21 Julai 2012

Ala Kadar

Kebanyakkan daripada kita mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada

Bukanlah saya mahu mengajar anda supaya tidak bersyukur. Tetapi kita perlulah memperbaiki diri kita supaya tidak selama-lamanya di takuk yang sama. Jika tidak kita akan ketinggalan

Kebanyakkan daripada kita, khususnya orang MELAYU hanya sekadar cukup sahaja

Misalnya, 

kalau dapat gaji cukup makan
kalau buat kerja ala kadar
kalau menyimpan sekadar cukup
kalau berniaga dia tak mahu rugi cukuplah lepas modal
kalau beribadat sekadar yang wajib

tetapi kalau orang lain lebih dia akan marah


Orang-orang sebegini saya anggap jenis orang yang malang. Malang bagi kita kerana dia hidup menghirup udara, menyesakkan lagi kepadatan penduduk dunia.

Saya ambil contoh, orang MELAYU suka bergantung harap kepada kerajaan. Bermula dari kecil iaitu bila anaknya mahu dihantar ke sekolah-sekolah yang terbaik maka dia meminta bantuan dan dapatkan surat sokongan dari ketua kampung, tok sidang, ADUN bahkan ketua menteri sekalipun.

Lebih malang, anaknya itu mempunyai keputusan yang ala kadar. Dalam bahasa melaka anaknya itu bangang abadi. Secara tidak langsung hak anak-anak yang cemerlang telah dinafikan. Maka bila kita menafikan hak orang dan orang tidak memaafkan, jawablah diakhirat kelak.

Sesudah itu, apabila mahu minta kerja, mereka mahu bekerja di sektor awam. Alasan yang diberi kerana sektor swasta tidak menjamin masa depan. Ini adalah alasan yang klise kerana bukan faktor sektor menjadi jaminan kejayaan seseorang. Usaha yang berterusan adalah kunci segalanya.

Lebih memualkan, golongan yang ala kadar ini memohon kerja melalui "jalan belakang" atau "kabel". Sebabkan itulah kebanyakkan agensi kerajaan menjadi pusat longgokkan saudara mara. Si ayah menjadi ketua jabatan, mak ciknya menjaga kaunter hadapan. Bapak mertuanya pula tukang kebun.

Sebab itulah agensi kerajaan tidak maju. Amalkan kronisme!

Bukanlah saya menidakkan, bahkan saya mengalu-alukan hal ini sekiranya prestasi yang ditunjukkan memberangsangkan. Ini tidak, masih ditakuk lama meskipun pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan. 

Saya berpegang kepada kata-kata selagi kita berusaha maka tuhan akan bantu kita. Jika tuhan tidak membantu kita maka Dia sedang menguji kita

Dalam hal ini, ada satu cerita benar yang saya ingin kongsikan. 

Ada seorang pak cik yang bekerja sebagai juruteknik di JKR pada tahun 70 an. Dia bercerita kepada saya yang dia seakan-akan tidak puas dengan kehidupannya. Datang kerja di waktu pagi, duduk di pejabat dan bila pukul 5 maka pulanglah dia. Sesuatu yang asalnya kerja menjadi rutin selama 3 tahun

Hinggalah satu ketika dia tersedar, apakah selamanya dia mahu berada di situ? Apakah dia boleh naik pangkat? Apakah gaji yang diperolehi boleh menampung dia dan keluarganya pada masa hadapan?

Lalu dia berhenti daripada perkhidmatan awam. Orang anggap dia gila. Kata orang, susah nak dapat kerja kerajaan. Banyak manfaat. Bodohlah kalau berhenti

Tetapi dibutakan mata dan dipekakkan telinga. Lantaklah, perlukah aku ikut kata orang dalam merencana hidup?

Sesudah dia berhenti, dia bekerja di salah satu syarikat kontraktor yang bertanggungjawab membina KLIA. Memang kerjanya susah, sehingga 3 hari tidak pulang rumah. Namun dia bukan orang yang ala kadar, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana. Bayangkan dia hanyalah berkelulusan sijil sewaktu menjawat jawatan juruteknik. Betapa mencanaknya pencapaiannya dari sijil ke sarjana

Baru-baru ini, dia menubuhkan syarikat bagi membantu anak-anak MELAYU supaya memajukan diri mereka. Tetapi apa yang membuatkan dia kesal ialah sikap dan perangai anak-anak MELAYU yang tidak mahu berubah. Hanya mahu disuap.

Generasi masa sekarang lebih digelar generasi subsidi. Apa yang diminta semuanya diberi. Apakah salah didikan mak ayah atau peredaran zaman? Bukanlah saya yang patut menjawabnya.

Sesekali saya mahu senyum kambing dengan perangai beberapa kawan saya (perempuan) yang tidak dapat panggilan universiti. Mungkin mereka masih cetek akal apabila mengatakan kepada saya yang mereka mahu berkahwin sahaja.

Nampaknya, kebodohan mereka terserlah disini. Mereka harus berfikir dengan waras yang pertamanya mereka mempunyai segulung diploma. Adalah lebih baik mereka bekerja dan menyara mak ayah mereka setelah mak ayah mereka berhempas pulas menjaga mereka sejak kecil. 

Keduanya, apakah jaminan perkahwinan yang tergesa-gesa membawa barakah? Lelaki pada masa kini bukanlah seperti Romeo dalam karya Shakespeare. Sanggup mati demi cinta. Mungkin indahnya waktu bercinta tidak seindah selepas berkahwin.

Nampaknya, generasi masa kini bukan sahaja ala kadar, bahkan otak dan pemikiran mereka pun serba-serbi ala kadar.



17 Julai 2012

Tahukah Anda (Edisi Kamen Rider)


Assalamualaikum! Kabare semua?

Kamen Rider merupakan salah satu superhero buatan Jepun yang tersangatlah popular. Nak tahu latar belakang diorang gi buka google, tak pun buka wikipedia. Hahaha


  • Tahukah anda setakat ini terdapat 24 siri Kamen Rider dan mempunyai lebih 50 jenis Kamen Rider yang pelbagai. Akan tetapi dalam banyak-banyak itu cuma ada 2 sahaja Kamen Rider perempuan iaitu Kamen Rider Femme dan Kamen Rider Kivala. Ini namanya diskriminasi gender! Hahaha

Kamen Rider Femme dan Kivala

  • Tahukah anda hanya kenderaan seperti motosikal dalam siri Kamen Rider Faiz boleh bertukar menjadi robot untuk membantu tuannya dan ini diikuti dengan siri Kamen Rider Fourze.
Robot-robot yang pernah wujud dalam siri Kamen Rider


  • Tahukah anda siri Kamen Rider 000 mempunyai lebih 27 jenis bentuk pertukaran atau 27 kamen rider dalam sirinya, setakat ini lebih banyak pertukaran daripada Kamen Rider yang lain? Tetapi bagi aku akan menyusahkan pengumpul mainannya. Dah le mahal, banyak pulak tu..Ni semua strategi perniagaan..
Kamen Rider 000.. Ni baru sikit ni...

  • Tahukah anda rekabentuk untuk Kamen Rider Hibiki seratus peratus lari dari rekabentuk biasa Kamen Rider iaitu berbentuk belalang? Meskipun siri-siri lain ada juga yang tak amek rekabentuk belalang seperti Kamen Rider Ryuki, tapi itu setakat 80 peratus, 70 peratus je.. Ini langsung takde! Dikatakan siri kamen rider ini diinspirasi daripada "oni" atau hantu-hantu yang wujud di jepun.
Kamen Rider Hibiki, Ada rupa belalang tak?

  • Tahukah anda bahawa hanya kamen rider double sahaja setakat ini yang menggunakan 2 orang untuk bertukar menjadi seorang kamen rider? Aku nasihatkan musuh diorang bunuh salah satu orang itu, nanti diorang takleh le nak tukar.. hahaha
Kamen Rider W (Double)

  • Tahukah anda kamen rider super 1 mempunyai lima jenis sarung tangan berbeza dan masing-masing ada keistimewaan

  • Tahukah anda bahawa hanya topeng riderman sahaja yang bentuknya separuh dan menunjukkan mulut berbanding topeng-topeng kamen rider lain yang bertopeng penuh

  • Tahukah anda yang kamen rider ichigo dan kamen rider nigo mempunyai sut yang sama tetapi apa yang membezakannya ialah warna skarf, sarung tangan dan kasut sahaja?
Yang belah kiri Kamen Rider Nigo dan belah kanan Kamen Rider Ichigo
  • Tahukah anda yang setiap kamen rider mempunyai motosikalnya yang tersendiri? Sebab itulah ia digelar Kamen iaitu bertopeng dan Rider bermaksud penunggang, bila digabungkan menjadi Penunggang Bertopeng

  • Tahukah anda yang setakat ini terdapat 3 episod kamen rider yang menggunakan kad sebagai sumber kuasa mereka iaitu kamen rider ryuki, kamen rider blade dan kamen rider decade?


Dari atas ke bawah : Kad yang digunakan oleh Kamen Rider Blade, Ryuki dan Decade

  • Tahukah anda bahawa kamen rider den-o merupakan kamen rider pertama yang mempunyai kereta api sendiri selain motorsikalnya? Kereta api ini diibaratkan seperti sebuah mesin masa yang digunakan bagi merentasi masa. Setiap kereta api dimiliki oleh seorang Imajin(nama musuh dalam siri ini)


  • Tahukah anda bahawa kamen rider den-o jugalah adalah kamen rider pertama yang boleh merentasi masa?
  • Tahukah anda bahawa kamen rider decade tidak mempunyai dunianya sendiri? Ini kerana dia terpaksa mengembara ke dunia kamen rider lain. Kesian sungguh.
  • Tahukah anda bahawa kamen rider black merupakan kamen rider pertama  yang boleh bertukar kepada 3 bentuk lain iaitu bertukar kepada kamen rider black rx, biorider dan roborider.
Dari kiri : Black, Biorider, Roborider dan Black RX
  • Tahukah anda bahawa kamen rider black rx merupakan kamen rider pertama mempunyai kereta?
Dulu aku ada kete ni, mana le menghilangnye
  • Tahukah anda bahawa Shocker merupakan musuh pertama dalam siri kamen rider, yang muncul dalam episod kamen rider ichigo (kamen rider pertama) dan sampai sekarang shocker antara musuh kamen rider yang masih kekal dan pernah muncul di dalam siri Kamen Rider Decade. Shocker ini merupakan sekumpulan askar yang ditubuhkan untuk menguasai dunia, Tapi dia seakan-akan mengambil inspirasi daripada tentera Nazi. Nak tau lagi, pergi tonton siri Kamen Rider Ichigo
Yang bau itam putih itrulah shocker

  • Tahukah anda bahawa hanya kamen rider ryuki sahaja yang berlawan di dalam dunia cermin, berbanding kamen rider lain yang berlawan didunia sebenar. Di mana setiap kamen rider perlu masuk ke dalam cermin untuk bertarung atau jika mahu membunuh raksasa 

  • Tahukah anda bahawa kamen rider kiva berasal daripada singkatan "King of Vampire" a.k.a Ki-Va?


  • Tahukah anda bahawa haiwan-haiwan di dalam episod kamen rider ryuki dikatakan diambil daripada haiwan-haiwan suci cina contohnya naga,harimau, lembu jantan, burung phoenix dan angsa?
Ada harimau, badak sumbu, ular tedung, burung pheonix

  • Tahukah anda terdapat 2 episod kamen rider yang "diambil" seperti rancangan power rangers oleh orang putih dan diubah skripnya hingga jadi tak best iaitu kamen rider black rx menjadi masked rider dan kamen rider ryuki menjadi kamen rider dragon knight?


Kamen Rider Ryuki : Kamen Rider Dragon Knight
Kamen Rider Black : Masked Rider
  • Tahukah anda hero kamen rider den-o dibiarkan tidak serius, bodoh-bodoh alang dan berpewatakan kelakar dalam cerita, tak seperti hero-hero sebelumnya kerana pihak produksi sengaja menyuruhnya dan atas alasan mahu lari dari terlalu klise. ironinya, episod itu lebih diminati ramai.

  • Tahukah anda bahawa hanya kamen rider kabuto mempunyai bentuk "Cast form" iaitu bentuk awal sebelum bertukar menjadi bentuk lengkap. Ia mengambil bentuk seperti kepompong (cocoon) serangga sesuai dengan kamen rider nya yang berbentuk serangga iaitu kumbang tanduk, lebah, kala jengking, pepatung dan belalang





Bentuk "Cast Form" adalah gambar yang berada di nombor dua dari kanan

  • Tahukah anda kamen rider kabuto juga merupakan episod pertama yang ditayangkan menggunakan format high-definition

  • Tahukah anda bahawa kamen rider hibiki merupakan kamen rider pertama yang menggunakan alat muzik seperti gitar dan trompet sebagai senjata?
Gambar menunjukkan gitar, trompet dan pemukul gendang menjadi senjata

  • Tahukah anda kamen rider blade menggunakan 4 motif dalam dek kad iaitu diamond, spade, heart dan clubs.. cis,, ini semua judi
Kamen Rider Leangle dengan motif clubs

Kamen Rider Blade dengan motif spade

Kamen Rider Joker dengan motif Heart

Kamen Rider Garren dengan motif diamond

  • Tahukah anda episod pertama kamen rider disiarkan pada 3 April 1971. maknanya usianya pada tahun 2011 sudah 40 tahun. tetapi jika dikira usia 40 tahun masih dianggap pemuda dalam parti politik dan majlis belia. haha

  • Tahukah anda yang episod kamen rider 000 ke 27 merupakan episod ke 999 sepanjang episod kamen rider dan episod kamen rider 000 ke 28 merupakan ke 1000 dalam sepanjang episod kamen rider

  • Tahukah anda riderman merupakan kamen rider orang kelainan upaya (O.K.U) kerana kudung tangan kanannya. tetapi itu bukan penghalang buatnya menjaga keamanan dunia daripada kejahatan.

  • Tahukah anda siri-siri awal kamen rider seperti kamen rider ichigo, v3, X, dan sebagainya mengatakan heronya merupakan manusia yang diubah menjadi separuh robOt oleh musuh, tetapi meloloskan diri dan melawan semula musuh itu. teramat klise

  • Tahukah anda hanya skyrider mampu terbang. kamen rider lain sekadar melompat untuk membuat "rider kick" sahaja 
  •  
Skyrider
  • Tahukah anda kamen rider hibiki tidak langsung menggunakan "rider kick" dalam sirinya? lantas menjadikannya antara faktor kenapa sirinya kurang diminati peminat kamen rider terutamanya aku

  • Tahukah anda kamen rider kabuto mengembalikan semula tradisi kamen rider seperti mengembalikan tradisi "rider kick" selepas kamen rider hibiki, pembinaan watak bersandarkan serangga seperti kumbang dan sebagainya. ini sekaligus menjadikan sirinya antara siri yang menaikkan semula jumlah penonton.

  • Tahukah anda hanya kamen rider W menggunakan thumbdrive sebagai alat bertukar di mana ia dipanggil Gaia Memory, dan kamen rider Faiz menggunakan telefon bimbit sebagai alat bertukar.. kang bagus kalau handpon aku bleh bertukar
  •  
Gaia Memori
     
Handphone Kamen Rider Faiz


  • Tahukah anda kamen rider ichigo merupakan kamen rider yang mempunyai episod yang terbanyak setakat ini iaitu 98 episod.

Lauk Semalam

Hari itu dapurnya tak berasap
Beras yang mahu dibilas tidak dibuat
Ikan tidak disiang
Sayur tidak dipotong
Kerana masih ada lauk semalam

Semalam emak masak kari ayam,
Lauk kegemaran along
Hasrat hati mahu makan bersama
Apabila dia mendapat panggilan telefon
Along mahu pulang

Disuruhnya ayah menangkap ayam kampung,
Setelah itu emak masak,
Setelah siap emak menunggu,
Menunggu kepulangan anaknya

Hari ini emak masih menunggu
Bersama nasi dan lauk semalam
Walau bagaimanapun aku memujuknya
Jangan tunggu lagi

Jangan diabaikan mereka
Jangan buang mereka
Bila mereka tua
Seperti lauk semalam

16 Julai 2012

Menyesal

Salam

Soalan saya adalah seperti berikut 

Pernahkan anda merasakan yang apa yang anda lakukan hari ini tidak seperti yang ada rancangkan? Sesudah itu apakah anda menyesali setiap keputusan yang anda buat?

Saya selalu fikir; "sepanjang aku hidup, kenapalah aku ada di sini" atau "Kenapalah aku pilih keputusan ini?"

Hal ini makin menjadi-jadi setelah keputusan UPU keluar kelmarin. Rata-rata kawan-kawan saya berjaya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah

Selalu saya fikir, 

Kenapalah saya tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu peperiksaan UPSR? Mungkin jika saya berlajar dan mendapat keputusan 5 A saya sudah berada di sekolah berasrama penuh ketika itu.

Kenapalah saya tidak mengambil keputusan berpindah ke sekolah teknik selepas tingkatan 3? Mungkin saya akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM saya

Kenapalah saya tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu SPM? Mungkin jika dari dulu lagi saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang, saya tidak akan berada di tempat sekarang. Mungkin saya sudah stabil dan berjaya

Kenapalah saya tidak meneruskan pengajian saya di tingkatan 6? Mungkin jika saya meneruskannya saya kini sudah berada di universiti dan bakal menjadi seorang peguam

Kenapalah saya menolak untuk mengambil diploma di Uitm sebaliknya saya memilih politeknik? Mungkin jika saya memilih Uitm saya sudah diserap masuk untuk peringkat ijazah

Kenapalah saya cuai ketika di jalan raya? Mungkin jika saya tidak cuai saya tidak akan kemalangan hingga menyebabkan saya tidak boleh menikmati sujud ketika solat sama seperti orang lain

******************************

Setiap kali saya memikirkan mengenai setiap keputusan besar yang saya buat sepanjang hidup, saya merasakan menyesal dengan keputusan yang berupa tidak berfikir panjang itu

Apakah saya ini seorang yang tidak menerima hakikat? Adakah saya ini seorang yang menyalahkan takdir? Nauzubillah himin zalik

Apa yang pasti, saya sering memotivasikan diri sendiri. Segala YANG BERLAKU ada hikmah yang tidak mampu dibaca oleh mata kasar

Jika kita selami dengan mendalam apa yang berlaku pada diri kita, kita akan merasakan bahawa setiap yang berlaku punya asbab yang tersendiri

Maka, kita sebagai hamba yang lemah seharusnya menyerahkan segalanya kepada Nya. Wallahualam

p.s : kepada yang tak dapat UPU tu, jangan pergi terjun bangunan pulak. hehehe

 


5 Julai 2012

Sekeping Gambar


 Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua

Basah-basahnya rambutmu
Sebasah asmara kita
Siapa dulu yang empunya
Kalau bukan ku seorang...
Kekasih hati

Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Abadikan cinta kita
Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Kita bina selamanya

Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Seakan dunia milik kita berdua
Satukan rasa
Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Saling melepas rindu didada, antara kita

Asyik... asyik... asyik

Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya

Amelina - Asyik

Sindrom Penafian

Assalamualaikum! Kabare semua?


Saya menafikan sekeras-kerasnya yang isi kandungan post saya kali ini adalah berkaitan Sindrom Penafian walaupun tajuknya ditaip sebegitu.


Ok, ayat di atas adalah contoh sindrom penafian yang klise. HAHAHAHA

Berbalik kepada tajuk utama, kenapa perlu kita menafikan sesuatu yang benar? Adakah kebenaran itu suatu yang pahit atau suatu yang kelat seperti jadam? Ramai di antara kita yang acapkali menafikan atau dalam erti kata lain menidakkan sesuatu padahal ia nya benar.


  “Bercakap benarlah walaupun pahit” 

dan 

“bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan). 
Hadis Rasulullah s.a.w



Sebaliknya, kita sering menuding jari ke tempat lain semata-mata mahu mengelakkan beban itu.

Misalnya, 

Pasukan bola sepak bawah 22 tahun kita kalah kepada Myanmar 2-1. Meskipun salah mereka menurunkan pemain lebih daripada umur yang dibenarkan, namun kita sebenarnya meNAFIkan yang pasukan kita sebenarnya banyak yang kurang.

Ataupun,

Seorang bekas pakwe mahu rujuk semula bekas aweknya. Apabila diberi alasan mengapa dia meninggalkan aweknya, dia menjawab kawan-kawannya yang mempengaruhinya supaya meninggalkan aweknya itu.





Sesungguhnya, orang yang hidup dalam penafian akan mencari jalan menipu demi mengaburi mata orang lain. Akan mencari jalan belakang semata-mata untuk hidup. Akan selalu mencari topeng untuk menutup kebenaran. Lebih lagi, mereka akan mencari orang lain untuk dijadikan kambing hitam bagi melepaskan diri. Kita harus berwaspada

Sila perhatikan betul-betul, ini bukan Batman





4 Julai 2012

Gelisah

Assalamualaikum! Kabare semua?


Hari ini 15 Syaaban bersamaan 4 Julai 2012. Yakni disebut juga sebagai Nisfu Syaaban

Kepada mereka yang bergelar Islam tapi masih tak tahu apa itu Nisfu Syaaban berbanding Hari Valentine, ia merupakan malam dimana buku amalan kita akan ditutup dan di bawa naik ke atas. Maka pada waktu itu buku amalan kita akan ditukar dengan yang baru.

Bercakap mengenai amalan ini, kita kadangkala seperti "manusia berhati tuhan"

Dalam erti kata lainnya, kita seakan-akan menghukum manusia seperti kitalah tuhan. Misalnya si Syafiq merupakan kaki todi dan kaki perempuan, Suatu hari Syafiq bertaubat dan menjadi kaki masjid. Tetapi ada kalangan orang kampungnya meperlekehkan usaha Syafiq itu. Kata mereka, itu hanyalah dusta, mainan dan sewaktu dengannya.

Lihatlah, mereka menjadi "manusia berhati tuhan". Mudah menghukum padahal tuhan pun tidak sebegitu.


Berkaitan mengenai amalan kita juga, pernahkah anda rasa yang kadangkala tuhan sedang menguji kita dengan dugaan. Tapi ingatlah :

Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya 
(2:286) (AL-BAQARAH - Lembu)

Apabila kita ditimpa musibah dan rasa gelisah, ingatlah 2 firman Allah ini :
 
Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah 
(70:19) (AL-MA'ARIJ - Tangga-Tangga Naik) 

Sesungguhnya, Kami mencipta manusia dalam kesusahan. 
(90:4) (AL-BALAD - Negeri/Tanah )

 

Soalnya kenapa Allah menciptakan manusia dalam kesusahan? Dalam risau dan gelisah? Senang sahaja, supaya manusia tidak lupa dan leka dengan nikmat Allah dan sedar diri yang mereka itu lemah. Wallahualam

Sekeping Gambar

Sekadar gambar hiasan (Di ambil pada perasmian Sekreatariat Anak Melaka pada 29 Feb 2012 di Kediaman K.M Seri Perdana)


Kadang aku teringat kata-kata ustaz aku dimana bila kita di Padang Masyahr kita akan disoal mengenai usia muda kita, apakah yang kita buat. Jadi kepada mereka yang bergelar anak-anak muda janganlah kamu menjawab yang sewaktu muda kamu merempit, berdemonstrasi, masuk persatuan dan sebagainya. Jawablah yang semasa muda kamu mencari bekalan untuk akhiratmu

Tapi, seseorang itu dididik daripada masa mudanya. Jika di didik dengan baik maka baiklah masa depannya. Begitulah sebaliknya. Masa muda adalah masa energetik untuk berjasa. Jangan tunggu masa tua baru nak aktif ke suraulah, aktif dengan persatuanlah.

Pesanan ini ditujukan kepada orang muda, jangan fikir belajar itu matlamat mutlak. Ada lagi matlamat lain yang anda boleh capai


2 Julai 2012

Hujan Dunia

Lama sudah kau menyeka air mata,
Basahilah pipimu awan,
Dengan tangisan kepiluan,
Langit seakan berduka,
Kilat seperti murka,
Dengan kejelikan manusia

Luka dunia kian parah,
Unggas mula menyanyi lagu duka,
Mengadunya padaku :
          Kami tak punya apa-apa
          Hijau rimbunan alam bertukar muram
          Kami tak punya tempat berdiam
          Menangis sengsara siang malam

Akar pohon yang dulunya kukuh memasak bumi,
Kulihat kini rapuh mati,
Air matanya memberi sejuta tanda derita,
Lalu berkata :
         Telah diberikan segala kebaikan pada tuan
         Namun aku terus menerus dikecewa

Basuhlah lukamu,
Dengan air hujan,
Langit dan awan turut menangis,
Pada perihal duka dunia

Hari ini hujan turun sayu,
Membasuh luka didunia.


Noor Ismaputra bin Samsudin (15.3.2011)