, belakang boleh masuk lagi". Dia belum level Bangladesh yang dah macam "komuter jam 6 petang train dari KL Sentral menghala ke Klang". Aku rasa Bangladesh lagi extreme kot - atas keretapi pun kau boleh duduk lagi.

Tapi put it this way, dalam GTP yang aku tengok - penduduk Lembah Kelang bakal ada 10 juta penduduk menjelang tahun 2020. Sekarang 6 juta. Bila enam juta macam ni pun kau dah sendat-sendat, kau bayangkan bila 10 juta nanti macam mana?

Lagi satu aku tengok dalam negara maju terutamanya Scandinavia - dorang punya isu yang mereka bincangkan adalah topik ekonomi bukan topik patutkah gay dan lesbian boleh adakan forum. Mereka bincang hal kebudayaan bukan topik kenapa Miera Liyana tak pakai bra lepas tu nampak sideboobs. Seperti kata Eleanor Rossovelt, "big people talk about ideas, medium people talk about events and small people talk about people".

Contohnya bila aku tulis pasal gay dan lesbian dan Seksualiti Merdeka, berduyun-duyun bandwagons datang menyerang bagai langau jumpa tahi. Sama ada aku troll mereka atau apa yang aku tulis tu genuine feelings aku hanya Yawheh yang tahu. Tapi bila aku tulis pasal Hayek dan Keynes aku tunggu juga malaon-malaon yang serang aku bukan main tu turut memberikan pandangan juga. Well, I don't give a toss about what they said sebab tu pandangan aku. Macamlah sejuta orang comment kat blog aku maki pasal entry gay dan lesbian tu pandangan aku boleh berubah anyway.

"Your country are drowning to hell" kata kawan aku Jeeva. Dalam keadaan ekonomi yang sedang parah, dengan masalah masih ramai lagi manusia Melayu ni masih lagi menyewa rumah (dan ada yang takde rumah), bila orang bangkitkan isu Istana Negara baru RM900 juta - ada yang boleh berkata, "itu satu-satunya harta orang Melayu pun kau nak pertikai?".

Menitis air mata penuh kesyahduan aku bila aku nampak orang pertikaikan benda ni. Kau tahu kenapa? Sebab minggu lepas adalah minggu paling penat aku dengan adik aku mencari rumah sewa baru. Dalam ketika umat Melayu, selain aku, ramai lagi yang masih menyewa - dari Klang hinggalah ke Gombak - kau boleh cakap "ala biarlah dia nak ada rumah baru". Aku rasa kalau aku nak sewa istana lama dia pun nak bayar untuk seminggu sewa pun kerja seumur hidup aku tak dapat sewalah.

Istana Negara lama masih lagi elok lagi, apa masalahnya dengan Istana lama tu? Lagipun kalau dah negara ini negara raja berperlembagaan, kenapa nak bina baru? British penjajah penaung negara ni pun Istana Buckingham tu dah beratus tahun tak berubah-ubah. Kita baru 54 tahun nak bina Istana Baru. Dengan harga RM900 juta pulak tu. Well, rumah Bill Gates menurut data yang aku jumpa kosnya US$97 juta. Converted to ringgit lebih kurang RM300 juta. And he's Bill Gates. And he got awesome designer than Istana Negara baru. Istana Negara Baru bak kata Obefiend, macam office pejabat kerajaan je. No semiotic studies, no cultural studies for architecture design, no Malay motive in the design. Harapkan kubah psuedo Arab nak menunjukkan ketua ugama Islam. Dey, masjid kat negara China bentuk bumbung sama macam tok pekong kat sini. It's just a building anyway.

Oh - you cannot say no with kings in Malaysia. Lese majeste. Aku takdelah level sampai nak orang awam boleh baling pai kat muka Raja macam King Gustav of Sweden pernah kena dengan rakyat sendiri. Apa yang dipertikaikan oleh orang ialah kenapa bina Istana baru sedangkan Istana lama masih boleh guna dan masih utuh? Ni Parlimen baru renovate pun bocor?

Aku takdelah kata kalau nak jadi negara maju kau kena jadi republik. Antara negara beraja macam Sweden, Norway dan Denmark banding dengan Republik Indonesia jauh beza. Tapi raja negara kapir mereka takdelah spend Istana sampai harga macam tu? I don't blame Agong for that RM900 juta istana - but I blame kontraktor pembinaan tu. But again, ada lagi mindset Melayu yang anggap "government knows best" lagi. Come on, di Sweden kau nak bina jambatan kampung pun - kerajaan kena keluarkan data-data perbelanjaan untuk bina jambatan kepada penduduk kampung. Inikan lagi membina Istana Negara. At least government keluarkan berapa harga kos besi, harga kos batu, harga kos swimming pool dan keluarkannya dalam akhbar - bagi rakyat baca. Kenapa tak nak buat macam tu?

In the end - lapan tahun dua bulan sebelum duapuluh duapuluh. Tapi aku tak nampak apa-apa sejak 1991 sampai sekarang kita menghampiri negara maju. Yang aku nampak kita semakin jauh dari situ. Bangunan tinggi, yer. Kereta banyak, yer. Tapi mentaliti masih sama, mungkin lagi teruk. Djaman dulu Melayu pakai bikini pun orang rilek lagi tak kecoh-kecoh perverted macam sekarang.

Akhirnya dalam lirik lagu Wawasan 2020,

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Tekad kami jayakan.


Ya, memang sangat jauh lagi. Dan kenyataannya, kita masih lagi bermimpi.

INDONESIA

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

************************************************************************************




Indonesia - pasukan Asia pertama ke World Cup 1938.

Sebenarnya team bolasepak negara - selain Argentina - team yang aku minat ialah Jepun dan Indonesia. Serius. Aku tak tahulah kenapa aku suka team bola dia pada djaman Astaman, Firman Utina, Bima Sakti dan Agung Setyabudi. Ada satu masa aku lagi hafal nama pemain Indonesia dari pemain Malaysia. Mungkin faktor rasuah 1994 benar-benar membuatkan aku dah naik fed up nak tengok bola Malaysia. Kot.

Tapi lately aku rasa meluat - bukan dengan Negara Indonesia - tapi dengan sesetengah rakyatnya yang emo dan gila cepat butthurt. Selama ini, mereka memanggil "maling" kepada Malaysia but at the end of the day - siapa yang panjat bumbung rumah orang dan menyantau orang dalam rumah untuk curi emas dan wang ringgit? Ada orang Malaysia buat macam tu kat kediaman orang di Kelapa Gading atau Pondok Indah? Kalau ada kes orang Malaysia buat macam tu sila kemukakan bukti.

Aku tak pernah benci Negara Indonesia apatah lagi ingin menghina negara yang keturunan mak aku berasal. Even ayah aku pun keturunan datang dari Minang, kenapa pulak aku nak hina negara Indonesia ni? Aku takde sebab nak anti mereka. Aku ada ramai kawan di sana, ada ramai saudara mara di sana, pernah pergi sana dan kebanyakan orang yang aku jumpa baik-baik belaka. Tapi, apakah dengan boo lagu kebangsaan Malaysia menjadikan rakyat anda seorang yang baik?

I never be patriotic. Lagu Negaraku pun kalau kau pergi sekolah - tambah pulak hari Isnin - hari pertama minggu sekolah - lagi malas nak nyanyi. Aku tak pernah suka lagu patriotik Malaysia - let alone pernah beli pin 1Malaysia letak kat baju. In fact dari segi propaganda nationalism aku rasa Indonesia jauh lagi cool bila ada rock band nyanyi lagu untuk negara macam Cokelat lagu Bendera. Atau Dangdut is Music of My Country. Aku rasa at one point semua channel radio Malaysia lebih rela bukak lagu Indonesia, dan semua channel TV lebih rela bukak sinetron Indonesia dari apa yang orang Malaysia buat. Sampai satu tahap pernah aku anggap Malaysia ni dah jadi Propinsi Indonesia Utara. Atau mungkin Malaysia dah join membentuk Indonesia Raya. To be honest, aku ada pendapat bahawa jika Indonesia dan Malaysia bergabung - Indonesia Raya boleh jadi kuasa dunia peringkat sederhana - macam negara Brazil, South Africa atau mungkin Mexico.

Tapi patriotisme dari geng-geng poyo dari negara seberang membuatkan aku meluat. Aku tak kisahlah rivalry ke apa - sebab abah aku pun Man United, aku pun Liverpool - at the end of the day kitorang gelak-gelak je. At the end of the day - aku dengan member-member yang sokong Brazil ke England relax je bila cerita pasal Argentina. Yang kau nak emo apahal?

One thing for sure, belum pernah hatta England pergi ke Jerman naik kereta kebal ke stadium. Belum pernah aku dengar lagu kebangsaan Brazil kena boo di Buenos Aires, dan belum pernah aku dengar orang Scotland tak habis-habis chanting William Wallace bila lawan ragbi dengan England. For once to those Indonesian yang over patriotic tu, grow up! Get a life, bro.



Kau nak jerit-jerit Malaysia maling, orang kau kat sini kemain lagi bukak warung bakso - siap logo 1Malaysia lagi. Sekian.

p/s:The borders between both of us were created by the Brits and the Dutch, what the fuck are we fighting for?

Couple-Couplean Ala Bani Melayu.

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)


********************************************************

Kenapa hari ni aku nak cakap pasal couple?
Hari ni member baik aku bersanding - di Tanjung Karang.Perkahwinan ala Jawa katanya.Aku ketiadaan transport.Agak malang.Gua kepingin bebek penyet,wingko babat dan ayam goreng Klaten(bukan Klate).Gua jugak berharap dia ada performance Barongan.Takde semua tu - jangan panggil tu ala Jawa.kah kah kah!(p/s:congratulation beb!)

Minggu depan - guitarist Kelly's Wig band gua - Shaifol - pulak bersanding.Dia akhirnya berkahwin dengan aweknya yang 10 tahun telah bercouple - dari kenalan di pusat tuisyen.(Nota:buat pengetahuan,cuma pemain bassist dan vocalist sahaja yang gagal untuk berkahwin lagi).Tapi gua jangka bassist dia akan kahwin dulu anyway.Vocalist band masih lagi - seperti dikatakan oleh pemain guitarist superpower ala-ala Brian May(gua ni hyperbola,tapi memang mamat ni power main guitar) - "sampai bila nak kejar gig?Lu umur dah besar panjang beb!".OK,aku orang tua yang perasan muda.

Gua jugak ingin mengucapkan tahniah kepada member-member gua yang newly-wed ni.Semoga bahagia ke anak cucu.

Dan juga kepada mereka yang baru saja bercouple,gua ucap toast selamat.

Anyway - aku dituduh menjadi adik,anak,anak saudara,sepupu,macam-macam lagi bila aku gunakan konotasi Meleis.Ya - aku tiru Obefiend.Jadi why not aku gunakan istilah lama gua - Bani Melayu.Lagipun most Melayu pun semua teringin nak jadi Arab,isn't it okay?

Couple.Bercinta.Benda'alah ni aku lalui agak banyak kali jugaklah.Bercinta adalah sebahagian dari kehidupan.Bercouple adalah pengalaman sebelum menempuh hidup bersama.Tak kisah sama ada yang nak kahwin atau bersekudedududukan.Yang pasti - manusia akan berada di satu tahap - mahu settle down dan meniti hari tua bersama yang tersayang.Berkahwin atau tak - tu hak masing-masing.

Anyway - Bani Melayu zaman pasca moden - yang aku kenal,adalah satu bani yang paling awal bercouple.Seawal 7 tahun "adik" belum kena sembelih,belum mumaiyiz dah sibuk bercouple.Aku tak pasti hormon zaman sekarang begitu cepat untuk mereka menggatal - tapi zaman aku jangankan nak bercouple-couple,nak duduk sebelah budak perempuan pun tak nak.Tetapi bertanya soal couple dan cinta - mestilah belok ke soal perasaan.Persoalannya - bani Melayu pasca moden ni bercouple kerana perasaan atau sebab trend - member couple,dia pun nak couple jugaklah.

Anyway tidak bersalah untuk couple.Aku suka manusia mengikut fikrah kehidupan - bukan sekor dua mamat yang sibuk tampal sticker "Anti Couple","No To Couple,Yes To Nikah" dan segala bullshit yang dikecohkan.Bagi aku couple adalah roleplay dalam kehidupan pasangan bercinta.Sex tanpa roleplay adalah berak tanpa meneran.Tak nikmat.Aku percaya - golongan fundementalis radikalis extremis sambal tumis ni takde kerja lain nak jadi moralist untuk kepochi hal orang.Gua sarankan orang macam ni sila jadi Mama Juwie.Atau jadi wartawan Harian Metro.Kecoh!

Pun begitu - bercouple bukanlah trend fesyen terkini untuk jadi chic dan trendy.Bercouple datang dari perasaan yang luhur dan kudus dari hati.Bercouple sebab ikut member adalah satu perkara kedua maha bangang selain menentang fitrah manusia untuk bercouple.Bercouple - seperti yang aku nampak - adalah untuk merasakan perasaan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.Walau seradikal John Lennon atau Che Guevara - ini adalah satu perkara untuk melengkapkan kehidupan seorang speisis Homo Sapiens disamping untuk mengikut naluri yang telah terbentuk dari serotonin dan oxytocin dalam tubuh manusia.Ini bukan trend - ini fitrah.Oleh itu - bercouple pada usia 7 tahun - belum mumaiyiz dan bagi lelaki,belum boleh kencing straight - adalah bukan fitrah.Fitrah pada usia 7 tahun adalah untuk berlari atas lumpur dan melompat-lompat main hujan,bukan bercinta.

Pun begitu,aku melihat couple-couplean Bani Melayu ini penuh dengan pancawarna.Kadang-kadang aku suka gak melayan member-member bercerita tentang awek,balak atau cerita tentang suka-duka orang bercinta.Member-member aku bila bercerita macam mana pun,aku boleh dikatakan "doctor love" yang memberi preskripsi yang betul kepada masalah pasangan mereka(masalah sakit tuan tu tak dapek den nak nolong),termasuk yang dah berkahwin.Termasuk pasangan gay - aku tak diskrimikasi,ada problem - cerita je.I'm ready to listen my friend.Cuma gua sendiri tak boleh prescribe masalah cinta gua sendiri.Tak tau la kenapa.Selalu macam tu - doktor tak boleh rawat diri sendiri,tukang gunting rambut tak boleh gunting rambut sendiri, tukang gali kubur tak boleh tanam diri sendiri.Tu biasa.

Antara masalah yang aku sering dengar adalah kongkongan.Selalunya aduan ni datang dari pihak wanita."BF i tak kasi i keluarlah","BF i marah i,sebab i ni smokers,dia tak kasi","I gaduh dengan BF i sebab i ketagih asam boi" etc.Bagi aku kaum lelaki Bani Melayu kebanyakannya ada satu penyakit - penyakit egomaniac.Well,ego adalah terdiri dari dari holy-trinity psychology kita - id,ego dan superego - seperti yang dikatakan oleh Sigmund Freud.Dan ketiga-tiga ini membentuk fikrah kita.Dan sometimes dalam bercinta - lelaki kena let-go ego ni.Bercouple ni bukan bondage relationship.Kau ikat,kau sebat,kau pukul untuk kepuasan diri mendengar perempuan menjerit.Bercouple ni bukan macam melancap - pukul "adik" sendiri tanpa memikirkan konsekuens bila kau lakukan perkara tu.Bercouple adalah seperti bekerja gergaji kepala dua - kau tarik dan dia tolak.Kau tolak dan dia tarik.Itu asas perhubungan dalam bercouple.Tak reti respect benda ni baik nko join serbanistas "anti couple".Dorang peduli ego dorang je - hal orang lain dia tak ambik peduli.

First sekali aku tak faham dengan lelaki Bani Melayu ni - kenapa nak marah perempuan sebab apa yang dia suka buat?Contohnya awek dia hisap rokok - tapi memandangkan dah bercouple,awek dia tak boleh hisap rokok.Weh,yang nko mintak couple dengan perokok sape suruh?Ada sesiapa suruh nko bercouple?Dah awek tu hisap rokok sebelum couple dengan nko - lantak dia lah.Lepas tu alasan "aku larang dia sebab untuk kebaikan dia jugak" - podah,arwah atuk aku hisap kretek at least sekotak setiap hari umur dia sampai 90 tahun - relax je.Kebaikan dia atau keegoan nko?

Lagi satu aku tak faham - kenapa kalau dah couple - dah tak boleh keluar dengan member opposite sex lagi.Contoh,bila aku dah bercouple,apa-apa hal je awek aku kena bagitau aku mana nak pergi,dengan siapa - semua tu.Apakah bila bercouple seorang awek tu diletakkan dalam keadaan parol dan perlu melaporkan kepada balaknya Pegawai Parol?Woi - ini bukan bercouple - ini menjalankan hukuman namanya.Cinta seharusnya percaya-mempercayai.Arwah Elly masa aku keluar dengan sesiapa pun - dia tak pernah tanya pun dengan siapa.Dan aku masa couple dengan sesiapapun - aku tak pernah tanya "dengan siapa,pukul berapa balik" dan call setiap 2 minit kat awek bila dia keluar dengan member aku.Sebab love is all about trust.Buat apa couple kalau awek sendiri nko tak trust?Nko bergamble dengan masa depan - nko tak trust,macam mana nko nak teruskan kehidupan kalau hidup penuh keraguan?

Aku paling annoyed bila lelaki mengawal hidup perempuan bila bercinta - you tak boleh hisap rokok,you tak boleh keluar dengan member lelaki,you tak boleh add Facebook lelaki sesuka hati,you tak boleh minum coke sebab I ni coke ni Yahudi punya etc.Lelaki seharusnya jadi gentleman - tarikkan kerusi kat awek bila dia nak duduk,hargai dia dengan kasih sayang,buatkan dia bahagia.Buatkan dia terawang-awang di udara.Setiap hari - lokek sangat ke masa nak tulis serangkap pantun atau puisi untuk yang tersayang?Lokek sangat ke nak buat something untuk yang tercinta?At least something - untuk dia rasa happy.Afterall,selalu yang merayu-rayu nak mintak couple adalah dari pihak lelaki.Apabila nko mintak couple bermakna nko meminta peluang untuk membuat kerja - membahagiakan awek tu.Bukannya nko nak jadi junta dengan mengawal hidup awek nko.Jadi Big Brother macam Nineteen Eighty Four tu.

Selain tu,masalah di sebelah perempuan pulak - adalah bila lelaki senyum kat perempuan lain yang cun atau add Facebook awek cun - reaksinya adalah seperti Mak Joyah hilang laki - pergi cari kat kedai kopi - tarik telinga suami - histeria macam kalah judi.Woit relax la,bila balak pandang-pandang awek lain,atau mula usha-usha awek lain,anggap tu sebagai satu cabaran untuk mencantikkan diri.Freddie Mercury pernah bersabda,

But it's been no bed of roses
No pleasure cruise -
I consider it a challenge before the whole human race -
And I ain't gonna lose -


So,apabila itu berlaku,buat satu perkara yang sampai balak anda melutut tidak mahu anda pergi.That's a power of women.Menjerit histeria dan cemburu buta adalah satu perkara negatif yang wajar ditinggalkan para wanita sekalian.Menjerit histeria bukan saja annoying,bahkan akan menyebabkan si lelaki berasa dia bercouple dengan Raksasa Gorgon daripada seorang wanita yang lemah gemalai sifatnya.Kalau nak femme fatale pun,jadilah benang sutera - lembut tapi susah nak putus.Disebalik kelembutan ada kekuatan - bukan mengamuk tak tentu hala.That's annoying.

Selain itu jugak,aku perhatikan lelaki-lelaki Bani Melayu dalam bercinta - lack of creativity.Jarang menulis poem untuk awek tercinta,gagal membuat lipatan origami untuk tercinta,atau sekurang-kurangnya memasak untuk awek.Aku pernah masak untuk ex-ex aku - tanya dengan mereka - yes I do.Kadang-kadang masakan nasi goreng bujang atau kuey teow "main taram je la" goreng tu,menjadi pengikat selera cinta daripada membelanjakan beratus-ratus ringgit beli kek kat San Ferri atau makan kat fine dine kat Canteena.Kadang-kadang nasi lauk sayur kangkung goreng tu lagi bermakna daripada belanja beribu-ribu ringgit makan fine dine kat kapsul Singapore Flyer.Kadang-kadang makaroni goreng cili kering jauh lagi bermakna dari makan Spaghetti Bolognaisse kat Delicious.Just do something la guys.Jangan jadi bebal dan tahu nak peluk cium je dengan awek.Do something - make your girl happy.Buat sampai awek lu ralat nak lepaskan lu.

Selain tu - apa yang aku tengok bila bercouple je,wajib naik kereta dan pergi tengok movie.Come on,be creative - don't be a typical Bani Melayu encouler!Aku ada member aku bercouple dating kat pasar ikan - now that's awesome.Aku pernah bawak awek aku pergi ceramah politik masa zaman gua ceramaholics - tapi gua jadi bebal bila ada pulak orang tiba-tiba kata,"dik,muslimah sebelah sana ek".Aku jugak pernah date dengan awek aku kat Kinokuniya.Cari buku - come on,janganlah bercouple dengan hanya keluar hujung minggu dan pergi tengok movie lepas tu ending up makan kat McD. Tolonglah - do something else.Beribu-ribu pasangan sudah melakukan perkara yang sama beb.Tak bosan ke?

Akhir kata sebelum menghabiskan tulisan ni,aku takdelah nak bani Melayu ni jadi jiwang ala minah Winter Sonata - aku akan bunuh diri kalau ada awek nak bandingkan gua dengan Bae Yong Joon.Aku takdelah nak suruh nko jadi macam Eddie Hamid tulis lagu "Kau Merindu Aku Terindu Kita Dirindu" sambil buat band nama Spam.Tapi appreciation comes with afford.Nko tak letih ke dengar gadis-gadis Melayu dirembat Mat-mat Afrika,atau lelaki-lelaki Melayu dirembat goyang gerudi pinggul minah Indonesia?Nko tak letih ke baca Harian Metro berita macam ni setiap hari?

Dan lagi satu,bercouple ni bukan satu kemestian - atau bukan satu larangan.Tanya pada hati.Jangan ikut member-member.Jangan bercouple sebab ada sebab.Arwah Elly pernah berkata,"true love is when you fall in love with no reason at all".Takde sebab langsung - hanya mengikut perasaan yang suci dan kudus yang datang dari hati yang benar-benar ingin bercinta.Bukan sebab dia cun,bukan sebab rambut dia macam Scha al-Yahya,atau ada lesung pipit macam Siti Nurhaliza.Atau mata dia ada ala-ala Rozita Che Wan.Tolong - bercouple hendaklah ikhlas.Dan lagi satu - bila bercinta - cintailah dia sementara cinta masih ada - sebab cinta adalah datang dari perasaan paling luhur.

p/s:I'm a shooting star leaping through the sky
Like a tiger defying the laws of gravity
I'm a racing car passing by like Lady Godiva
I'm gonna go go go there's no stopping me
I'm burning through the sky yea
Two hundred degrees that's why they call me Mr. Fahrenheit
I'm travelling at the speed of light
I wanna make a supersonic man out of you

This is a right feeling for somebody who fall in love.It should be like this.

Pelajar Sekolah, Mahasiswa, Pekerja, Hamba Sistem

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)


*********************************************************



Aku tau ni entry basi - berulang-ulang kali. Bukan malas nak tulis - sekadar mengingatkan. Sempena budak-budak dapat result UiTM hari ni - kalau yang baca tu - sila fikir-fikirkan supaya tidak menjadi bunian Ireland - nak jadi St Patrick boleh - kahkahkah!


Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Hari ini,ribuan anak muda di seluruh Malaysia ingin melebarkan Lebensraum mereka(lebensraum in German:ruang),dan demi meluaskan ruang untuk mereka hidup dengan hati yang senang dan tenang,ada yang ingin melanjutkan pelajaran di IPTA,ada yang ingin berniaga dan ada yang tidak mempunyai ruang dalam masyarakat - ditolak tepi dalam kehidupan,terpaksa hidup dalam ruang yang dalam kegelapan.Tetapi fokus saya hari ini adalah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di IPTA.

Wajib kepada semua anak yang berusia seawal 6 tahun untuk ke tadika.Usia 7 tahun mak ayah wajib beli baju sekolah dan beg sekolah serta buku tulis untuk anak pergi ke sekolah.Jadi dari sini segala-galanya bermula - cita-cita anak muda untuk menjadi apa yang dicita.Ada yang nak jadi polis,ada yang nak jadi bomba,ada yang nak jadi doktor.Dari situ perasaan untuk melebarkan lebensraum disemaikan kepada anak-anak.Lalu di dalam kelas diajar A,B,C dan 1,2,3 dan seterusnya.Kemudian bermulalah satu racun yang disuntik di dalam minda anak-anak kecil - "abah,abah,Along periksa nombor satu!".Mula timbul sifat "siapa dapat dia punya".Jadi,setiap kali dalam peperiksaan - siapa dapat nombor satu disorakkan.Tidak ada "kekitaan" tapi "keakuan".Bila ada nombor satu pasti akan ada nombor paling last.Semasa saya darjah dua dahulu siapa periksa nombor last kena henjut ketampi depan kawan-kawan.Saya tidak pernah dapat nombor last - tapi sepupu saya pernah.Dia digelak oleh kawan-kawan dan dia malu.Sebab itu dia rasa selama ini dia belajar tidak dihargai,dia tidak dimahukan di dalam sekolah.Sejak itu dia benci sekolah.

Balik semula kepada cerita yang dihadapi anak muda ini.Bagi yang nombor satu,cikgu akan selalu senyum kepada anak murid itu.Kadang-kadang diberi tanggungjawab seperti ketua darjah ataupun paling cipan pun,"tukang angkat buku".Saya pelajar tidak di atas dan tidak dibawah - tengah-tengah.Jadi layanan cikgu terhadap saya tidaklah terlalu girang dan manja tapi tidak terlalu diktator seolah-olah saya ini bekas tahanan Kamunting.Dan bagi yang nombor satu - disini bermula satu pemikiran yang dipupuk di dalam bilik darjah - siapa nak jadi bagus kena jadi balachi cikgu.Siapa nak jadi hebat kena angkat buku sekolah cikgu.Dari sini budaya membodek dan mengipas punggung bermula.

Pangkat di sekolah rendah mungkin ketua darjah,penolong,bendahari - paling cool pun pengawas sebab baju dia warna lain.Jadi sudah diajar di dalam sekolah - pengawas adalah pembantu guru di sekolah.Bagi anti establishment macam saya - pengawas adalah balachi kepada cikgu disekolah - sama macam polis dan tentera untuk kerajaan negara(mana-mana negaralah,semua samalah!).Jadi dalam usaha penglebaran lebensraum di kalangan anak muda diteruskan lagi ke peringkat sekolah menengah.Sifat yang diajar di sekolah rendah - siapa cepat dia dapat,siapa nombor satu dia hebat masih diajar dengan penuh intensif.Tetapi pada sekolah menengah saingannya lebih hebat lagi.Saingan bukan sahaja dari segi akademik tetapi penampilan.Jika di sekolah dahulu "siapa pandai orang kagum" - kalau mamat tu pandai maka ramailah awek yang mengelilinginya - tapi naik sekolah menengah,pandai sahaja tidak mencukupi.Perlu ada pakej-pakej lain.Ada perempuan suka lelaki yang kasar - anti-establishment,yang melawan cikgu - ini cool.Tapi ada juga perempuan yang suka kepada establishment - lelaki yang jadi pengawas yang sentiasa necktienya kemas - dan selalu tolong angkat cikgu buku sekolah.Yang ni pun ada.Ada di sekolah saya dahulu - cukup ramai pelajar perempuan jatuh hati kepada seorang pengawas pakai songkok cermin mata tebal yang baca doa.Aku panggil dia Abang Baca Doa Kat Perhimpunan je lah.Dan Abang Baca Doa ni sentiasa disuruh baca doa atau menyanyi lagu nasyid untuk meruntun hati-hati awek-awek tudung labuh di sekolah.

Perspektif lebensraum di sekolah menengah sudah semakin besar.Ada yang target untuk dapat awek paling cun di sekolah,ada yang target dapat 15A dalam SPM,ada yang mahu jadi budak paling gengster di sekolah dan ada yang nak jadi atlet sukan terbaik di sekolah.Macam-macam.Dan apabila musim peperiksaan maka semua orang pun cuba untuk cemerlang dalam exam.Nota disalin,buku dibaca.Cikgu tulis,kita copy balik.Cikgu cakap,kita dengar.Lama kelamaan kita sudah tak berminat untuk belajar dapatkan ilmu,kita hanya mahukan soalan ramalan untuk SPM tahun ini.Maka ramailah cikgu-cikgu menjadi Nostradamus atau Pak Belalang untuk memastikan anak murid mereka mendengar kata mereka.Dengan harapan bila soalan ramalannya tepat,ramailah anak murid berkata "cikgu ni baguslah!".

Maka sesudah SPM,kesemua "mesin-mesin Xerox" ini pun keluar dari sekolah.Siapa tak pandai tiru cikgu bersedialah untuk kerja kat Tesco.Paling best pun kerja jadi posmen.Bagi "mesin-mesin Xerox" yang okay sikit - rumah mereka mula dihujani surat-surat kolej dari IPTS dengan harapan bolehlah berniaga sekeping kertas bernama diploma.Ada yang mahu terus stay di sekolah.Ada yang mahu ke politeknik,dan ada yang nak terus kahwin.Mesin-mesin Xerox yang cemerlang akan mula menghantar surat pemohonan di IPTA.Mesin-mesin Xerox yang mencetak dengan "spotless" - yang ni dapatlah biasiswa dari kerajaan untuk dihantar di New York,Ireland,Canada mahupun India.Tapi kadang-kadang mesin Xerox buatan sini bila keluar - mereka tak boleh berjalan sebab di sana pelajar belajar - bukan cetak balik tulisan cikgu.Tu sampai ada yang jadi pelacur sebab nak sara diri.

Maka,pelajar Xerox di IPTA pun bermulalah hidup baru mereka setiap bulan Julai.Ada yang excited dapat jumpa kawan baru,ada yang target nak cari awek baru - awek kat sekolah dah tak best,ada yang fikir nak buat business dalam kampus - jual nasi lemak,hot dog dan ada yang terus mahu menjadi pengipas punggung - kali ini dengan lecturer.Maka minggu pertama - Minggu Suaikenal sebenarnya adalah minggu Pembodohan secara intensif.Pembodohan ini bermula apabila kita diajar tentang birokrasi "dik,nak isi borang asrama kat kaunter sana,dik,nak isi borang mohon PTPTN kena pergi bangunan sebelah".Dan minggu Suaikenal ataupun Pembodohan secara Intensif ini berterusan dengan beberapa abang atau kakak senior cuba nak jadi Ketua Pemuda Parti Keris.Maka sepanjang minggu Pembodohan itu diisi dengan senamrobik,birokrasi,senamrobik,birokrasi,jerit pekik bakal Ketua Pemuda dan akhir sekali - tidur akibat kepenatan.

Selepas minggu itu - bermulalah pembelajaran di kampus.Dan bermulalah rutin harian seorang mesin Xerox yang berjaya - tulis apa yang lecturer tulis balik.Tapi kali ni tambah sikit apa yang dipanggil sebagai "assignment" - yang akan diberi dateline untuk disiapkan.Dan dari sini mereka ini diajar - bos bagi kerja lu kena siapkan.Lu tak payah fikir benda lain.Lu kena jadi hamba sistem.Kalau tak - gua barred lu dari exam.

Dan minggu mendapat PTPTN pun bermula.Sorak-sorai dan gembira seolah-olah macam pekebun Felda dapat bonus bila Najib umum suntikan ekonomi.Ramai yang beli motor,dari makan megi bila dapat PTPTN pergi makan McD,masa ni lah awek bersepah untuk dibelanja dan excited kerana first time pegang duit ribu-ribu.Padahal pinjam je - teknikalnya pinjam,tapi sebenarnya tu duit rakyat.Duit tu hak kita tapi dipinjamkan sebab tak bestlah kalau menteri tak kaya.

Maka pengXeroxan pun berterusan.Assignment diberi,nota diberi,buku disuruh cari dalam perpustakaan - kalau buat assignment kena ada ciri-ciri kritiria yang lecturer nak - kalau tak - dapat F lah anda.Maka kita pun buat assignment macam lecturer nak padahal kita ada idea yang lebih kreatif tetapi ianya bertentangan dengan pemikiran arus perdana - maka tak dibolehkan.Kena ikut arus perdana - kalau tak kena AUKU.

Apabila selepas cepat masa berlalu - ada yang 3 ada yang 4 tahun - maka mereka pun diberi jubah dan topi petak untuk mendapatkan sekeping kertas yang mengatakan "Saya adalah Pelajar yang Diajar untuk Akur Dengan Sistem,Dan Dengan Kertas Ini Saya Layak Mendapat Kerja".Maka berlambaklah kertas-kertas ini dicetak - begitu juga dengan lambakan mesin Xerox ini.Bersoraklah mereka - akhirnya cita-cita dari sekolah rendah dapat dicapai juga.Mak ayah meleleh air mata gembira,sambil tu boleh kenal-kenal dengan bakal menantu.

Kemudian lebensraum mereka berubah.Ada yang nak beli kereta,nak kahwin dan beli rumah.Awek dah dijumpai satu kampus - ada juga yang jumpa dalam Myspace atau Facebook.Akhirnya berkahwin dan jemputlah kawan-kawan satu sekolah dan satu kampus.

Selepas berkahwin - bermulalah satu kehidupan sebagai "hamba sistem" yang akur dengan kedunguan.Bangun pagi pukul 6 pagi - keluar lambat traffic jam.Dua jam duduk dalam kereta dengar DJ Overrated membebel dalam Hot FM.Sakit kepala orang belakang hon-hon.Lepas tu sampai office bos bagi taklimat.Blah blah blah sales target blah blah blah appointment dengan Datuk Razali blah blah blah profit tahun ni perlu dipertingkatkan blah blah blah.Sampai lambat kerja kena maki.Balik rumah bini bebel "ni balik lambat ni mesti ada skandal ni!".Nak buat tuntutan biologi pun tak larat - asyik penat balik kerja,balik rumah tengok bini muka tension.Maka budaya kebodohan ini digambarkan dengan penuh bergaya dalam siri Cerekarama ataupun drama-drama di Astro Ria.TV1 - siapa tengok tv ni,wujud lagi ke?Dan aku pernah berkata - kalau dalam sistem ini - tak kisahlah pangkat degree atau master PhD pun,kalau nko kuli - nko kena dengar cakap boss nko - walaupun boss nko dungu macam George Bush.Maka dari kecil cita-cita nak dapat kerja best - akhirnya jadi hamba sistem.Tapi oleh kerana desakan kehidupan - kena beli tv,beli perabot,beli blender,beli dapur,beli beras - semuanya kena beli - kenalah terus menghambakan diri.Anak pertama,anak kedua anak ketiga mula lahir.Kena beli baju untuk anak,permainan Transformers atau Barbie Doll untuk anak.Bila dah besar kena beli baju sekolah,beg sekolah - putaran penghambaan berterusan.Dari datuk ke bapak ke anak ke cucu dan berterusan.

Bila usia sudah tua - mula rasa menyesal."Alaa dulu masa muda tak dapat buat benda best-best sebab kerja je".Jadi jangkahayat anda berakhir di kerusi roda dengan tangan yang bergoyang serta lutut yang kendur - lupakan saja nak jadi Skateboarder Extreme.Hidup anda tidak bermakna lagi.Anak-anak sudah besar,sibuk bekerja,lalu lupakan anda - hidup keseorangan menunggu ajal.Tapi ada anak-anak yang concern - tapi concern tu concern lah.Dah banyak masa dibuang tapi kita tak dapat fikirkan apa sebenarnya cita-cita kita masa di bangku sekolah dulu.

Dari kecil kita diajar untuk mengikut sistem penghambaan secara intensif ini.Siapa jadi hamba paling setia dia yang paling baik.Untuk menambahkan aksesori seorang "hamba sistem" yang baik dan berjaya,kereta besar atau rumah besar menjadi rebutan.Untuk lebih berjaya menjadi hamba sistem,pembodekan dan pengipasan punggung perlu dilakukan.Buat kerja mengikut arahan - pasaran.Tiada kreativiti.Tiada demokrasi - yang ada cuma angan-angan dan mimpi.

Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Leprechaun itu terus hidup hampa dengan fantamorgana yang dilihat.Hari ini - leprechaun itu setiap hari membarisi lebuhraya-lebuhraya di seluruh bandaraya di dunia - dan dengan tanpa serik leprechaun itu terus diperbodohkan dengan kilauan emas yang sebenarnya hanya emping jagung.


11 Ogos 2012

Yang Remeh Temeh- Pak Pandir

Ditujukan kepada mereka yang mempunyai segalanya tetapi masih alpa dan leka (Orang Melayu)

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


10 Ogos 2012

Ubah Angin

Asalamualaikum! Kabare semua?

Agak lama aku menyepi dalam blog ini. Mungkin disebabkan sibuk dengan persiapan masa depan agaknya. Hahaha

Bercakap mengenai masa depan, aku kini sedang berubah angin. Berubah angin dari bidang Kejuruteraan Awam kepada bidang OSH

OSH : Occupational Safety and Health (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Baru-baru ini, ketika sedang bosan menunggu tawaran kerja, salah seorang sahabat aku datang dan menawarkan kursus ini kepada aku. Pada mulanya aku tidak berminat, kerana masa itu aku mengharapkan keputusan UPU memihak kepada aku

Tetapi setelah dipujuk dan merasakan keputusan UPU tidak memihak kepada aku, aku mengorak langkah dan mendaftarkan diri. Setelah sebulan menghadiri kursus anjuran MISDEC dan Borderless Resoursec Sdn. Bhd, aku merasakan yang inilah titik "ubah angin" dalam hidup aku

Baru-baru ini juga aku bertemu dengan bekas pensyarah aku sewaktu aku belajar di Politeknik Melaka. Katanya kadang-kala kita perlu melawan arus dalam mencorak masa depan kita. Tak semestinya kita mengikut turutan seperti mengambil diploma, kemudian ijazah dan barulah bekerja.

Sebagai seorang lelaki, aku merasakan tidak jantan jika kita terlalu menurut apa yang disuruh orang. Anak jantan perlulah rebelious. Hanya mat skema, mat bunga dan mat baju batik sahaja masuk UMNO. HAHAHAHA

Kalau jumpa ular dengan mat bunga, sila ketuk kepala mat bunga dulu sampai mati. Baru bunuh ular tu

Lagi 6 bulan lagi sebelum aku menamatkan kursus ini. Niat aku satu sahaja iaitu mahu mengubah nasib diri dan keluarga. Sudah semestinya mahu menjadi Safety and Health Officer (SHO) yang kompeten

Kalau siapa-siapa yang tidak tahu apakah itu SHO, ia merupakan pekerjaan mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. SHO bukan pak guard. Tapi terpulanglah kalau nak samakan dengan pak guard. Yang penting seorang SHO boleh memperoleh gaji yang besar bergantung kepada pengalaman.

Tak perlulah aku cerita apakah itu SHO, kebaikkan menjadinya dan sebagai lagi. Sila usaha sendiri dengan mencari di lebai Google. Jangan jadi anak muda yang poyo sampaikan nak mencari maklumat pun minta disuap.

Berbalik kepada post ini, Sekali lagi aku nasihatkan kepada kawan-kawan diluar sana, kita yang mencorakkan masa depan kita. Kalau daripada sekarang kita malas, jangan nanti bila dah tua menyusahkan orang. Aku nasihatkan lebih baik kau bunuh diri sekarang juga.

Adios