Aku tak pasti la apa rasa korang tapi setiap kali aku membuka facebook aku rasa ia ibarat minum tuba untuk membunuh diri sendiri
Kenapa?
Aku mengaku, aku ni jenis manusia yang mempunyai rasa dengki dan tak berpuas hati
Tapi bla aku melihat gambar yang diletak, status yang diletak, aku menjadi seperti ini :
Betul lah kata pepatah, kerana mulut badan binasa
Aku tak paham bila ada antara kita terutamanya perempuan (maaf kata) selalu mengeluarkan status yang bukan-bukan
Aku mengerti dan amat-amat faham yang perempuan in jiwanya sentimental, mudah terusik. Tapi perlukah dikongsi tentang dirinya kepada satu dunia?
misalnya
'Tengah makan asam pedas dengan air sirap.. sedapnye."
nak je aku jawap : eh2x.. pegi la mampos ko nak makan ape.. ade aku kesah ke?
tak pun gini
" Lelaki semua sama, suka tipu perempuan"
nak je aku kata : Haah, pe kata ko cakap benda tu pada ayah ko ke, adik lelaki /abang ko ke.. Mesti diorang terajang ko.
Tolonglah, hentikan ini semua. Tak perlu kot tulis perkara yang tak penting.Lelaki pun sama, tapi lelaki ni bukan suka wat status, tapi suka komen
"lawanye tudung.. nak kenal boleh?"
aku : ha,, kalu tudung tu lawa beli je terus. tak payah nak timbulkan fitnah kat sini"
****************************
Lalu aku teringat salah satu petanda kecil kiamat iat fitnah semakin berleluasa. Ye, aku tau bukan hak aku nak pertikaikan ape yang kau tulis. Tapi kau tahu tak ada pasti ada yang berfikiran macam aku ni.
Orang-orang inilah yang bila dia baca status, komen ko ke atau lihat gambar kau dia akan kata erkara yang buruk-buruk. Perkara yang buruk-buruk inilah merupakan doa. Nak ke orang doakan perkara-perkara yang buruk kepada kita?
Mesti akan ada orang kata, kalau dah benci sangat kenapa masih bukak lagi facebook tu. Offline je la. Pegi baca buku. Ok, ini jawapan aku:
1. Aku pun nak bersosial juga. Tapi aku bersosial atas norma manusia yang normal
2. Facebook ini umpama tudung saji. Kita tahu apa dalam tudung saji itu tapi kita masih lagi nak buka dia. Tak gitu?
Mesti akan ada orang kata, kalau dah benci sangat kenapa masih bukak lagi facebook tu. Offline je la. Pegi baca buku. Ok, ini jawapan aku:
1. Aku pun nak bersosial juga. Tapi aku bersosial atas norma manusia yang normal
2. Facebook ini umpama tudung saji. Kita tahu apa dalam tudung saji itu tapi kita masih lagi nak buka dia. Tak gitu?
Malas aku nak cite panjang. Kbai!
Jangan jadi camni ye kawan-kawan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan