29 September 2011

Aku, Anak India Dan Dato Shake

(berdasarkan kisah benar)


Aku ingin surahkan padamu mengenai sebuah hikayat mengenai aku, di mana hikayat ini perlulah kau tekuni setiap patah abjad dan perkataan supaya kau menginsafi diri lantas  bisa memperkasakan diri. Nasihatku kepadamu ialah marilah kita mengambil iktibar dari hikayat ini.Tetapi aku tidak menghalang dirimu supaya menamatkan bacaan hikayat ini. Mungkin kau leka menonton drama Korea yang hampas itu dan enggan membebankan mindamu dengan sesuatu pemberat yang mana tahu boleh mencambah sel-sel dalam otakmu itu.

Hikayat ini bukannya kisah dongeng yang berusia ratusan tahun, atau seperti kisah mitos yang ditemurunkan dari generasi ke generasi. Hikayat ini hakikatnya bermula dua hari lepas. Dimana hari itu aku bertemu dengannya, seorang anak India. Padaku dia anak muda berjiwa Malaysia yang aku fikir pada masa kini agak sukar dijumpai.

Dia peminat Dato Shake kerana acapkali bersiul lagu "Anugerah Dari Kegagalan"

Dari kegagalan,
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan, 
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi disebalik
Semua kepahitan 
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertan 
Yang amat dalam.

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya 
Dibumi Tuhan
Ho Ho

Kalau difikirkan, kami bersapa secara tidak sengaja ketika aku menjawat di persatuan pelajar. Ironinya dia mengenali aku melalui nama yang terpampang di baju korporat ku. Sejak itu, kalau kami berjumpa dia akan berteriak namaku; "Ismaputra, Ismaputra!"

Dari situ kami rapat. Bukan rapat seperti pasangan kekasih yang memadu asmara. Tambahan pula dia seorang jantan, masakan pula aku bernafsu songsang? 

Rapat disini diibaratkan sebagai 2 insan berlainan kulit dan anutan menjadi kawan baik. Aku tak nafikan dia menggagumi aku kerana dia berpendapat aku dilahirkan untuk memegang kuasa. Padahal aku menganggap diriku seorang opportunis; suka mengambil kesempatan.

Itu hikayat tahun lepas. Dua hari lalu aku bertemunya di sini. Kami bersalaman. Lalu persoalan popular terpancul dari mulutnya; Apa khabar kakimu, isma?

Aku tersenyum, hanya bercerita padanya hal yang hakiki. Namun saat aku mengeluh padanya dia memberi semangat padaku. Dia mengajar aku erti tawakal. Sama menduga orang yang tak mengakui Allah s.w.t itu Tuhannya dan Muhammad s.a.w itu nabinya mengajar aku erti tawakal.

Lantas aku teringat ketika aku berada di kamar wad ketika aku dilawati oleh seorang tua yang aku tak kenali. Masih terngiang-ngiang ingatannya di mindaku hingga ketika saat ini. Katanya :

"Boleh jadi Tuhan menguji dirimu kerana mahu menghapuskan dosa-dosa lampaumu nya menimbun. Atau boleh jadi kau memang hamba yang baik. Namun Tuhan mahu menjadikan kau lebih baik"

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini ada yang mengerti dan ada yang tidak. Ketahuilah yang aku hanya menulis, mungkin tidak sebaik penulis-penulis lain tapi niatku hanya satu, aku menulis untuk peringatan.


28 September 2011

27 September 2011

Hang Tuah Dan Puteri Gunung Ledang (Sejarah Yang Dihitamkan)


Assalamualaikum! Kabare semua?
Gunung Ledang

Mengikut catatan lama iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang mencatatkan perihal seorang laksamana Melaka yang terkenal, Hang Tuah dan hubungannya dengan Puteri Gunung Ledang. Menurut Sejarah Melayu dikatakan Puteri Gunung Ledang yang berasal daripada Jawa dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik hingga menawan hati Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Syah.
Sejarah Melayu

Dalam karya agung Tun Sri Lanang itu beliau menceritakan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. 
Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya;
"... yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak kita peristeri (Puteri Gunung Ledang). Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang..."
Maka, diperhantarlah satu rombongan atas titah tuanku ke Gunung Ledang untuk meminang sang puteri. Sepertimana yang anda tahu, pinangan Sultan Mahmud ditolak dengan "lembut dan berkias" tapi penuh "tajam" apabila Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi
Antaranya :
* 1 jembatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 1 jembatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
* 7 dulang hati nyamuk.
* 7 dulang hati kuman.
* 7 tempayan air mata anak dara.
* 7 tempayan air pinang muda.
* 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, yaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka tetapi tidak syarat ketujuh, iaitu semangkuk darah Sultan Ahmad.
Begitulah versi lagenda yang diceritakan pada kita sejak turun temurun. Ada orang percaya sebenarnya Puteri Gunung Ledang menyintai Hang Tuah dan enggan mempersuamikan Sultan Melaka. Maka diberikan 7 syarat yang mustahil untuk ditunaikan sebagai kiasan menolak pinangan baginda. 
Lebih mendukakan hati sang puteri, Hang Tuah bagai lembu dicucuk hidung, apabila disuruh Sultan untuk meminangkan sang puteri. Maka hati sang puteri hancur kerana Hang Tuah tidak mempertahankan cinta mereka sebaliknya menumpahkan taat tak berbelah bagi kepada Sultan Mahmud.
Persoalannya disini, dimanakah bahagian yang digelapkan itu?
Bahagian yang digelapkan itu adalah pada ketika rombongan mahu mendaki Gunung Ledang untuk berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Mengikut catatan dikatakan Hang Tuah begitu tua dan lemah hingga beliau menyuruh Tun Mamat menggantikan beliau untuk mendaki gunung tersebut.

Tidakkah ada keraguan di sini? Mulanya Hang Tuah yang diarahkan baginda Sultan untuk mengetuai rombongan ini. Kita semua tahu setiap arahan Sultan sentiasa dipenuhi Hang Tuah hatta bila diarahkan untuk menghalang sahabatnya sendiri Hang Jebat, beliau sanggup.

Jadi, kenapa Hang Tuah menolak untuk mendaki Gunung ini? Hakikatnya, Hang Tuah sudah lama mengetahui tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi` oleh Puteri Gunung Ledang.



Disebabkan tidak mahu pulang tanpa memenuhi kehendak Sultan, Hang Tuah sebenarnya telah mendaki Gunung Ledang itu semula selepas rombongan Tun Mamat pulang ke Melaka. Atas harapan mahu mengubah pendirian Puteri Gunung Ledang dan mahu memujuk Puteri untuk membatalkan 7 syarat itu. Nah, disinilah dimana sejarah dihitamkan

Mengikut kata orang-orang tua, Puteri Gunung Ledang memberikan satu syarat kepada Hang Tuah dan sekiranya Hang Tuah bersetuju dengan syarat ini, Puteri Gunung Ledang akan bersetuju berkahwin dengan Sultan Mahmud. Tetapi syarat yang dikenakan kepada Hang Tuah juga amat berat untuk dipenuhi. Maka sebab itulah Sultan Melaka tidak berkahwin dengan Puteri. Jika dipenuhi, pastinya catatan sejarah akan berubah kini. 

Berikut antara dialog yang diperolehi dari sebuah jurnal :

Puteri : Jika benar kanda mahukan dinda berkahwin dengan baginda Sultan, penuhilah sayarat yang dinda tawarkan ini.
Hang Tuah : Kalau nak ikut biar pintar, kalau nak menurut biar berakal. apakah syaratmu itu?
Puteri : Kanda janji pada dinda dahulu, penuhi syarat ini dahulu. Barulah dinda berkenan mempersuamikan Sultan Melaka.
Hang Tuah : Apakah syaratmu itu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puteri : Kanda, bagitaulah dinda macam mana kanda dapat jadi Duta KitKat, dinda pun nak masuk t.v juga.

HAHAHAHAHAHA 




Hang Tuah, EH,, M. Nasir ni... hahaha


26 September 2011

Sekeping Gambar 07


Pergi Langkawi tahun 2008. Free of charge sebab sekolah support kitorang. Cume bawak duit beli coklat je. Time ni la aku dapat pergi Padang Besar. Kalau tak memang org kata " nama tempat kenal, perginya tak pernah"

Sekeping Gambar 06


Waktu Masjid Kristal mula-mula bukak, ni gambar tahun 2008. Ada sesiapa yg korang kenal tak kat belakang tu?

Sekeping Gambar 05


Dah lama tak naik bas politeknik. Sempat lagi ke nak naik sementelaah masih ada 1 semester lagi ini.

Sekeping Gambar 04



Perjalanan masih jauh lagi der. Sedikit dugaan tak kan buat aku gentar. (cuam ada sikit down la.. haha)

Sekeping Gambar 03


Kurus sangat si anak kucing, apakah kau yakin masih ada hari esok?

Ulasan Buku Tiga : Menuju PAS Baru (Krisis, Peluang dan Dinamisme)

Assalamualaikum! Kabare semua?

Pengenalan


Kesedaran berpolitik khususnya dikalangan anak muda semakin "haus", bukan kerna kehausan di gurun sahara atau haus di malam hari, tetapi haus bak bunga tayar yang semakin nipis. Kenapa aku katakan demikian? Sebab kekhilafan ketika menafsir definisi istilah politik itu sendiri menyebabkan anak-anak muda semakin merenggangkan diri dengan politik.

Kebanyakkan mereka berfikiran yang politik itu kotor, penuh dengan muslihat bak ular membelit mangsanya, korup, dan sebagainya. Padahal mereka lupa yang dalam Islam sendiri telah menganjurkan sistem politik yang terbaik dari ladang, berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Jika tak bagus masakan Nabi Muhammad s.a.w berjaya menubuhkan Negara Islam Madinah? tak gitu?

Ulasan buku tiga kali ini membawakan sebuah buku tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan anak kepada Haji Yusof Rawa, bekas Presiden Pas.

Muka Hadapan


Lekuk S

Sebagai mana yang dikisahkan di dalam kata pengantarnya, buku ini merupakan cetusan minda penulis sendiri, dimana ia menyebut :

"Sebahagian (isi buku ini) daripada tesis ijazah Doktor Falsafah saya yang mendapat kelulusan Senat Universiti Malaya pada 25.10.2007"
(ms 7, Prakata)

Walau bagaimanapun beliau turut menyebutkan tidak kesemua isi tesisnya dimasukkan ke dalam buku ini kerana tesisnya lebih berkisar mengenai PAS Melaka dan bagi memudahkan pembaca untuk  membacanya.

Dr Mujahid Yusof


Secara keseluruhannya, beliau menulis mengenai beberapa isu dan krisis yang pernah dan sedang dilalui PAS, bagaimana harus untuk tidak mengulangi krisis itu dan beberapa penambhbaikkan yang boleh dilakukan agar parti PAS sentiasa "laku" di pasaran politik Malaysia. Maka sebab itulah tajuk buku itu ditulis Krisis, Peluang dan Dinamisme.






Secara mudahnya, beliau menggambarkan ketiga-tiga unsur ini sebagai sebuah graf lekuk S dimana terdapat lekuk permulaan, lekuk peningkatan dan lekuk pengakhiran.


Lekuk S

Lekuk permulaan dikatakan bermula ketika PAS mula-mula ditubuhkan dan beberapa krisis dan isu wujud ketika itu telah membawa parti ini keperingkat kedua iaitu Lekuk Peningkatan.

Krisis atau isu bukanlah sesuatu perkara yang membawa kearah negatif, sebaliknya menurut Dr. Mujahid Yusof 

"setiap krisis dan isu itu sebagai perkara yang "menekan" sesuatu perubahan untuk terjadi. Tanpa krisis, manusia akan bersenang lenang dan tiada usaha untuk memajukan dan meningkatkan diri."

Ketika ini (Lekuk Permulaan) menurut buku ini PAS berhadapan dengan krisis era pra-kemerdekaan (sebelum merdeka) yang menyaksikan berkrisis dengan UMNO, salah sebuah parti yang berpengaruh kepada melayu dan islam ketika itu. Pada masa itu, orang melayu bergantung harap kepada UMNO dan masih tidak meletakkan harapan pada PAS kerana PAS dianggap parti serpihan UMNO iaitu dari ulama-ulama UMNO yang keluar dari parti itu kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

Selain itu, konflik dwikeahlian yang berlaku dimana setiap orang UMNO itu adalah orang PAS dan begitulah sebaliknya mmasih dijalankan. Akan tetapi ia telah ditangani dengan penetapan perlembagaan PAS yang digubal ketika itu dimana setiap ahli PAS tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik lain.

Haji Ahmad Fuad
Dicatatkan juga oleh penulis, antara krisis kepimpinan awal yang berlaku ialah perletakkan jawatan Presiden PAS pertama, Tn Haji Ahmad Fuad kerana mengikut Dato Onn Jaafar menubuhkan Independence Malaya Party (IMP). Disebabkan itu, ahli PAS berada dalam keadaan umbang ambing kerana mereka tidak mempunyai calon yang bersesuaian. Tak bermaksud tidak ada langsung tetapi mereka memerlukan seseorang yang kuat dan boleh mengukuhkan perpaduan dikalangan mereka tambahan pula parti merek abaru ditubuhkan ketika itu.




Lekuk Peningkatan

Dato Asri Muda
Lekuk Peningkatan menyaksikan terdapat beberapa krisis yang dihadapi mereka. Jika Lekuk Permulaan menyaksikan PAS cuba menyingkirkan imej parti serpihan, Lekuk Peningkatan lebih melibatkan konflik kepimpinan. Penulis menyatakan ia dikatakan bermula dari kepimpinan Dato Asri. Konflik kepimpinan Dato Asri menyebabkan anggota PAS mendesak satu sitem kepimpinan baru diwujudkan, ditambah lagi oleh penulis:

"Maka, era kepimpinan ulama mula diperkenalkan pada Muktamar PAS Pusat 1982 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang disebabkan desakan (anggota PAS) supaya ditekankan  penghayatan Islam (dalam pentadbiran)"


Turut disebut, beberapa peristiwa yang berlaku terutamanya sekitar 1970 dan 1980 an yang menyemarakkan kepimpinan ulama dibuat seperti Revolusi Iran 1970.



Lekuk Pengakhiran

Diakhir bab dalam buku ini, Dr Mujahid menggariskan sedikit cadangan bagi meningkatkan Peluang dan mewujudkan Dinamisme (Perubahan) yang bagi aku boleh diamalkan dalam mana-mana sahaja terutama dalam kehidupan seharian kita, antaranya :


1. Menasionalkan PAS : Meskipun membawa nama islam, PAS perlulah memperlihatkan yang mereka masih boleh bertoleransi dengan bukan islam. Seperti kata penulis;


"Menjadikan PAS sebagai parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan 
(ms 134) 


Tambahnya jika gagal maka; 


"PAS masih lagi belum mampu menerajui politik negara ini kerana ciri nasionalnya yang belum kuat dan (tidak) menyakinkan rakyat Malaysia (memilihnya) 
(ms135)


*Kita juga seharusnya menjalankan pentadbiran atau mengamalkan hidup yang bersikap perpaduan bukannya perkauman. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal..."
(Al-Hujurat 49,13)


2. Kepimpinan Inklusif bukan Eksklusif

Anggota PAS perlu mengubah persepsi bahwa hanya golongan tertentu sahaja yang layak mempimpin parti, misalnya hanya ulama dan ustaz sahaja. Mereka harus meninggalkan kasta ini jika mahu dilihat parti ini mudah didekati leh orang ramai.

*Begitu juga dalam kehidupan, jangan beranggapan kita sentiasa berada dipuncak dan bangga dengan apa yang kita miliki lantas melupakan orang dikeliling kita.


Pendapat Aku

Meskipun buku ini lebih memberatkan kepada parti PAS, tak salah rasanya kita membacanya bagi menambahkan pengetahuan kita disampiing meningkatkan pemahaman kita mengenainya. Banyak isi didalamnya boleh digunakan didalam kehidupan seharian kita. 


segala tulisan di atas adalah buah fikiran empunya blog ini, bukannya dipetik daripada blog-blog lain.   hak cipta terpelihara.


25 September 2011

Petua Imam Syafie

Assalamualaikum! Kabare semua?


(Dipetik dari saudara Zaer Udin Zaer)




1.Empat perkara yang menguatkan badan :


  • Memakan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap mandi
  • Berpakaian daripada kapas
2. Empat perkara melemahkan badan

  • Banyak berkelamin
  • Selalu cemas
  • Banyak minum air ketika makan
  • Banyak makan benda masam

3. Empat Perkara menajamkan mata

  • Duduk mengadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang yang hijau (seperti tumbuh-tumbuhan)
  • Berpakaian bersih


4. Empat perkara merosakkan mata

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan (tanpa ada keperluan)
  • Membelakangi kiblat
5. Empat perkara menajamkan fikiran

  • Tidak berbual kosong
  • Rajin bersugi
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan ulama

6. Cara tidur

  • Terlentang sambil berfikir kejadian langit dan bumi (tidur para nabi)
  • Mengiring kesebelah kanan untuk memudahkan bangun malam (tidur alim ulama)
  • Mengiring kesebelah kiri untuk memudahkan pencernaan (tidur para raja yang haloba)
  • Menelungkup/tertiarap seperti tidur ahli neraka (tidur syaitan)

Wallahualam












24 September 2011

Koleksi Kertas Peperiksaan Politeknik PSAS

Koleksi Kertas Peperiksaan Politeknik Malaysia

Puisi : Sama dan Serupa

Kau dan aku,
Bergandingan menjadi satu,
Sama-sama genggam erat,
Kuat cengkaman terasa di urat.
Tiap kerikil tajam melukakanmu,
Juga ditanggung olehku,
Tiap bahgia yang kau perolehi,
Terasa padaku diseluruh nadi.
Kita dua jiwa,
Namun kita sama,
Kita dua hati,
Serupa tak berbagi.

Puisi : Semalam

Semalam

Akhirnya aku dapati,
Semua terjadi semalam,
Telah kulupai,
Meskipun kurang mengerti.

Kupantaskan langkahku,
Kucuba mengejar kenangan,
Kuhulurkan tangan,
Namun masih pergi bersama angin.

Masihkah kau ingat?
Impian kita bersama,
Berpimpin tangan langkah demi langkah,
Pabila air matamu jatuh,
Kita nyanyi lagu cinta bersama,
Dan semuanya menjadi indah,
Kini suma tinggal derita.
Ketika sedih kuterpandang cahaya,
Membimbing aku yang kegelapan,
Legakan perasaan,
Jangan cepat putus asa,
Legakan perasaan,
Esok hari masih ada.

MAPUT, 11.12.09(12.11 A.M)

Jadual Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum! Kabare semua?

Sebagaimana yang korang tahu, peperiksaan akhir semester makin hampir. Nak lagi best, peperiksaan ini selaras di antara kesemua politeknik Malaysia. Kepada kawan-kawan Diploma Kejuruteraan Semester 5, please take note ye :


  1. Isnin (14 November 2011) : Hidraulik 2 (2.30 petang - 4.30 petang)
  2. Selasa (15 November 2011) : Teori Struktur 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi), Aturcara Kontrak (2.30 petang - 4.30 petang)
  3. Rabu (16 November 2011) : Matematik Kejuruteraan 3 (11.15 pagi - 1.15 petang)
  4. Selasa (21 November 2011) : Kejuruteraan Jalanraya dan Pengangkutan (11.15 pagi - 1.15 petang) 
  5. Khamis (25 November 2011) : Geoteknik 2 (2.30 petang - 4.30 petang)

Petua Siapkan Esaimen (Tugasan) Dengan Cepat

  • Adakan group discussion. 
  • Jika tak faham, bertanyalah kepada pensyarah.
  • Tetapkan hari siap (dateline); misalnya kalau kena hantar esaimen dua minggu lagi, anda boleh tetapkan siapkan esaimen itu dalam masa seminggu sahaja.
  • Tinggalkan segala kerja sia-sia kerana ia akan melambatkan kerja yang penting.
  • Fokus kita melakukan esaimen, bukan kejap-kejap main mesej.
  • Jangan berlengah dan bertangguh, kerja hari ini disiapkan hari ini.
  • Buat catatan atau nota ingatan supaya kita akan ingat ada kerja yang masih belum selesai lagi.
  • Upah orang tolong buatkan. haha
  • "Post" soalan esaimen di status facebook atau blog anda dan tawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menjawapnya.
  • Lagi senang; time nak hantar esaimen korang rajin-rajinkan diri hantarkan esaimen kawan-kawan. Pastu korang salin la jawapan. Jangan hantar dulu esaimen kawan-kawan. Biar hantar lambat sesama. hahaha
  • Nak lagi senang? Tiru je.. tapi tiru biarlah yang betul.. adoai..

23 September 2011

Ulasan Buku Dua : Al-Amin - Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Assalamualaikum! Kabare semua?

Rasanya sudah lama aku tak buat "post" mengenai ulasan buku ini. Sebab aku pun dah lama tak usha2x buku-buku baru di kedai dan perpustakaan. Alhamdulillah pada sekian hari aku dapat pergi kedai buku Popular. Terjumpa pula buku ini.  

Muka Depan Al- Amin karya A Samad Said

Untuk pengetahuan korang, buku ini merupakan garapan Sasterawan Negara kita iaitu Datuk A Samad Said (Pak Samad). Ia merupakan sebuah puisi panjang yang menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad S.a.w.

Bagi sesiapa yang berminat mengkaji riwayat hidup Rasulullah S.a.w, dalam bentuk yang segar dan baharu, karya Pak Samad ini mampu menjentik minda anda kerana penyampaiannya bukan sama seperti buku-buku teks atau rujukan yang pernah diterbitkan, sebaliknya disusun dalam kata-kata puisi sastera yang indah. 

A Samad Said
Bagi peminat sastera, khususnya pencandu buah tangan Pak Samad, aku meyeru pada korang agar carilah buku ini, kerana ia padat lagi sarat dengan kesenian disamping mengingatkan kita pada rasul kesayangan kita ini.

Al-Amin diambil daripada gelaran Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud jujur. Baginda tidak pernah menipu dan berbohong. Mungkin gelaran itu diambil penulis bagi menggambarkan bahawa buku ini adalah sejujur cetusan minda dari hati sang pengarang.

Pak Samad juga mencatat sejarah sebagai orang pertama yang menulis puisi moden panjang. Sebagaimana dalam kata pengantar, beliau mula menulis puisi ini semenjak tahun 1999 lagi. Tempoh masa yang panjang diperlukan bagi menyiapkan puisi ini kerana Pak Samad ingin menulis seberapa banyak kisah hidup Rasulullah s.a.w di dalam puisinya. 






Pak Samad juga mengakui membuat  pelbagai rujukan bagi mengukuhkan kekuatan puisi ini. Misalnya merujuk pada buku-buku yang sedia ada tak kurang daripada 20 buah, aku ulang ; tak kurang daripada 20 buah buku untuk menghasilkan sebuah puisi sahaja. Betapa menunjukkan beliau kuat mengkaji dan khuatir apa yang ditulisnya salah dengan fakta sebenar.

Terdapat beberapa perkataan yang sengaja dikekalkan berdasarkan buku rujukan seperti hewan dan tofan (perkataan ini diambil dari salah sebuah buku rujukan beliau yang berbahasa Indonesia) kerana menurut Pak Samad :

"Atas keinginan penulis mahu memlihara rentak, rima dan unsur puitis dalam puisi ini"


Pendapat Aku

Kerja menulis dan mengarang puisi bukan kerja senang, kerana kata Pak Samad;


"Menulis puisi tidah semudah menulis prosa(spt cerpen) kerana prosa tidak banyak hukum yang perlu dikuasai. Puisi pula sudah tersedia elemen tertentu yang perlu dipatuhi."


Tambahan pula mengarang puisi yang panjang berdasarkan sesuatu yang realistik, adalah sukar untuk memastikan segala kata yang dikarang sama dan tidak lari dari fakta dan hakiki yang sebenar. 

Seperti kata Pak Samad dalam kata pengantarnya :


"Penulis (biasanya) mengalami kesukaran untuk menyiapkan serangkap ayat kerana mah memastikan bahasa yang diguna dapat ditangkap oleh pembaca disamping untk memulihara nilai estetika sastera. Keduanya amat penting. Tetapi sebaik-baik rangkap pertama menjadi, larik dan kemudian rangkap (seterusnya) menyusul menjadi lebih mengalir."

Sebenarnya saya masih belum menghabiskan lagi bacaan saya, kerana aku lebih gemar menghancur-lumatkan dahulu bacaan saya sebelum menyelak ke mukasurat seterusnya. Tetapi setakat yang aku sudah baca ia bertemakan 5 jalur masa; masa jahiliyah, nabi mengembangkan islam, keadaan nabi sesudah menyebarluaskan islam, saat kewafatan, kisah-kisah berkaitan nabi. Semuanya dirangkumkan menjadi sebuah puisi.


Buku ini mengingatkan kita tentang Rasululah s.a.w, Bagi mereka yang meminati dan menagih bahan-bahan ilmiah seperti ini, buku ini antara koleksi wajib yang perlu ada di rak buku anda pada harga RM41.00 / RM55.00 mengikut kulit buku dan kawasan(Semenanjung dan Sabah serta Sarawak) dan diterbitkan oleh Penerbit PTS.


Tetapi bagi pendapat aku (mungkin dipersetujui Pak Samad) walau seberapa banyak sekalipun kita isi perihal tentang Rasulullah s.a.w, ia masih belum cukup dan sempurna kerana kisah nabi pelbagai dan tidak boleh dirangkumkan dengan mudah.Tak gitu?




22 September 2011

Sekeping Gambar 02


Sekeping gambar, sejuta tafsiran. Apakah yang anda dapat tafsirkan?

Hari Ini, 23 September

Assalamualaikum! Kabare semua?

Bulan dan tarikh cumalah salah satu pengiraan masa yang dibuat manusia. Digunakan atas tujuan mencatat hari. Misalnya hari ini isnin, esok pula selasa. Maka sudah 2 hari berlalu. Ataupun dalam bulan Januari ada 31 hari kerana dalam kalender ditulis nombor 1 hingga 31 sahaja.

Jadi dapat disimpulkan yang tarikh dan bulan itu cuma sebuah perihal yang biasa-biasa. Tetapi mengapa segelintir manusia mengganggap ada tarikh dan bulan yang spesial; Ada orang menganggap bulan dan tarikh sekian-sekian adalah sangat tuah, jadi segala pekerjaan dilakukan pada masa itu, misalnya membuat rumah, berkahwin dan sebagainya. Ada orang begitu skeptikal kerana percaya dengan kesialan sesuatu tarikh dan bulan sehingga diharam baginya melakukan apa-apa pada masa itu. Sesungguhnya kedua-duanya amatlah tidak baik kerana jika tidak dikawal pasti menjadi satu anutan turun temurun.

Jika ada hari yang membawa tuah dan hari yang membawa malang wujud, sudah tentu saya akan memohon kehadrat Ilahi agar dihapuskan hari bermalang itu. Lantas mewujudkan hari bertuah sahaja.

Saudara sekalian, nampaknya kita sebagai manusia sahaja yang acapkali mengagungkan bulan dan tarikh. Bulan dan tarikh berlalu dan beredar bagaikan roda. Dipusing-pusing walau bagaimana sekalipun tetap kita akan jumpanya. tetapi tidak salah kita mengingati tarikh dan bulan tertentu sebagai pedoman, peringatan buat diri kita sendiri dan juga kepada orang lain.

Hari ini 23 September, satu tarikh yang akan saya ingat sepanjang hayat didunia. kerana ia satu permulaan buat hidup saya. Bila tiba tarikh ini lantas saya akan menginsafi diri tetang apakah telah saya lakukan sepanjang usia saya selama ini.

Tahun ini amatlah sebuah tahun yang mencabar buat saya. Dugaan menimpa (patah kaki) membuatkan saya menjadi manusia semula, Bukanlah bermakna saya ini dahulunya haiwan berkaki empat, tidak.. Menjadi lebih baik daripada semalam, itu definasinya.

Bagi saya, 23 September itu cumalah tarikh kitaran. atau titik sebuah permulaan dan penamatnya disitu juga. Moga-moga saya diberi kesempatan usia bertemu 23 Setember hadapan pula, Insyaallah..

21 September 2011

Mereka Masih Paranoid

Disini aku ingin kisahkan padamu tentang sebuah topeng. Ya, setiap manusia ada topeng, dimana topeng ini banyak digunakan bagi menutup parut sebenar mereka. Bilamana mereka mahukan sesuatu misalnya, mereka memakai topeng ini.




Hari ini juga aku mahu surahkan padamu perihal insan istimewa bernama orang kelainan upaya. Sungguh, hina gelaran ini pada mereka. Mengapa perlu kelainan upaya? Adakah mereka mampu terbang? Mampu mengeluarkan api daripada mulut mereka? Sungguh berat sebelah gelaran ini. Sewajibnya mereka memberikan gelaran baru padamu, Insan Istimewa.

Wahai insan istimewa, kutahu dan kufaham tiap perit payah mu menghadapi hidup yang penuh duri ini. Beradu dengan dunia yang serba tidak adil, ditambah pula dengan kepura-puraan mereka yang memakai topeng. Mereka menjerit yang mereka prihatin, dan sedia berubah tanggapan kepada insan istimewa sepertimu.

Tapi apa yang mereka lakukan? Sekadar memaling muka, sambil mengutuk dan mengeji dirimu. Sesungguhnya mereka masih dungu untuk memikirkan bahawasanya itu semua bukan kehendakmu. Percayalah, walau sejuta kali ditegaskan, diterangkan mereka masih lagi tidak mahu mengerti. Maka aku nasihatkan agar tinggalkanlah mereka dalam kedungunan itu. Moga-moga satu hari nanti mereka faham.

Insan Istimewa, dunia ini tidaklah sekejam sebagaimana fikiranmu. Cumanya manusia hanya menyukai perkara yang indah dan cantik dimata mereka. Ketahuilah dikau bahawa sesungguhnya disana kelak kau akan diberi ganjaran setimpal-timpalnya dengan kesabaran yang diuji didunia.

Ketahuilah yang mereka masih paranoid. Berfikir dengan sebegitu tipikal.



Cekalkan hatimu, Insan Istimewa

19 September 2011

Malaysia Lawan Jepun (Pusingan Kelayakan Kumpulan)


Debaran semakin terasa. Perlawanan Malaysia dengan Jepun 21 September ini. Marilah kita memberi sokongan kepada Malaysia






p.s : Aku tak ada team bola feveret.. Yang aku sokong dulu kini dan selamanya adalah MALAYSIA

17 September 2011

Belajar Bahasa Melaka

Bendera Melaka
 dipetik daripada melakadaily.com

Assalamualaikum! Kabare semua?

Fakta : Orang Melaka dikatakan berbahasa kasar. Tapi tak semua. Orang melaka tak ada loghat tersendiri macam orang Kelantan dan orang Terengganu, tapi mereka ada istilah yang selalu digunakan Berikut antara contohnya =


  • Kensal : Tuala
  • Hawau : Lebih kurang macam perkataan "tak guna betul kau ni"
  • Godak : Perbuatan mengacau air (Cth ; tolong godakkan air teh tu)
  • Lahabau : Campuran perkataan arab (lakh) dan melayu (khabar) dicantumkan menjadi lahabau yang bermaksud apa khabar.
  • Berboko, barah, cekik : Makan
  • Kalamaut : Disingkatkan daripada perkataan Malaikat maut juga bagi menggambarkan seseorang bertanyakan khabar (Cth; Kalamaut ko.. Ingatkan dah mampus. Senyap je.)
  • Kepau : Bersepah
  • Kembah : Juga bersepah (Cth; aku dah kemas baju ko, ko wat kembah balik ye..)
  • Dak : Digunakan untuk memanggil nama orang (Cth; dak samad, dak ali)
  • Membongkah : Kuat makan
  • Gobok : Almari
  • Membongkang : Tidur
  • Nau : penambah bahasa setiap kali mereka cakap yang disingkatkan dari perkataan "benar" (Cth; lambat nau, laju nau)
  • Melohau : Besar Sangat
  • Sakau : Mengaut secara haram
  • Handau : Kalah, tewas, lemah
  • Lopak : Pencil box
  • Beledi : Baldi
  • Lemari : Almari
  • Lebang : Pemalas


Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berkahir huruf A mesti akan bertukar kepada huruf E. Cthnya ko nak pegi mane... Yele... Ikut suka hati ko le

Kalau anda jumpa orang Melaka buat pertama kali, jangan terasa nau dengan ayat diorang. Biase le, diorang tu cakap lepas tapi hati baik. Hehehe. Aku pun walaupun duk lame kat Melaka ni (ada le dalam 14 tahun) tapi kekadang tu terasa gak. Hahaha

Kereta Idaman

Assalamualaikum! Kabare Semua?

Lelaki dan kereta tak dapat dipisahkan, ibarat aur dengan tebing. Ibarat irama dan lagu. Hahaha. Kalau wanita dikaitkan dengan pakaian dan barang kemas, lelaki lebih dikaitkan dengan kereta. Persoalannya kenapa kereta?

Kerana lelaki lebih menyukai sesuatu yang bersifat teknikal. Kalau tak caya anda pergi la tanya pakar motivasi mana-mana.

Post kali ini nak bawa pada anda-anda semua mengenai kereta idaman aku. Aku pun ada kereta idaman. Bak kata pensyarah aku, setiap orang mesti ada kereta idaman. Supaya dengan itu kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Insyallah

Berikut antara kereta-kereta idaman yang insyaallah satu hari nanti aku akan pakai. Hahaha


Honda Civic Type-R 2.0 I-Vtec

Ok, kalau anda-anda tanya pada 10 lelaki tetang kereta idaman mereka, kompom 7 daripada diorang akan kata kereta ini.Sebab apa? ciri-ciri sporty, kuasa enjin, designnya..

Civic ini asalnya dah lama dah Honda buat, sejak 1972 lagi. Tapi diorang ubah rekaan, jenis enjin dan sebagainya dengan mengekalkan nama Civic tu. Type R ni pula lebih kepada kuasa enjin, sekaligus menambat hati kaum adam untuk memilikinya dan memandunya ke rumah awek. Yang pastinya, kereta ini jika dimiliki
mampu mencairkan hati bakal mak mertua anda untuk menjadikan anda menantu. tapi harga dia pun boleh tahan la, dalam RM198K JE..

Honda Jazz 

Honda Jazz antara kereta idaman yang memang aku nak satu hari nanti. Bentuk dia kecik, comel ala-ala Myvi. Ada enjin 1.5L macam Myvi baru. Hari tu aku survey kat laman web Honda harga kereta ini dalam RM107k la juga. Tapi ada juga yang second-hand. Dalam RM54K.

Mitsubishi Lancer Generasi Kelapan

Wau!! Kalau aku dapat lancer ni kompom aku peluk dengan cium dia hari-hari. Hahaha (serius ni). Kalau anda-anda nak tau kalau kat jalan raya tu ada kereta ni, maunye sampai 2,3 kali aku toleh. Memang menepati ciri-ciri gaya,mutu dan keunggulan lah. Pastu dengan kekuatan enjin 1.5L hingga 2.4L, memang laju aku bawak. Tapi, sesuai dengan mutunya harga pun boleh tahan juga le, dalam RM130K. Tu pun aku tak tau le betul ke tak.

Mini Cooper

Ok la, memang aku akui, aku memang minat sangat kereta kompak ni, yang ala-ala kecik, comel, kiut , miut. Sebab apa? tak tau le. Hahaha. Tapi Mini Cooper ini antara salah satu kereta jenama eropah yang telah menambt hatiku jatuh cinta padanya. Ewah.. haha. Tapi serius la, bukan lelaki je yang suka mini cooper, perempuan pun ramai yang suka.Mungkin kebanyakkan kereta buatan eropah lebih mementingkan gaya berbanding kereta buatan asia yang lebih praktikal, nak lebih tahu korang tanya le pakar yek. Harga dia dalam nak cecah RM200K.. Sanggup beli ke?

Suzuki Swift

Aku ulang sekali lagi, aku memang suka kereta kompak keran dia kiut, miut, comel lote. Tapi tak bermakna kereta yang kiut ni tak garang, hebat. Kuasa kuda pun hebat juga. Sebab tu la suzuki swift antar tersenarai dalam kereta idaman aku. haha. Dengan menawarkan harga setinggi RM109K dan enjin setinggi 1.6L, aku rasa baik aku beli second hand. Hari tu aku usha ada le dalam RM50k-RM60K. ok la tu


Toyota Hilux

Aku paling minat jenama Honda, tetapi jenama Toyota ni agak kureng sikit. Mungkin bagi aku design dorang tak secantk, tak sehensem, setegap Honda. Tapi bila kau jumpa hilux balik, aku ibarat menjilat ludah aku balik. Hehehe. Aku minat hilux ni sebab salah satunya dia kereta 4wd. Boleh bawak redah hutan, redah paya takpun redah sawah. Tapi tak boleh redah laut, kang jadi kapal selam lak. Hahaha. Harga dia lebih kurang dari RM70K- RM108K. Sedap woo bawak 4wd ni. dah le besar, tinggi lak tu. haha

BMW 335i

Ini kereta ar,, meleleh air liur beb tengok. Kalau dapat ni. memang aku kelu lidah ah. BMW memang terkenal dikaitkan dengan mutu pemanduan, gaya dan taraf hidup. Kenapa aku cakap taraf hidup? Di Malaysia ni, BMW v.i.p je  yang pakai. Lain le kalau bmw tu yg lama punye, org biase pun boleh beli. Kalau kat luar negara remaja-remaja diorang banyak guna kereta camni sebab murah. Apa orang kata, kereta buat pegi pasar je. Hahaha. Harga kat Malaysia korang cari sendiri le yek. Bukan ape, takut korang tak caye je dengan harga yang aku tulis.

Myvi SE

Memang antara kereta idaman remaja dan belia Malaysia ah! Kereta kompak ni pun ditawarkan dalam harga mampu milik sekita rm50k. Lagi dengan Myvi terbaru 1.5L,, memang korang pecut tak hingat dunia le pun~


Ini sekadar kereta idaman je. Insyaallah aku akan berusaha dapatkannya. Kalau anda-anda nak tahu, kereta import kat  Malaysia semuanya mahal-mahal. tak tahu le kenapa. Agak kalau murah nak ke anda-and nak beli kereta nasional. Ada pro dan kontra di situ. Tapi bak kata pak cik aku, beli kereta mula dari bawah. Misalnya dari kancil, naik sikit ke persona ke, naik lagi ke inspira ke, pastu pakai bmw. Nak langkah terus pun boleh,, tapi itu kena tengok diri sendiri la. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

p.s : Perasan tak, semua gambar kereta idaman aku warna putih? Sebab aku minat warna putih. Suci le katakan.. Haha

16 September 2011

Rajinkah Aku?

Assalamualaikum! Kabare Semua?

Tajuk di atas amatlah tepat dan jitu bagi menggambarakan diriku.. hahaha

Apoeh itu rajin? : aku pun tak dapat nak bagi definisi tepat. Sebab rajin ni satu benda subjektif, sukar diberi maksud yang tepat. Samalah macam cantik. Ada orang kata cantik itu pada muka, ada orang kata cantik itu pada peribadi.

Apa yang aku nak tekankan disini ialah, marilah kita semua merajinkan diri ke arah sesuatu yang positif

Rajin belajar
Rajin mengemas
Rajin wat esaimen

Ramai orang kata aku rajin terutama lepas accident motor. Aku pun tak tahu la betul ke tak, Sama ada itu satu pujian yang ikhlas ataupun sekadar mahu suruh aku siapkan kerja diorang. Ramai juga yang nak tahu timetable aku sepanjang hari. Camne aku uruskan masa.

Terus terang aku kata, tiada timetable yang khas aku buat. Cumanya aku tetapkan apa yang nak aku capai pada hari itu.

Contohnya, kalau ada esaimen yang kena hantar minggu depan, aku akan tetapkan diri aku supaya siapkan pada hari itu juga. Sebab kita tak pasti adakah kita boleh hantar pada minggu depan. Mana le tau kita demam ke, kerja bertambah ke.

Soalnya disini, pucuk pangkalnya disini, hati dan attitude der. Insyaallah boleh!


p.s : kalau terlampau rajin sangat pun tak boleh, nanti ada orang guna kesempatan pada kerajinan kita tu.