Memaparkan catatan dengan label suka hati aku la apa yang aku nak tulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka hati aku la apa yang aku nak tulis. Papar semua catatan

24 Mac 2013

Ketika Ini Suatu Waktu Dahulu

Assalamualaikum! Kabare Semua?


1. Agak LAMA menyepi. Mungkin disebabkan sibuk membina kerjaya dan mengumpul harta. Atau mungkin ketandusan idea mengarang isi blog

2. Apa pun, ketika ini, 24 Mac 2013 aku mengimbau kenangan 2 (atau mungkin 3 tahun lepas) di mana kejadian yang tak dapat aku lupakan selama-lamanya





3. Kalau aku perhatikan, aku seringkali mengungkit cerita berkenaan ini. Agaknya kalau aku menjadi orang lain mungkin aku sudah muak dengan cerita ini

4. Tapi bagi aku, inilah cerita yang menjadi titik perubahan bagi aku. Dari kegagalan atau dari kemalangan ini aku bangkit.

5. Semasa aku dalam situasi ini, seringkali aku bermimpi aku berlari. Agaknya keinginan itu kuat untuk berjalan seperti biasa

6. Tapi aku percaya yang Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dia mampu menanggungnya.

7. Esok, genap 3 tahun, di mana bezanya aku kini tidak terlantar di atas katil dengan kaki ber 'antena'. Tapi aku berdiri dengan kaki aku sendiri. Sambil mengenang pantasnya setiap detik yang berlalu selepas itu

8. Kadang bila aku fikir semula, aku bersyukur. Alhamdulillah ya ALLAH

17 September 2012

September

Assalamualaikum! Kabare Semua?

Memandangkan kita berada di bulan September dan memandangkan hari jadi saya jatuh pada bulan ini (hehehe) Marilah kita mengenali sifat-sifat orang yang lahir pada bulan ini :



- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan dan orang lain
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.

- Sangat cermat
- Teliti dan teratur
- Pendiam tapi pandai cakap
- Amanah, setia dan jujur
- Kerja yang dilakukan sempurna
- Orang yang banyak berfikir
- Daya pentaakulan yang baik
- Mudah belajar
- Suka mencari maklumat
- Suka mengkritik
- Pandai mendorong diri sendiri
- Banyak simpan rahsia orang
- Sukakan benda yang luas
- Sistematik
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11


23 Ogos 2012

Pelajar Sekolah, Mahasiswa, Pekerja, Hamba Sistem

(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini : teh tarik gelas besar)


*********************************************************



Aku tau ni entry basi - berulang-ulang kali. Bukan malas nak tulis - sekadar mengingatkan. Sempena budak-budak dapat result UiTM hari ni - kalau yang baca tu - sila fikir-fikirkan supaya tidak menjadi bunian Ireland - nak jadi St Patrick boleh - kahkahkah!


Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Hari ini,ribuan anak muda di seluruh Malaysia ingin melebarkan Lebensraum mereka(lebensraum in German:ruang),dan demi meluaskan ruang untuk mereka hidup dengan hati yang senang dan tenang,ada yang ingin melanjutkan pelajaran di IPTA,ada yang ingin berniaga dan ada yang tidak mempunyai ruang dalam masyarakat - ditolak tepi dalam kehidupan,terpaksa hidup dalam ruang yang dalam kegelapan.Tetapi fokus saya hari ini adalah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di IPTA.

Wajib kepada semua anak yang berusia seawal 6 tahun untuk ke tadika.Usia 7 tahun mak ayah wajib beli baju sekolah dan beg sekolah serta buku tulis untuk anak pergi ke sekolah.Jadi dari sini segala-galanya bermula - cita-cita anak muda untuk menjadi apa yang dicita.Ada yang nak jadi polis,ada yang nak jadi bomba,ada yang nak jadi doktor.Dari situ perasaan untuk melebarkan lebensraum disemaikan kepada anak-anak.Lalu di dalam kelas diajar A,B,C dan 1,2,3 dan seterusnya.Kemudian bermulalah satu racun yang disuntik di dalam minda anak-anak kecil - "abah,abah,Along periksa nombor satu!".Mula timbul sifat "siapa dapat dia punya".Jadi,setiap kali dalam peperiksaan - siapa dapat nombor satu disorakkan.Tidak ada "kekitaan" tapi "keakuan".Bila ada nombor satu pasti akan ada nombor paling last.Semasa saya darjah dua dahulu siapa periksa nombor last kena henjut ketampi depan kawan-kawan.Saya tidak pernah dapat nombor last - tapi sepupu saya pernah.Dia digelak oleh kawan-kawan dan dia malu.Sebab itu dia rasa selama ini dia belajar tidak dihargai,dia tidak dimahukan di dalam sekolah.Sejak itu dia benci sekolah.

Balik semula kepada cerita yang dihadapi anak muda ini.Bagi yang nombor satu,cikgu akan selalu senyum kepada anak murid itu.Kadang-kadang diberi tanggungjawab seperti ketua darjah ataupun paling cipan pun,"tukang angkat buku".Saya pelajar tidak di atas dan tidak dibawah - tengah-tengah.Jadi layanan cikgu terhadap saya tidaklah terlalu girang dan manja tapi tidak terlalu diktator seolah-olah saya ini bekas tahanan Kamunting.Dan bagi yang nombor satu - disini bermula satu pemikiran yang dipupuk di dalam bilik darjah - siapa nak jadi bagus kena jadi balachi cikgu.Siapa nak jadi hebat kena angkat buku sekolah cikgu.Dari sini budaya membodek dan mengipas punggung bermula.

Pangkat di sekolah rendah mungkin ketua darjah,penolong,bendahari - paling cool pun pengawas sebab baju dia warna lain.Jadi sudah diajar di dalam sekolah - pengawas adalah pembantu guru di sekolah.Bagi anti establishment macam saya - pengawas adalah balachi kepada cikgu disekolah - sama macam polis dan tentera untuk kerajaan negara(mana-mana negaralah,semua samalah!).Jadi dalam usaha penglebaran lebensraum di kalangan anak muda diteruskan lagi ke peringkat sekolah menengah.Sifat yang diajar di sekolah rendah - siapa cepat dia dapat,siapa nombor satu dia hebat masih diajar dengan penuh intensif.Tetapi pada sekolah menengah saingannya lebih hebat lagi.Saingan bukan sahaja dari segi akademik tetapi penampilan.Jika di sekolah dahulu "siapa pandai orang kagum" - kalau mamat tu pandai maka ramailah awek yang mengelilinginya - tapi naik sekolah menengah,pandai sahaja tidak mencukupi.Perlu ada pakej-pakej lain.Ada perempuan suka lelaki yang kasar - anti-establishment,yang melawan cikgu - ini cool.Tapi ada juga perempuan yang suka kepada establishment - lelaki yang jadi pengawas yang sentiasa necktienya kemas - dan selalu tolong angkat cikgu buku sekolah.Yang ni pun ada.Ada di sekolah saya dahulu - cukup ramai pelajar perempuan jatuh hati kepada seorang pengawas pakai songkok cermin mata tebal yang baca doa.Aku panggil dia Abang Baca Doa Kat Perhimpunan je lah.Dan Abang Baca Doa ni sentiasa disuruh baca doa atau menyanyi lagu nasyid untuk meruntun hati-hati awek-awek tudung labuh di sekolah.

Perspektif lebensraum di sekolah menengah sudah semakin besar.Ada yang target untuk dapat awek paling cun di sekolah,ada yang target dapat 15A dalam SPM,ada yang mahu jadi budak paling gengster di sekolah dan ada yang nak jadi atlet sukan terbaik di sekolah.Macam-macam.Dan apabila musim peperiksaan maka semua orang pun cuba untuk cemerlang dalam exam.Nota disalin,buku dibaca.Cikgu tulis,kita copy balik.Cikgu cakap,kita dengar.Lama kelamaan kita sudah tak berminat untuk belajar dapatkan ilmu,kita hanya mahukan soalan ramalan untuk SPM tahun ini.Maka ramailah cikgu-cikgu menjadi Nostradamus atau Pak Belalang untuk memastikan anak murid mereka mendengar kata mereka.Dengan harapan bila soalan ramalannya tepat,ramailah anak murid berkata "cikgu ni baguslah!".

Maka sesudah SPM,kesemua "mesin-mesin Xerox" ini pun keluar dari sekolah.Siapa tak pandai tiru cikgu bersedialah untuk kerja kat Tesco.Paling best pun kerja jadi posmen.Bagi "mesin-mesin Xerox" yang okay sikit - rumah mereka mula dihujani surat-surat kolej dari IPTS dengan harapan bolehlah berniaga sekeping kertas bernama diploma.Ada yang mahu terus stay di sekolah.Ada yang mahu ke politeknik,dan ada yang nak terus kahwin.Mesin-mesin Xerox yang cemerlang akan mula menghantar surat pemohonan di IPTA.Mesin-mesin Xerox yang mencetak dengan "spotless" - yang ni dapatlah biasiswa dari kerajaan untuk dihantar di New York,Ireland,Canada mahupun India.Tapi kadang-kadang mesin Xerox buatan sini bila keluar - mereka tak boleh berjalan sebab di sana pelajar belajar - bukan cetak balik tulisan cikgu.Tu sampai ada yang jadi pelacur sebab nak sara diri.

Maka,pelajar Xerox di IPTA pun bermulalah hidup baru mereka setiap bulan Julai.Ada yang excited dapat jumpa kawan baru,ada yang target nak cari awek baru - awek kat sekolah dah tak best,ada yang fikir nak buat business dalam kampus - jual nasi lemak,hot dog dan ada yang terus mahu menjadi pengipas punggung - kali ini dengan lecturer.Maka minggu pertama - Minggu Suaikenal sebenarnya adalah minggu Pembodohan secara intensif.Pembodohan ini bermula apabila kita diajar tentang birokrasi "dik,nak isi borang asrama kat kaunter sana,dik,nak isi borang mohon PTPTN kena pergi bangunan sebelah".Dan minggu Suaikenal ataupun Pembodohan secara Intensif ini berterusan dengan beberapa abang atau kakak senior cuba nak jadi Ketua Pemuda Parti Keris.Maka sepanjang minggu Pembodohan itu diisi dengan senamrobik,birokrasi,senamrobik,birokrasi,jerit pekik bakal Ketua Pemuda dan akhir sekali - tidur akibat kepenatan.

Selepas minggu itu - bermulalah pembelajaran di kampus.Dan bermulalah rutin harian seorang mesin Xerox yang berjaya - tulis apa yang lecturer tulis balik.Tapi kali ni tambah sikit apa yang dipanggil sebagai "assignment" - yang akan diberi dateline untuk disiapkan.Dan dari sini mereka ini diajar - bos bagi kerja lu kena siapkan.Lu tak payah fikir benda lain.Lu kena jadi hamba sistem.Kalau tak - gua barred lu dari exam.

Dan minggu mendapat PTPTN pun bermula.Sorak-sorai dan gembira seolah-olah macam pekebun Felda dapat bonus bila Najib umum suntikan ekonomi.Ramai yang beli motor,dari makan megi bila dapat PTPTN pergi makan McD,masa ni lah awek bersepah untuk dibelanja dan excited kerana first time pegang duit ribu-ribu.Padahal pinjam je - teknikalnya pinjam,tapi sebenarnya tu duit rakyat.Duit tu hak kita tapi dipinjamkan sebab tak bestlah kalau menteri tak kaya.

Maka pengXeroxan pun berterusan.Assignment diberi,nota diberi,buku disuruh cari dalam perpustakaan - kalau buat assignment kena ada ciri-ciri kritiria yang lecturer nak - kalau tak - dapat F lah anda.Maka kita pun buat assignment macam lecturer nak padahal kita ada idea yang lebih kreatif tetapi ianya bertentangan dengan pemikiran arus perdana - maka tak dibolehkan.Kena ikut arus perdana - kalau tak kena AUKU.

Apabila selepas cepat masa berlalu - ada yang 3 ada yang 4 tahun - maka mereka pun diberi jubah dan topi petak untuk mendapatkan sekeping kertas yang mengatakan "Saya adalah Pelajar yang Diajar untuk Akur Dengan Sistem,Dan Dengan Kertas Ini Saya Layak Mendapat Kerja".Maka berlambaklah kertas-kertas ini dicetak - begitu juga dengan lambakan mesin Xerox ini.Bersoraklah mereka - akhirnya cita-cita dari sekolah rendah dapat dicapai juga.Mak ayah meleleh air mata gembira,sambil tu boleh kenal-kenal dengan bakal menantu.

Kemudian lebensraum mereka berubah.Ada yang nak beli kereta,nak kahwin dan beli rumah.Awek dah dijumpai satu kampus - ada juga yang jumpa dalam Myspace atau Facebook.Akhirnya berkahwin dan jemputlah kawan-kawan satu sekolah dan satu kampus.

Selepas berkahwin - bermulalah satu kehidupan sebagai "hamba sistem" yang akur dengan kedunguan.Bangun pagi pukul 6 pagi - keluar lambat traffic jam.Dua jam duduk dalam kereta dengar DJ Overrated membebel dalam Hot FM.Sakit kepala orang belakang hon-hon.Lepas tu sampai office bos bagi taklimat.Blah blah blah sales target blah blah blah appointment dengan Datuk Razali blah blah blah profit tahun ni perlu dipertingkatkan blah blah blah.Sampai lambat kerja kena maki.Balik rumah bini bebel "ni balik lambat ni mesti ada skandal ni!".Nak buat tuntutan biologi pun tak larat - asyik penat balik kerja,balik rumah tengok bini muka tension.Maka budaya kebodohan ini digambarkan dengan penuh bergaya dalam siri Cerekarama ataupun drama-drama di Astro Ria.TV1 - siapa tengok tv ni,wujud lagi ke?Dan aku pernah berkata - kalau dalam sistem ini - tak kisahlah pangkat degree atau master PhD pun,kalau nko kuli - nko kena dengar cakap boss nko - walaupun boss nko dungu macam George Bush.Maka dari kecil cita-cita nak dapat kerja best - akhirnya jadi hamba sistem.Tapi oleh kerana desakan kehidupan - kena beli tv,beli perabot,beli blender,beli dapur,beli beras - semuanya kena beli - kenalah terus menghambakan diri.Anak pertama,anak kedua anak ketiga mula lahir.Kena beli baju untuk anak,permainan Transformers atau Barbie Doll untuk anak.Bila dah besar kena beli baju sekolah,beg sekolah - putaran penghambaan berterusan.Dari datuk ke bapak ke anak ke cucu dan berterusan.

Bila usia sudah tua - mula rasa menyesal."Alaa dulu masa muda tak dapat buat benda best-best sebab kerja je".Jadi jangkahayat anda berakhir di kerusi roda dengan tangan yang bergoyang serta lutut yang kendur - lupakan saja nak jadi Skateboarder Extreme.Hidup anda tidak bermakna lagi.Anak-anak sudah besar,sibuk bekerja,lalu lupakan anda - hidup keseorangan menunggu ajal.Tapi ada anak-anak yang concern - tapi concern tu concern lah.Dah banyak masa dibuang tapi kita tak dapat fikirkan apa sebenarnya cita-cita kita masa di bangku sekolah dulu.

Dari kecil kita diajar untuk mengikut sistem penghambaan secara intensif ini.Siapa jadi hamba paling setia dia yang paling baik.Untuk menambahkan aksesori seorang "hamba sistem" yang baik dan berjaya,kereta besar atau rumah besar menjadi rebutan.Untuk lebih berjaya menjadi hamba sistem,pembodekan dan pengipasan punggung perlu dilakukan.Buat kerja mengikut arahan - pasaran.Tiada kreativiti.Tiada demokrasi - yang ada cuma angan-angan dan mimpi.

Seorang leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.

Leprechaun itu terus hidup hampa dengan fantamorgana yang dilihat.Hari ini - leprechaun itu setiap hari membarisi lebuhraya-lebuhraya di seluruh bandaraya di dunia - dan dengan tanpa serik leprechaun itu terus diperbodohkan dengan kilauan emas yang sebenarnya hanya emping jagung.


11 Ogos 2012

Yang Remeh Temeh- Pak Pandir

Ditujukan kepada mereka yang mempunyai segalanya tetapi masih alpa dan leka (Orang Melayu)

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


10 Ogos 2012

Ubah Angin

Asalamualaikum! Kabare semua?

Agak lama aku menyepi dalam blog ini. Mungkin disebabkan sibuk dengan persiapan masa depan agaknya. Hahaha

Bercakap mengenai masa depan, aku kini sedang berubah angin. Berubah angin dari bidang Kejuruteraan Awam kepada bidang OSH

OSH : Occupational Safety and Health (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Baru-baru ini, ketika sedang bosan menunggu tawaran kerja, salah seorang sahabat aku datang dan menawarkan kursus ini kepada aku. Pada mulanya aku tidak berminat, kerana masa itu aku mengharapkan keputusan UPU memihak kepada aku

Tetapi setelah dipujuk dan merasakan keputusan UPU tidak memihak kepada aku, aku mengorak langkah dan mendaftarkan diri. Setelah sebulan menghadiri kursus anjuran MISDEC dan Borderless Resoursec Sdn. Bhd, aku merasakan yang inilah titik "ubah angin" dalam hidup aku

Baru-baru ini juga aku bertemu dengan bekas pensyarah aku sewaktu aku belajar di Politeknik Melaka. Katanya kadang-kala kita perlu melawan arus dalam mencorak masa depan kita. Tak semestinya kita mengikut turutan seperti mengambil diploma, kemudian ijazah dan barulah bekerja.

Sebagai seorang lelaki, aku merasakan tidak jantan jika kita terlalu menurut apa yang disuruh orang. Anak jantan perlulah rebelious. Hanya mat skema, mat bunga dan mat baju batik sahaja masuk UMNO. HAHAHAHA

Kalau jumpa ular dengan mat bunga, sila ketuk kepala mat bunga dulu sampai mati. Baru bunuh ular tu

Lagi 6 bulan lagi sebelum aku menamatkan kursus ini. Niat aku satu sahaja iaitu mahu mengubah nasib diri dan keluarga. Sudah semestinya mahu menjadi Safety and Health Officer (SHO) yang kompeten

Kalau siapa-siapa yang tidak tahu apakah itu SHO, ia merupakan pekerjaan mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. SHO bukan pak guard. Tapi terpulanglah kalau nak samakan dengan pak guard. Yang penting seorang SHO boleh memperoleh gaji yang besar bergantung kepada pengalaman.

Tak perlulah aku cerita apakah itu SHO, kebaikkan menjadinya dan sebagai lagi. Sila usaha sendiri dengan mencari di lebai Google. Jangan jadi anak muda yang poyo sampaikan nak mencari maklumat pun minta disuap.

Berbalik kepada post ini, Sekali lagi aku nasihatkan kepada kawan-kawan diluar sana, kita yang mencorakkan masa depan kita. Kalau daripada sekarang kita malas, jangan nanti bila dah tua menyusahkan orang. Aku nasihatkan lebih baik kau bunuh diri sekarang juga.

Adios

 

5 Julai 2012

Sindrom Penafian

Assalamualaikum! Kabare semua?


Saya menafikan sekeras-kerasnya yang isi kandungan post saya kali ini adalah berkaitan Sindrom Penafian walaupun tajuknya ditaip sebegitu.


Ok, ayat di atas adalah contoh sindrom penafian yang klise. HAHAHAHA

Berbalik kepada tajuk utama, kenapa perlu kita menafikan sesuatu yang benar? Adakah kebenaran itu suatu yang pahit atau suatu yang kelat seperti jadam? Ramai di antara kita yang acapkali menafikan atau dalam erti kata lain menidakkan sesuatu padahal ia nya benar.


  “Bercakap benarlah walaupun pahit” 

dan 

“bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan). 
Hadis Rasulullah s.a.w



Sebaliknya, kita sering menuding jari ke tempat lain semata-mata mahu mengelakkan beban itu.

Misalnya, 

Pasukan bola sepak bawah 22 tahun kita kalah kepada Myanmar 2-1. Meskipun salah mereka menurunkan pemain lebih daripada umur yang dibenarkan, namun kita sebenarnya meNAFIkan yang pasukan kita sebenarnya banyak yang kurang.

Ataupun,

Seorang bekas pakwe mahu rujuk semula bekas aweknya. Apabila diberi alasan mengapa dia meninggalkan aweknya, dia menjawab kawan-kawannya yang mempengaruhinya supaya meninggalkan aweknya itu.





Sesungguhnya, orang yang hidup dalam penafian akan mencari jalan menipu demi mengaburi mata orang lain. Akan mencari jalan belakang semata-mata untuk hidup. Akan selalu mencari topeng untuk menutup kebenaran. Lebih lagi, mereka akan mencari orang lain untuk dijadikan kambing hitam bagi melepaskan diri. Kita harus berwaspada

Sila perhatikan betul-betul, ini bukan Batman





22 Jun 2012

Dengki

(based on true story)

Rumah Pak Mat sejak seminggu dua ini sungguh meriah. Masakan tidak, dia bakal menerima menantu baru. Segala persiapan telah disediakan. Bahan basah, khemah, pelamin bahkan katil pengantin bersaiz "Queen" dan mampu menyerap bunyi buatan King Coil juga telah dibelinya.

Sampailah kepada perkara paling penting sekali, iaitu memasak juadah. Memandangkan ini kali pertama Pak Mat menyambut menantu, maka dalam hal ini dia amatlah bebal sekali. Lalu dirujuk permasalahan ini kepada abangnya, Pak Din

"Aku rasa, lebih baik kita ambil Wak Rahim, tukang masak kat kampung kita tu. Lagipun kau baru sahaja duduk di sini, tak kenal semua orang lagi. Silap-silap tukang masak kat sini bodohkan kau pula" ujar Pak Din


Hakikatnya, Pak Mat yang merupakan pegawai polis pangkat sarjan baru sahaja pencen dan rumah yang didudukinya sekarang baru sahaja dibina. Selama ini, dia hanya tinggal di berek polis sahaja


Pak Mat tiada pilihan lain melainkan bersetuju dengan nasihat abangnya itu. Setelah mendapat kata sepakat dengan Wak Rahim Tukang Masak, maka ditetapkan tarikhnya serta upahnya. 


Dipendekkan cerita...


Malam sebelum kenduri kahwin itu sungguh-sungguh meriah. Adik beradik, anak buah, saudara mara Pak Mat saling bekerjasama membantu menjayakan kenduri itu.


Di satu khemah, kelihatan periuk-periuk besar dan kuali besar diisi minyak. Nampaknya khemah itu merupakan khemah masak lauk. Wak Rahim dengan pembantunya, Jamal sedang menggoreng ayam dan sedang memasak nasi.


Masa berlalu, malam pula menjelma. Jamal terasa sesuatu yang tidak kena kepada salah satu kualinya.Pelik, minyak didalam kuali itu langsung tidak mendidih. Jamal cuba menguatkan api namun tidak berhasil


Masa berlalu lagi namun minyak kuali itu masih tidak mendidih. "Ini macam kalau tak didih macam mana nak masak lauk ni? Boleh tak jadi majlis macam ni," fikir Jamal


"Jamal, kenapa?" soal Wak Rahim 
"Wak Rahim, ini ha. Kuali ini dari tadi tak mendidih-didih. Saya dah kuatkan api gas ini. Tak panas-panas juga minyaknya"


Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Wak Rahim segera mengambil sehelai kain. Lalu dibacanya kalimah ALLAH s.w.t dan segera diikat kain itu di salah satu tiang khemah. 


Lama kelamaan, minyak mendidih dan Jamal meneruskan kerjanya seperti  biasa. Namun, Wak Rahim mengingatkan Jamal supaya tidak memberitahu hal ini kepada Pak Mat sehingga tamat kenduri kahwin keesokannya.




*****************************************************

Cerita ini aku dengar dari mulut orang dan aku yakin yang cerita ini adalah benar

Mengikut ceritanya, Pak Mat mengambil tukang masak luar untuk majlisnya. Lantas tukang masak yang asal yakni orang situ tidak suka kerana orang luar masuk kawasannya dan mengambil kerjanya

Lalu, akibat dengki teramat, tukang masak asal itupun mahu mensabotaj kenduri kahwin Pak Mat dengan cara sedemikian. Mujurlah Wak Rahim tahu cara mengatasinya.

Agak menghairankan, sikap dengki sesama kita masih menebal khususnya dikalangan orang melayu. Hanya disebabkan orang lain ambil peluang kita, kita sudah berfikiran bukan-bukan

Apakah kita tidak memikirkan yang mungkin itu bukan rezeki kita. Percayalah yang rezeki itu berada di merata-rata tempat maka carilah dia. Bukan dengan cara sebegini
  

17 April 2012

Ceria

Dengan Muka Yang Riak Lagi Takbur,, Astagfirullah (Sekadar Gambar Hiasan)


Assalamualaikum! Kabare semua?




Spring : Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta


Ku tak tahu mengapa 
Tiba-tiba sahaja 

Di dalam hati ini sering rindu padamu 

Ingin kumeluahkan, tak berdaya 



Ku tahu engkau jua 

Sangat sayang padaku 

Kaupun sering merindu 
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku 
Punya rasa... 



Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu 

Dan tiba-tiba kita jatuh cinta 

Ini semua sudah suratan ilahi 
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan 



Biar... apapun terjadi 

Aku... harap engkau tabah... 

Menerimaku sebagai teman barumu 
Semoga kita saling sayang, bahagia... 



Usahlah engkau pergi 

Semadi di hatiku 

Masih menyayangimu, oh sayangku... 
Bila sehari tak jumpa, aku rindu... 




Ya Allah, jika benar dia diciptakan untukku, dicipta dari rusuk ku, dicipta untuk membahagiakan aku, izinkan lah aku menyayanginya dengan halal, izinkan lah aku memperisterikannya

Ya allah, jika benar aku untuk dia, jadikanlah aku insan yang sentiasa mensyukuri nikmat Mu 

28 Mac 2012

PMK Di Melaka FM

PROMOSI PMK DI MELAKA FMPDFPrintE-mail
Written by Ahmad Syukri Mohamed Yunus   
Monday, 26 March 2012
ImageImage

Melaka Tengah , 21 Mac 2012 – Politeknik Melaka (PMK) telah diberi peluang oleh Melaka FM untuk membuat promosi mengenai peluang kemasukan ke politeknik dan program terbaru yang akan diadakan di PMK dalm slot ‘Memetik Bintang’ pada jam 9.30 malam tadi . PMK telah diwakili oleh En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus selaku Pegawai Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar , Saudara Mohd Azim kamaruddin, Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMK  dan Saudara Noor Ismaputra Samsudin mewakili pelajar yang berada di semester akhir pengajian.

ImageImage
ImageImage

Peluang ini telah digunakan untuk mempromosi dan memperkenalkan Politeknik KPT ke peringkat akar umbi mengenai kemasukan dan peluang melanjutkan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM. Ini bersesuaian dengan pengumuman keputusan SPM yang telah dibuat beberapa jam sebelum itu.

ImageImage
ImageImage

Usaha menyampaikan maklumat secara terus kepada pihak terlibat dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting bagi mengelakkan para pelajar sekolah terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keciciran, sedangkan mereka mempunyai kelayakan untuk membina kerjaya di dalam sistem pengajian di Politeknik KPT. Matlamat berikutnya ialah menjadikan pembinaan modal insan yang cemerlang seperti yang diwar-warkan oleh para pemimpin negara akan tercapai.

ImageImage
ImageImage

Selain daripada itu, kedua-kedua orang pelajar PMK telah menzahirkan rasa bangga kerana menjadi salah seorang daripada warga PMK yang merupakan politeknik yang aktif dari segi kepelbagaian program dan aktiviti yang dianjur dan disertai oleh warga PMK. Budaya sentiasa terlibat dengan kepelbagaian aktiviti ini dapat membentuk sahsiah yang berdaya saing, berkeyakinan tinggi, sentiaa positif dalam perilaku serta dan mempunyai visi dan misi yang jelas dalam kehidupan masing-masing.

ImageImage
ImageImage

PMK juga mempromosikan Program Kempen Belia Siswa Merintis Aspirasi Terunggul (BESMAT 2012) yang akan diadakan pada 26-30 Mac 2012. Pelbagai aktviti seperti kempen derma darah, pameran pelbagai agensi kerajaan dan booth khas untuk khidmat nasihat serta kemudahan online pelajar lepasan SPM memohon secara percuma.

ImageImage
Image

Last Updated ( Tuesday, 27 March 2012 )

23 Mac 2012

21 Mac 2012 : Di Melaka FM




21 Mac 2012, Menghampiri ulangtahun pertama aku kemalangan. Bila difikir kembali aku banyak belajar, banyak insaf, banyak rezeki datang mencurah kepada aku setelah setahun berlalu.

Walaubagaimanapun, aku akan terus maju kehadapan. Tak perlu toleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah

p.s : gambar di atas adalah sewaktu ditemubual oleh radio Melaka FM dalam slot Memetik Bintang, suara aku masuk radio, kau ade??? hahaha

ALHAMDULILLAH

3 Februari 2012

Mesyuarat Tingkap : Perspektif Lelaki

Assalamualaikum! Kabare Semua?


offtopic jap.

Selalunya bila kita sebut "mesyuarat tingkap" ni, siapa yang kita bayangkan dulu? Betul,, perempuan la yang selalu buat mesyuarat tingkap. Memandangkan aku bukan perempuan, tak pastilah apa agenda yang dimasukkan dalam mesyuarat tu. Mungkin mereka berbicara mengenai isu ekonomi semasa kot, atau paling cikai pun mengenai macam mana nak mendirikan sebuah rumah banglo 2 tingkat bermula daripada asas. Tapi mengikut pengalaman aku dan pengakuan daripada perempuan sendiri, tak lain tak bukan pasal cinta la, boifren la. Itu kira agenda utama la. Jangan Marah.. haha

Tapi, jangan tak tau, lelaki pun ada mesyuarat tingkapnya. Tak kiralah lelaki macam mana pun, jenis nyah ke, nerd ke, kaki bola ke semua ada. Mengikut pengamatan aku sebagai lelaki, semua benda dia cerita, dari sekecil benda sampai isu nasional habis dibahas dan diulasnya. Sebab tu lah korang tengok lelaki ini, kalau pergi warung mesti lepak lama punya. Sebab perbahasan tak habis lagi, tak boleh balik la. Haha


Lelaki setiap kali buat mesyuarat tingkap, dia akan dimulakan dengan seorang bercerita tentang apa yang nak diceritakan ataupun seseorang akan menanyakan soalan kepada seseorang bagi mencetuskan perbualan. haha. Selalunya jika bercerita tentang satu isu misalnya bola, lelaki gemar menghabiskan isu tersebut dahulu barulah dia akan sambung dengan isu lain. Lelaki juga hanya akan bertumpu pada seseorang iaitu si tukang karut tersebut sampailah cerita tu setel.

Dan ini akan berterusan dengan setiap isu akan dijuarai oleh orang-orang tertentu. Kiranya setiap isu akan ada tuan pengerusinya tanpa mencampuri isu-isu lain. Sebab itulah lama sangat persidangan. Persidangan Parlimen pun kalau macam ni terpaksa minta tambahan hari untuk bersidang.

Jangan tak tau, walaupun perkara itu nampak remeh, ia akan masuk dalam agenda mesyuarat tingkap lelaki. Misalnya ada si polan ini tudung dia senget, habis jadi bahan utama. Maaf, ini bukan satu cubaan lelaki untuk menfitnah atau mengeji orang lain. Ini sekadar gurauan sahaja.

Bahagian yang paling menarik dalam mesyuarat tingkap lelaki ialah apabila salah seorang dari ahli korum akan membuka cerita esklusif. Selalunya melibatkan diri ahli korum tersebut, mengenai perempuan, rahsia-rahsia gelap dan sebagainya. Biasalah, sebagai manusia kita memang suka benda-benda macam ni.

Sebagai contoh, si A bukak cite yang dia syok pada si B.. ya, nampak remeh tapi bagi lelaki itu adalah esklusif, bak kata Melodi ; Bikin Panas. Selalunya cerita esklusif sebegini meskipun deceritakan kepada ajk mesyuarat (lelaki selalunya gemar bermesyuarat secara berjemaah,, kira ramai la..) namun cerita ini  akan dianggap rahsia penting kerajaan dan tertakluk di dalam Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

Masing-masing tahu tutup dan zip mulut masing-masing. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Selalunya cerita-cerita sebegini bocor kerana ada dua tiga ajk mesyuarat bersikap murai cabut ekor, ertinya suka berceritalah.. ape bangang nau korang ni..

Cerita dan rahsia sebeginilah yang menjadikan persahabatan lelaki lebih bertahan lama, bukan kerana "kau ada rahsia aku, aku ada rahsia kau" tetapi lelaki menghormati privasi orang lain dan hak asasi manusia. Atas dasar hormat-menghormati ni la yang menjadikan pershabatan lelaki itu benar-benar kukuh. Sebenarnya salah satu faktor kenapa ia rahsia sebab lelaki tak nak ego jatuh beb.. Kalau perempuan tau rahsia aku pun kompom air muka jatuh.. hahaha Kalau perempuan tak tau la pula camne. hahahaha

Sepanjang aku hidup ni ada la wat mesyuarat tingkap, selalunya time makan dengan member kelas. Sebab masa tu lah semua ada, semua berkumpul. Lagi satu nak kata pada perempuan jangan fikir kitorang wat mesyuarat tingkap kerjanya dok mengutuk kamu.

Ada masa kitorang ni amek berat gak tau, tapi tak tunjuk je. Misalnya :

"eh, si ****** tu tak datang seminggu dah, aku dengar dia eksiden. btol ke?" ATAU
"Aku dengar si ********** tu mak dia sakit, ye ke?"

ha,, tak caya suda.  ape? ape cerita esklusif yang aku tau? tak boleh der.. ni rahsia tau
hahahaha

p/s : dalam islam ada hadis mengatakan kita boleh mengumpat asalkan umpatan kita itu bertujuan untuk menyedarkan orang itu mengenai perilakunya yang buruk. tetapi adalah lebih baik menegur secara berhadapan. itu akan menjauhkan kita dari fitnah. wallahualam

20 Januari 2012

40 Kesilapan Ibu Bapa

Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat


Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak


Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak


Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak


Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan


Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan


Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak


Kurang melahirkan kasih sayang


Sering mengeluh di hadapan anak-anak


Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah


Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan


Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak


Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak


Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak


Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca


Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal


Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak


Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak


Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak


Tidak menggunakan bahasa yang betul


Suka bertengkar di hadapan anak-anak


Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak


Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat


Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak


Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak


Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak


Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak


Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak


Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak


Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak


Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak


Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak


Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan


Sering mengancam dan menakutkan anak-anak


Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan


Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak


Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak


Tidak tegas mendidik anak-anak


Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali

2 November 2011

Ini Bukan Zaman Berpesta Dan Bergendang

Tiap kali aku meneyeluk dompet di kocekku, aku terpandang gambar keluargaku yang ditangkap sewaktu aku tingkatan 2. Alangkah mudanya masa itu, Dengan wajah yang masih lagi jambu dan baru menginjak ke usia remaja (14 tahun).

Kemudiannya aku membelek kad pengenalanku yang kian lusuh. Terpampang jelas 14 angka pengenalanku yang bermula dengan nombor 91 pada pangkalnya. Alangkah masa itu berlalu dengan pantasnya. Lalu aku terimbau sedikit pada satu bacaan aku di laman blog lain yang agak menarik perhatianku. Ujar si penulis, sesiapa yang lahir pada tahun milenium (2000) kini sudah 11 tahun hidup di muka bumi ini. Mereka yang lahir pada krisis kewangan 1998 sudahpun bersekolah menengah.

Apakah kita mengerti akan situasi di atas? Ya, kita semakin menginjak tua. Masa berlalu tanpa mempedulikan kita yang masih lagi terkapai-kapai bagai tiada arah tuju. Samalah seperti aku. Masih dibuai mimpi enak dan kenangan lampau.

Akhirnya pada tahun ini, aku meraikan dasawarsaku yang ke dua-puluh. Satu pencapaian umur yang boleh dibanggakan kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah s.w.t ini.

Marilah kita renung kembali, sepanjang hayat kita hingga kini apakah yang kita telah lakukan untuk menjamin sinar cahaya masa depan?

Tak ku nafikan, kadangkala perancangan dijana kita namun keputusannya masih hak milik mutlak tuhan. Tak mengapalah, asalkan kita mencuba daripada sekadar duduk membisu.

Kalau kau tanyakan padaku, apa yang kau mahukan selepas ini? Aku akan jawab aku mahukan kehidupan yang lebih baik. Kerana aku telah ditimpa dengan ujian yang membuatkan aku lebih menghargai erti kehidupan. Hakikatnya, mereka yang ditimpa musibah adalah manusia yang terpilih. Kau mungkin tak akan merasai pahitnya atau menceritakan manisnya derita jika kau tak mengalaminya.

Umpama kata pujangga, pengalaman adalah guru yang lebih hebat daripada sejarah. Kerana pengalaman terjadi dengan kita merasainya.

Kau harus ingat, ini bukan zaman bergendang. Ada orang umurnya sudah memasuki jubli intan namun masih terhegeh-hegeh mencari punca. Ingatlah Nabi Muhammad saw pernah bersabda yakni :

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu sihat sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan HIDUP SEBELUM MATI.

Bersenda, bersuka tak salah. Tetapi janganlah hingga melupai apakah asal tujuan kau untuk hidup di muka bumi ini. Ini zaman serius.

16 Oktober 2011

Sekadar Perkongsian..

Berjaya Corporation Berhad adalah salah satu daripada konglomerat di Malaysia dan diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun. Aktiviti utama kumpulan ini termasuklah pelaburan hartanah dan pembangunan, Pengurusan Judi & Lotteri dan Perkongsian Masa-Cuti, Perlancungan , Pengurusan dan Pembangunan Hotel & Resorts.

Untuk makluman, Vincent Tan dengan syarikatnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan. Mereka merupakan pemegang lesen judi antara yang terbesar di negara kita dan sebelum ini mereka berjaya mencipta kontroversi apabila diberikan lesen ‘halal’ oleh pihak kerajaan untuk menjalankan perjudian bola sepak piala dunia secara ‘sah’.
Berjaya Group dan anak-anak syarikatnya

Berjaya Corporation juga memiliki rangkaian kedai @ minimart 24 jam iaitu 7Eleven, di mana salah satu barangan jualan utama di dalam kedai serbaneka tersebut ialah minuman arak. Pekerja di kedai tersebut majoritinya adalah Melayu Islam dan mengikut maklumat dan pengalaman saya yang bertugas mengendalikan kes-kes juvana, ramai anak-anak remaja Melayu Islam yang gemar membeli arak di 7Eleven. Alasan mereka ialah ianya mudah didapati, boleh dibeli pada bila-bila masa, terutamanya selepas jam 12 tengah malam. Adakah saya menyukai Berjaya Corporation dan Vincent Tan? Saya rasa anda semua tahu apa yang saya maksudkan.