2 November 2011

Ini Bukan Zaman Berpesta Dan Bergendang

Tiap kali aku meneyeluk dompet di kocekku, aku terpandang gambar keluargaku yang ditangkap sewaktu aku tingkatan 2. Alangkah mudanya masa itu, Dengan wajah yang masih lagi jambu dan baru menginjak ke usia remaja (14 tahun).

Kemudiannya aku membelek kad pengenalanku yang kian lusuh. Terpampang jelas 14 angka pengenalanku yang bermula dengan nombor 91 pada pangkalnya. Alangkah masa itu berlalu dengan pantasnya. Lalu aku terimbau sedikit pada satu bacaan aku di laman blog lain yang agak menarik perhatianku. Ujar si penulis, sesiapa yang lahir pada tahun milenium (2000) kini sudah 11 tahun hidup di muka bumi ini. Mereka yang lahir pada krisis kewangan 1998 sudahpun bersekolah menengah.

Apakah kita mengerti akan situasi di atas? Ya, kita semakin menginjak tua. Masa berlalu tanpa mempedulikan kita yang masih lagi terkapai-kapai bagai tiada arah tuju. Samalah seperti aku. Masih dibuai mimpi enak dan kenangan lampau.

Akhirnya pada tahun ini, aku meraikan dasawarsaku yang ke dua-puluh. Satu pencapaian umur yang boleh dibanggakan kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah s.w.t ini.

Marilah kita renung kembali, sepanjang hayat kita hingga kini apakah yang kita telah lakukan untuk menjamin sinar cahaya masa depan?

Tak ku nafikan, kadangkala perancangan dijana kita namun keputusannya masih hak milik mutlak tuhan. Tak mengapalah, asalkan kita mencuba daripada sekadar duduk membisu.

Kalau kau tanyakan padaku, apa yang kau mahukan selepas ini? Aku akan jawab aku mahukan kehidupan yang lebih baik. Kerana aku telah ditimpa dengan ujian yang membuatkan aku lebih menghargai erti kehidupan. Hakikatnya, mereka yang ditimpa musibah adalah manusia yang terpilih. Kau mungkin tak akan merasai pahitnya atau menceritakan manisnya derita jika kau tak mengalaminya.

Umpama kata pujangga, pengalaman adalah guru yang lebih hebat daripada sejarah. Kerana pengalaman terjadi dengan kita merasainya.

Kau harus ingat, ini bukan zaman bergendang. Ada orang umurnya sudah memasuki jubli intan namun masih terhegeh-hegeh mencari punca. Ingatlah Nabi Muhammad saw pernah bersabda yakni :

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu sihat sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan HIDUP SEBELUM MATI.

Bersenda, bersuka tak salah. Tetapi janganlah hingga melupai apakah asal tujuan kau untuk hidup di muka bumi ini. Ini zaman serius.

Tiada ulasan: