Aku teringat satu masa dulu ketika aku di tingkatan 5. Sekolah ada buat satu motavasi untuk pelajar-pelajar tingkatan lima ni tahu hala tuju mereka selepas SPM. Lalu aku teringat akan satu sesi yang hingga kini memberi kesan kepada aku
Dalam sesi itu, penceramah menyuruh kami membuat satu graf. Tetapi bukan graf matematik. Graf ini diberi nama Graf Kehidupan.
Senang je. Buat paksi x dan paksi y.
Di paksi x itu kita letak 'Umur' dan di paksi y kita letakkan "Perkara Yang Mahu Dicapai'
Lebih kurang camni la Graf Kehidupan |
Penceramah itu kata, Graf Kehidupan ini adalah satu panduan untuk kita. Misalnya kita anggarkan pada usia 30 tahun kita akan berkahwin. Maka kita akan terdorong untuk melakukan perkara itu kerana kita telah merangka ia lebih awal.
Jika kita gagal mengikuti graf ini, ertinya kita gagal merancang
Nampak mudah bukan? Tapi percayalah, tak rugi kalau kita cuba.
Aku sudah buat graf ini semasa umur 17 tahun. Kalau nak tahu, aku anggarkan diri aku tamat degree dalam KEJURUTERAAN AWAM di UTM semasa umur aku 21 tahun
Tapi tak semua yang kita rancang akan berhasil. Macam aku, walaupun tak berjaya buat degree namun aku berjaya buat diploma dalam kejuruteraan awam. Sekurang-kurangnya aku tak tergelincir dalam perjalanan aku.
Sesungguhnya, orang yang gagal ialah orang yang tak pernah merancang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan