Sekadar gambar hiasan (Di ambil pada perasmian Sekreatariat Anak Melaka pada 29 Feb 2012 di Kediaman K.M Seri Perdana) |
Kadang aku teringat kata-kata ustaz aku dimana bila kita di Padang Masyahr kita akan disoal mengenai usia muda kita, apakah yang kita buat. Jadi kepada mereka yang bergelar anak-anak muda janganlah kamu menjawab yang sewaktu muda kamu merempit, berdemonstrasi, masuk persatuan dan sebagainya. Jawablah yang semasa muda kamu mencari bekalan untuk akhiratmu
Tapi, seseorang itu dididik daripada masa mudanya. Jika di didik dengan baik maka baiklah masa depannya. Begitulah sebaliknya. Masa muda adalah masa energetik untuk berjasa. Jangan tunggu masa tua baru nak aktif ke suraulah, aktif dengan persatuanlah.
Pesanan ini ditujukan kepada orang muda, jangan fikir belajar itu matlamat mutlak. Ada lagi matlamat lain yang anda boleh capai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan