23 Ogos 2012

INDONESIA

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)

************************************************************************************




Indonesia - pasukan Asia pertama ke World Cup 1938.

Sebenarnya team bolasepak negara - selain Argentina - team yang aku minat ialah Jepun dan Indonesia. Serius. Aku tak tahulah kenapa aku suka team bola dia pada djaman Astaman, Firman Utina, Bima Sakti dan Agung Setyabudi. Ada satu masa aku lagi hafal nama pemain Indonesia dari pemain Malaysia. Mungkin faktor rasuah 1994 benar-benar membuatkan aku dah naik fed up nak tengok bola Malaysia. Kot.

Tapi lately aku rasa meluat - bukan dengan Negara Indonesia - tapi dengan sesetengah rakyatnya yang emo dan gila cepat butthurt. Selama ini, mereka memanggil "maling" kepada Malaysia but at the end of the day - siapa yang panjat bumbung rumah orang dan menyantau orang dalam rumah untuk curi emas dan wang ringgit? Ada orang Malaysia buat macam tu kat kediaman orang di Kelapa Gading atau Pondok Indah? Kalau ada kes orang Malaysia buat macam tu sila kemukakan bukti.

Aku tak pernah benci Negara Indonesia apatah lagi ingin menghina negara yang keturunan mak aku berasal. Even ayah aku pun keturunan datang dari Minang, kenapa pulak aku nak hina negara Indonesia ni? Aku takde sebab nak anti mereka. Aku ada ramai kawan di sana, ada ramai saudara mara di sana, pernah pergi sana dan kebanyakan orang yang aku jumpa baik-baik belaka. Tapi, apakah dengan boo lagu kebangsaan Malaysia menjadikan rakyat anda seorang yang baik?

I never be patriotic. Lagu Negaraku pun kalau kau pergi sekolah - tambah pulak hari Isnin - hari pertama minggu sekolah - lagi malas nak nyanyi. Aku tak pernah suka lagu patriotik Malaysia - let alone pernah beli pin 1Malaysia letak kat baju. In fact dari segi propaganda nationalism aku rasa Indonesia jauh lagi cool bila ada rock band nyanyi lagu untuk negara macam Cokelat lagu Bendera. Atau Dangdut is Music of My Country. Aku rasa at one point semua channel radio Malaysia lebih rela bukak lagu Indonesia, dan semua channel TV lebih rela bukak sinetron Indonesia dari apa yang orang Malaysia buat. Sampai satu tahap pernah aku anggap Malaysia ni dah jadi Propinsi Indonesia Utara. Atau mungkin Malaysia dah join membentuk Indonesia Raya. To be honest, aku ada pendapat bahawa jika Indonesia dan Malaysia bergabung - Indonesia Raya boleh jadi kuasa dunia peringkat sederhana - macam negara Brazil, South Africa atau mungkin Mexico.

Tapi patriotisme dari geng-geng poyo dari negara seberang membuatkan aku meluat. Aku tak kisahlah rivalry ke apa - sebab abah aku pun Man United, aku pun Liverpool - at the end of the day kitorang gelak-gelak je. At the end of the day - aku dengan member-member yang sokong Brazil ke England relax je bila cerita pasal Argentina. Yang kau nak emo apahal?

One thing for sure, belum pernah hatta England pergi ke Jerman naik kereta kebal ke stadium. Belum pernah aku dengar lagu kebangsaan Brazil kena boo di Buenos Aires, dan belum pernah aku dengar orang Scotland tak habis-habis chanting William Wallace bila lawan ragbi dengan England. For once to those Indonesian yang over patriotic tu, grow up! Get a life, bro.



Kau nak jerit-jerit Malaysia maling, orang kau kat sini kemain lagi bukak warung bakso - siap logo 1Malaysia lagi. Sekian.

p/s:The borders between both of us were created by the Brits and the Dutch, what the fuck are we fighting for?

Tiada ulasan: