26 Ogos 2012

Dunia Ini Milik Anak Muda.

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

************************************************************************************




"Won't you believe it,it's just my luck.No recess.You're in high school again,you're nothing again.No recess."

-Kurt Cobain dalam lagu "School".

Cuba kita lihat sekeliling kita,ke mana anak muda kita?Di cybercafe bermain DOTA,di depan 7-Eleven menghisap rokok dengan kawan-kawan,di kedai mapley sambil menonton bola,sambil bertukar-tukar lagu handphone yang dihantar melalui Bluetooth.

Cuba kita lihat sekeliling kita,ke mana anak muda kita?Di sekolah,di pusat tuisyen,di shopping complex sedang menikmati Frappucino di Dome,atau sandwich RM13.80 di San Francisco Coffee,menghabiskan wang elaun ibu bapa di Mid Valley,Bangsar Village atau Pavillion dengan baju-baju yang berharga beratus-ratus ringgit walhal nilai sebenarnya RM1 sehelai sahaja.

Lady Gaga,Kesha,Beyonce atau Britney Spears - jatuh bangun mereka ditentukan oleh anak muda.Syarikat-syarikat pakaian,kedai kopi gaya hidup atau segala gaya kehidupan yang "cool" ditentukan oleh anak muda.Tidak ada siapa yang akan bershopping di Salvatore Ferragamo jika model pakaian tersebut adalah Mahathir Mohammad.Tidak ada siapa akan beli baju di MNG kalau modelnya Rafidah Aziz atau Hadi Awang.Saya bercakap terus terang.

Sedar tak sedar,sebenarnya anak muda ini sedang digunakan oleh si tua ini untuk mengekalkan autoriti mereka.Perkara-perkara seperti "adat resam","warisan","harta pusaka" dan segala benda poyo yang dimuntahkan untuk memastikan anak muda tidak mengenal "kuasa mereka".Supaya anak muda terus dibodohkan dan dibangangkan dengan kehendak si tua.

Bagi aku - dunia ini milik anak muda.Tiada siapa yang akan mati untuk George Bush atau Saddam Hussein kalau anak muda sedar tentang hakikat ini.Orang tua itu tak sanggup mati demi kehendak mereka.Tapi anak muda yang tak sedar benda ini - lantas digunakan oleh si tua sampai mati.Cuba lihat yang bermati-mati memburuh di shopping complex - semuanya si muda.Semua dibayar gaji RM700.00 purata.Kerja 8-9 jam kadang-kadang overtime sampai 12 jam.Balik berhimpit dalam komuter atau LRT dalam keadaan sempit.Semuanya anak muda.Tapi yang Datuk-Datuk,CEO-CEO,menteri-menteri dan segala mamat poyo yang lain semuanya gaji beratus ribu ke atas,setiap Ahad main golf,ada orang tolong drivekan kereta,tapi tak buat apa-apapun.Tolong sign check?Takkan tu je kerja nko?Apa manfaat si tua ni ada sebenarnya?

Aku tak boleh reject orang tua sebenarnya.Dalam LRT pun kalau ada orang tua berdiri aku akan bangun dan bagi seat.Orang tua wajar dihormati,tapi orang tua pun kena sedar - anak muda pun perlu dihormati.Hubungan dua hala.Dalam ruang dan masa ini walaupun segala kudrat dan iradat dalam dunia ini digerakkan anak muda,sesetengah si "tua" bersenang lenang dengan hasil yang digerakkan anak muda.CEO James Iovine menjadi billionaire setelah memerah keringat Stefani Joanne Angelina Germanotta menari-nari terkinja-kinja.Tanpa Stefani Joanne Angelina Germanotta atau yang seangkatan dengannya,James Iovine tidak akan kaya macam sekarang.

Ada orang tua yang sedar dunia ini milik anak muda.Orang tua itu bukan sahaja dihormati anak muda bahkan diangkat sebagai suara untuk anak muda.Bahkan dalam cakap-cakap dan forum-forum anak muda juga dijemput sebagai anak muda walaupun dah tua.Orang tua ini sentiasa dianggap "muda" sebab dia sedar hakikat dunia ini digerakkan oleh anak muda,dan dia sedar walaupun anak muda sentiasa mengikuti fikrah dan pemikirannya,namun dia sedar tanpa anak muda,pemikirannya takkan ke mana.

Muda atau tua bagi saya - bukanlah dari segi usia,wajah kerepot atau tulang bongkok.Muda dan tua yang saya maksudkan adalah pemikiran yang tidak terkongkong oleh satu golongan yang enggan berganjak ke ruang dan masa yang baru walaupun ianya sedang berjalan.Nak termuntah saya bila kolumnis Harian Metro berkata "rotan dan tali pinggang wajib diadakan semula bagi membentuk sahsiah moral anak muda daripada tercemar seperti sekarang".Bagi saya daripada sibuk nak merotan mamat punk yang buat rambut mohawk dan bertindik atau mamat skinhead yang botak,berkasut Doc Marten dan berseluar skinny,lebih baik rotan je si "tua" yang pakai tali leher yang sibuk menghulur tangan di bawah meja untuk makan suap.Kenapa nak bodohkan anak muda lagi,Harian Metro?

Kebanyakan anak muda yang saya lihat pada hari ini - mereka mahu bangkit tapi mereka hilang arah.Mereka benci dengan pemikiran dogmatik dan idea kolot serta membodohkan ni tapi mereka tetap dibelenggu.Setiap hari tenaga mereka terpaksa dikerah untuk meneruskan kehidupan sebab arus hidup ditentukan oleh si tua.Mereka seperti buih-buih di lautan - ramai tapi tidak berguna langsung.Kalau berguna pun digunakan untuk kepentingan orang lain.

Sudah sampai masanya saya menyeru kepada anak muda - dunia ini milik anda semua.Supaya bila anda tua nanti,anda boleh serahkan dunia ini kepada anak-anak anda.Kita yang menggerakkan dunia ini.Kita ada hak untuk bersuara.Bila anak muda bangkit nanti - seperti Revolusi Cuba,Revolusi Tiongkok,Revolusi Bolshevik mahupun Paris 1968 - si "tua" akan ketakutan bila anak muda bangkit.Charles de Gaulle hidup dalam buangan selama hampir tiga minggu di Romania bila kebangkitan anak muda pada Paris 1968.

Kita adalah "sleeping giant" sebenarnya.Cuba lihat apa yang kita lakukan pada 8 Mac dahulu.Segala dogma dan pemikiran "UMNO tidak akan tumbang di kawasan Melayu" hilang sekelip mata.Lembah Pantai yang dikatakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur juga tumbang.Ini bukan soal Barisan atau Pakatan - ini soal pemikiran dogma vs idealisme anak muda.Anak muda mahu perubahan - jika semua sepakat,segala dogma tua akan tumbang.Bahkan dalam PAS sendiri golongan dogmatik yang enggan menerima suara muda sudah mula cuak dengan kebangkitan golongan Erdogan dalam PAS.Mereka terus mahu menegakkan "pemikiran ketuaan" mereka dengan mengaku diri ulamak.Hait,ini macam Ungku Aziz mengaku dia intelek tulen.
Saya terinspirasi dari ceramah Fahmi Reza tentang Student Power di PJ Art Center Rabu lepas.Cerita macam mana tender kantin,tender beli bas,tender kedai buku semua diuruskan anak muda.Secara kolektif dan sepakat muafakat.Cerita bagaimana Naib Canselor sebelum Ungku Aziz(mat salleh aku tak ingat nama dia) terpaksa menjadikan Hari Otonomi sebagai cuti di Universiti Malaya.Ini semua kuasa anak muda.Cuba kita lihat macam mana Speaker's Corner menjadi pusat suara dan tenaga anak muda.Cuba kita lihat percubaan untuk menjatuhkan kepimpinan Kelab Sosialis UM bila ada "golongan muda yang berfikiran tua" cuba untuk melancarkan coup d'etat - maka besoknya Kelab Sosialis UM sekali lagi menjadi wadah kepimpinan anak muda walaupun hanya bersifat "interim government".Sebab bila anak muda bersepakat,dan sedar kuasa di tangan mereka - mereka adalah golongan yang berkuasa.

Dan cuba kita bayangkan,kalau anak muda di universiti,di kilang atau di shopping complex tak ambik pot dengan 1Malaysia,Cemerlang Gemilang Terbilang,Islam Hadhari atau Wawasan 2020 - saya rasa UMNO dah lama tempah batu nesan.Golongan "ulamak" PAS dah lama pergi tepi pantai Marang berenang dan tenggelam.

Ada yang komplen kepada saya,"macamlah nko sorang je pernah baca Catcher In The Rye,macamlah nko sorang je pernah dengar Rage Against The Machine".Maka jawapan aku,seperti kata John Lennon "you may say I'm a dreamer,but I'm not the only one".Aku tak pernah cakap aku sorang je yang pernah baca tulisan JD Salinger atau karya lirik Zach de la Rocha.Tapi masih ada ramai anak muda di luar sana yang tak tahu.Yang tahu - biarkan mereka tahu - dan kalau dah tahu,sebarkan kepada mereka yang tak tahu.Aku tak keseorangan kat sini - sebab aku tahu - kalau ramai anak muda sudah tahu nanti,jika hati mereka semua tergerak hasil tulisan ini,kebebasan anak muda bukan dibangkitkan oleh aku - tapi oleh semangat mereka yang terpendam dalam diri mereka selama ni.Aku cuma "catalyst" semata-mata.Atau cuma sodium bikarbonat dalam pembuatan kek.Sebab aku mahu sedarkan mereka bahawa dunia ini milik mereka dan mereka ada dunia untuk mereka lawan dan tawan.Kalau dah pernah baca Catcher in the Rye,atau pernah dengar Rage Against The Machine tapi tak pernah nak berkongsi dengan anak muda - kemudaan itu jelas tertinggal dalam ruang dan masa yang lampau dan akhirnya semangat anak muda tu mati.



p/s:Stefani Joanne Angelina Germanotta juga dikenali sebagai Lady Gaga,atau Lady Kah kah oleh aku.

Tiada ulasan: