23 Ogos 2012

Lapan Tahun Dua Bulan Sebelum Duapuluh Duapuluh

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

*************************************************************************************




Aku pernah menulis pasal Wawasan 2020 dah banyak kali dalam entry TTGB ni. Rasanya Wawasan 2020 ni dah boleh jadi bahan lawak dah sekarang terutamanya oldfags macam aku ni. Dulu aku ingat lagi - segala tahi nak di2020kan. Dulu aku pernah nampak ada sekurang-kurangnya tiga restoran mapley menggunakan nombor 2020 di kawasan Cheras sahaja. Dengan harapan mapley tu akan dapat bertahan sehingga tahun 2020. Lima tahun kemudian aku tengok restoran tu dah bertukar jadi McDonalds. Satu still mapley tapi dah berapa kali tukar management, dan lagi satu tu wallahualam.

Now - semua orang nak 1Malaysia sampai aku pernah jumpa sampai satu level sampai jual bakso pun nak namakan gerai tu 1Malaysia. Yang anehnya, penjual bakso tu datang dari sebuah negara yang tak habis-habis panggil kita maling. Aku rasa mereka yang suka memalingkan Malaysia ni kena datang Malaysia juga - tengok, even kaum mereka pun kini sokong 1Malaysia. Lho apa bilang maling-maling?

Tapi dalam masa lapan tahun dua bulan lagi menjelang Wawasan 2020. Propaganda Mahathir berkata bahawa pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dengan ada kereta terbang, tentera klon Star Wars, polis Cybercop, ada bangunan tinggi-tinggi macam Planet Coruscant, ada skateboard terbang macam Back To The Future, menjadi sebuah negara maju.

Tapi apakah itu negara maju? Apakah kemajuan itu diukur setinggi mana pelir gergasi itu dibina? Berlingkar-lingkar highway macam kat Los Angeles atau kemajuan itu diukur sejauh mana kaum bimbo boleh mengenal jenama handbag paling power dan mahal high class?

Entah, kalau kau tanya aku - aku suka negara Scandinavia. Sweden, Norway dan Finland. Dan juga Denmark. Kalau reference aku terhadap negara maju maka inilah reference aku. Walaupun Norway adalah pengeluar petroleum terbesar di Eropah Barat, namun penggunaan tenaga boleh diperbaharui boleh dikatakan luas. Negara Scandinavia tidak bergantung sangat dengan petroleum dari Timur Tengah. Mereka berjaya mengawal populasi manusia dalam guna tenaga cukup optimum. Tak lebih macam Bangladesh, dan tak kurang macam Mongolia.

Dari segi kepadatan penduduk - Malaysia masih lagi macam konduktor bas cakap, "boleh masuk dalam lagi, belakang boleh masuk lagi". Dia belum level Bangladesh yang dah macam "komuter jam 6 petang train dari KL Sentral menghala ke Klang". Aku rasa Bangladesh lagi extreme kot - atas keretapi pun kau boleh duduk lagi.

Tapi put it this way, dalam GTP yang aku tengok - penduduk Lembah Kelang bakal ada 10 juta penduduk menjelang tahun 2020. Sekarang 6 juta. Bila enam juta macam ni pun kau dah sendat-sendat, kau bayangkan bila 10 juta nanti macam mana?

Lagi satu aku tengok dalam negara maju terutamanya Scandinavia - dorang punya isu yang mereka bincangkan adalah topik ekonomi bukan topik patutkah gay dan lesbian boleh adakan forum. Mereka bincang hal kebudayaan bukan topik kenapa Miera Liyana tak pakai bra lepas tu nampak sideboobs. Seperti kata Eleanor Rossovelt, "big people talk about ideas, medium people talk about events and small people talk about people".

Contohnya bila aku tulis pasal gay dan lesbian dan Seksualiti Merdeka, berduyun-duyun bandwagons datang menyerang bagai langau jumpa tahi. Sama ada aku troll mereka atau apa yang aku tulis tu genuine feelings aku hanya Yawheh yang tahu. Tapi bila aku tulis pasal Hayek dan Keynes aku tunggu juga malaon-malaon yang serang aku bukan main tu turut memberikan pandangan juga. Well, I don't give a toss about what they said sebab tu pandangan aku. Macamlah sejuta orang comment kat blog aku maki pasal entry gay dan lesbian tu pandangan aku boleh berubah anyway.

"Your country are drowning to hell" kata kawan aku Jeeva. Dalam keadaan ekonomi yang sedang parah, dengan masalah masih ramai lagi manusia Melayu ni masih lagi menyewa rumah (dan ada yang takde rumah), bila orang bangkitkan isu Istana Negara baru RM900 juta - ada yang boleh berkata, "itu satu-satunya harta orang Melayu pun kau nak pertikai?".

Menitis air mata penuh kesyahduan aku bila aku nampak orang pertikaikan benda ni. Kau tahu kenapa? Sebab minggu lepas adalah minggu paling penat aku dengan adik aku mencari rumah sewa baru. Dalam ketika umat Melayu, selain aku, ramai lagi yang masih menyewa - dari Klang hinggalah ke Gombak - kau boleh cakap "ala biarlah dia nak ada rumah baru". Aku rasa kalau aku nak sewa istana lama dia pun nak bayar untuk seminggu sewa pun kerja seumur hidup aku tak dapat sewalah.

Istana Negara lama masih lagi elok lagi, apa masalahnya dengan Istana lama tu? Lagipun kalau dah negara ini negara raja berperlembagaan, kenapa nak bina baru? British penjajah penaung negara ni pun Istana Buckingham tu dah beratus tahun tak berubah-ubah. Kita baru 54 tahun nak bina Istana Baru. Dengan harga RM900 juta pulak tu. Well, rumah Bill Gates menurut data yang aku jumpa kosnya US$97 juta. Converted to ringgit lebih kurang RM300 juta. And he's Bill Gates. And he got awesome designer than Istana Negara baru. Istana Negara Baru bak kata Obefiend, macam office pejabat kerajaan je. No semiotic studies, no cultural studies for architecture design, no Malay motive in the design. Harapkan kubah psuedo Arab nak menunjukkan ketua ugama Islam. Dey, masjid kat negara China bentuk bumbung sama macam tok pekong kat sini. It's just a building anyway.

Oh - you cannot say no with kings in Malaysia. Lese majeste. Aku takdelah level sampai nak orang awam boleh baling pai kat muka Raja macam King Gustav of Sweden pernah kena dengan rakyat sendiri. Apa yang dipertikaikan oleh orang ialah kenapa bina Istana baru sedangkan Istana lama masih boleh guna dan masih utuh? Ni Parlimen baru renovate pun bocor?

Aku takdelah kata kalau nak jadi negara maju kau kena jadi republik. Antara negara beraja macam Sweden, Norway dan Denmark banding dengan Republik Indonesia jauh beza. Tapi raja negara kapir mereka takdelah spend Istana sampai harga macam tu? I don't blame Agong for that RM900 juta istana - but I blame kontraktor pembinaan tu. But again, ada lagi mindset Melayu yang anggap "government knows best" lagi. Come on, di Sweden kau nak bina jambatan kampung pun - kerajaan kena keluarkan data-data perbelanjaan untuk bina jambatan kepada penduduk kampung. Inikan lagi membina Istana Negara. At least government keluarkan berapa harga kos besi, harga kos batu, harga kos swimming pool dan keluarkannya dalam akhbar - bagi rakyat baca. Kenapa tak nak buat macam tu?

In the end - lapan tahun dua bulan sebelum duapuluh duapuluh. Tapi aku tak nampak apa-apa sejak 1991 sampai sekarang kita menghampiri negara maju. Yang aku nampak kita semakin jauh dari situ. Bangunan tinggi, yer. Kereta banyak, yer. Tapi mentaliti masih sama, mungkin lagi teruk. Djaman dulu Melayu pakai bikini pun orang rilek lagi tak kecoh-kecoh perverted macam sekarang.

Akhirnya dalam lirik lagu Wawasan 2020,

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Tekad kami jayakan.


Ya, memang sangat jauh lagi. Dan kenyataannya, kita masih lagi bermimpi.

Tiada ulasan: