3 Februari 2012

Antara Yang Layak Memimpin Dengan Tidak Layak Memipin

Assalamualaikum! Kabare semua?

Tunku Abdul Rahman pernah menulis dalam bukunya iaitu 13 Mei : Sebelum dan Selepas yang berbunyi begini ;

 "jika dalam satu negara itu rakyatnya semuanya buta, maka yg celik sebelah matannya itulah yang layak memimpin"

Ok, ape definisi sebenar kata-kata diatas?Almarhum tunku ingin mengatkan sekiranya dikalangan kita ada orang yang memiliki kelebihan daripada orang lain meskipun sedikit, maka dialah yang layak mencorakkan kumpulan tersebut. Dalam erti kata lain, layak menduduki kerusi kepimpinan di sesuatu organisasi itu.

Pada hakikatnya, itulah yang sering dibuat oleh rata-rata kumpulan atau organisasi di dunia ini. Mereka yang layak yang akan dipilih. Konsep ini sama seperti pilihanraya.

Tetapi, apa akan jadi sekiranya kita memilih orang yang biasa-biasa sahaja memimpin kita? Seperti aku misalnya dipilih menjadi exco jawatankuasa perwakilan pelajar walaupun kakiku patah. Padahal ramai lagi pelajar luar sana kaki tak patah? Bolehkah aku memimpin?

Dalam hal ini, ilmu kebarangkalian (probability) akan muncul sebagai teori asas. Barangkali atau boleh jadi orang yang tak punyai apa-apa itu bila dipilih akan bawa natijah yang buruk. Barangkali orang sebegini akan lebih unggul dari orang yang punyai keistimewaan.bagi golongan kedua itu, kerana mereka berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Bagi golongan pertama iaitu membawa natijah yang buruk, mereka BARANGKALI dihinggap penyakit kronisme atau nepotisme. Sesuatu yang bersifat kekeluargaan dimana mereka dipilih atas sebab kenal si polan si polan... Bukannya kerana merit.

Aku ambil contoh, baru-baru ini keputusan pilihanraya JPP Politeknik Melaka sesi Dis 2011 diumunkan dimana muka-muka lama kebanyakkannya kekal menjadi exco. pada pengamatan aku, mereka ini muka-muka yang dikenali, jadi undian kepada mereka lebih mudah diramal; yakni pasti MENANG

Manakala aku pula sebagai calon anjing bawahan (underdog) mendapati agak sukar unutk mendapatkan kepercayaan orang untuk mengundi aku. Alhamdulillah tuhan memberikan kemenangan pada aku juga.

Berbalik kepada persoalan utama, layakkah mereka yang tidak ada apa-apa kelebihan memimpin orang lain seperti kata-kata almarhum tunku?

Bagi aku, kata-kata ini ialah bersifat feudal (kuno).

Kawan-kawan, kita hidup dalam zaman demokrasi, di zaman feudal hanya pembesar dan raja sahaja layak memerintah. Pada pandangan mereka hanya mereka mempunyai kelebihan. Orang lain dipandang enteng.

Zaman kini ialah Zaman Berusaha. Ertinya siapa yang berusaha dialah yang 'sapu habis'. Oleh itu, jangan sesekali kita memandang hina sesama kita atas sebab kita lebih baik daripada orang lain. Hakikatnya kita semua sama. Boleh jadi orang yang dipandang hina itulah yang lebih baik daripada kita. Justeru, kata-kata diatas harus diubah sebegini :

 "Jika dalam satu negara itu rakyatnya semuanya buta, maka sesiapa sahaja boleh memimpin. Asalkan dia berusaha dan rajin"

WALLAHUALAM.

Tiada ulasan: