Hari itu dapurnya tak berasap
Beras yang mahu dibilas tidak dibuat
Ikan tidak disiang
Sayur tidak dipotong
Kerana masih ada lauk semalam
Semalam emak masak kari ayam,
Lauk kegemaran along
Hasrat hati mahu makan bersama
Apabila dia mendapat panggilan telefon
Along mahu pulang
Disuruhnya ayah menangkap ayam kampung,
Setelah itu emak masak,
Setelah siap emak menunggu,
Menunggu kepulangan anaknya
Hari ini emak masih menunggu
Bersama nasi dan lauk semalam
Walau bagaimanapun aku memujuknya
Jangan tunggu lagi
Jangan diabaikan mereka
Jangan buang mereka
Bila mereka tua
Seperti lauk semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan