Memaparkan catatan dengan label puitis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puitis. Papar semua catatan

23 September 2012

Kembara Cinta

Pada dirinya
Aku mengatakan
"Ya, aku cintaimu sampai langit menjadi ungu"
Tapi kau masih bertanyakan lagi
Erti kasih sayangku

Kemudian kembara ini aku teruskan
Kerana penghujung destinasiku bukanlah kamu
Kerana aku mencari insan yang tidak
Kesetiaan diriku dipersoal

Golongan

Aristokrat itu menjerit minta simpati
Lalu aku terdengar rintihannya :
  - Hari ini monarki mati
  - Hari ini kasta dikebumi

Lalu aristokrat berkuasa seriuh-riuhnya
Rebah ditangan pejuang revolusioner
Kononnya dianggap pencetus
Kononnya perjuang nasib
Tapi lebih penuhkan poket

Pada mereka yang kurang arif
Di tangan dan kaki ada gari
Bebas di mata terkunci di hati
Lantas mengharap budi agamawan
Sedang mereka derhaka pada iman

Atas asbab inilah aku enggan peduli
Bagiku jika kebebasanku dicengkam
Aku pasti bertempur
Meskipun tanpa dirimu

Mama

Mama, kau baru pulang pagi ini
Aku menanti kepulanganmu mama
Inginku berbual mesra denganmu
Tentang apa yang ku kecapi hari ini
Tapi wajahmu culas membantut niatku

Mama, lihatlah diriku
Anakmu kenyang nafsu
Tapi kontang kasihmu
Mama, kadangkala aku terfikir
Aku berharap aku tak pernah lahir

Mama, sudah tidurkah engkau?
Beban kerjamu menghalang sayangmu
Benar, papa tinggalkan kita
Sekurangnya aku tak rasa terbeban lihat dia

Adakah ini realiti hidup?
Mama, bukalah matamu jika kau sudi
Aku ini hanya si bodoh yang kau tak kenal

Mama, ku tak berniat buat kau menangis
Aku sekadar mahu berkongsi rasa
Teruskan, teruskan tidur mama
Biarkan anakmu ini sendirian
Dalam ketakutan meniti kehidupan

(6 Sept. 2012)



12 September 2012

‎5 HARIBULAN



Syhh, tidurlah sayang
Ya, kau mengigau lagi
Kau mimpi indah sayang, bukan mimpi buruk

Ya, aku tau kau bermimpi 5 haribulanmu

Katamu,
Dalam mimpimu aku gila bayang padamu
Ya sayang, itu dulu
Kini kau didakapan, perlukah aku gila bayang lagi?

Katamu
Dalam mimpimu kau teringat peristiwa masjid
Ketika kau ucap kata cinta
Ah, usah kenang perkara lama!
Nanti anak kita mengata kita tua keladi

Benar, sayang
Aku juga bermimpi 5 haribulan itu
Apa kau ingat aku tak romantis?

Syhh, tidurlah semula sayang
Aku tahu, janji kita
Maka kitalah yang perlu lunaskan
Janganlah lagi bermasam muka
Aku bergurau mengambil hati

Terima kasih sayang, kau masih disini
Ya, maafkan aku
Tampaknya kau sahaja yang tercungap pertahan cinta
Sedang aku sekadar melukut dan meminta maaf

Syhh,, tidurlah semula sayang
Ayuh ku lapik dirimu dengan selimut
Malam ini sejuk
Tapi hangatnya cintamu mengatasi sejukku

(noor ismaputra samsudin : 5 sept. 2012)

17 Julai 2012

Lauk Semalam

Hari itu dapurnya tak berasap
Beras yang mahu dibilas tidak dibuat
Ikan tidak disiang
Sayur tidak dipotong
Kerana masih ada lauk semalam

Semalam emak masak kari ayam,
Lauk kegemaran along
Hasrat hati mahu makan bersama
Apabila dia mendapat panggilan telefon
Along mahu pulang

Disuruhnya ayah menangkap ayam kampung,
Setelah itu emak masak,
Setelah siap emak menunggu,
Menunggu kepulangan anaknya

Hari ini emak masih menunggu
Bersama nasi dan lauk semalam
Walau bagaimanapun aku memujuknya
Jangan tunggu lagi

Jangan diabaikan mereka
Jangan buang mereka
Bila mereka tua
Seperti lauk semalam

2 Julai 2012

Hujan Dunia

Lama sudah kau menyeka air mata,
Basahilah pipimu awan,
Dengan tangisan kepiluan,
Langit seakan berduka,
Kilat seperti murka,
Dengan kejelikan manusia

Luka dunia kian parah,
Unggas mula menyanyi lagu duka,
Mengadunya padaku :
          Kami tak punya apa-apa
          Hijau rimbunan alam bertukar muram
          Kami tak punya tempat berdiam
          Menangis sengsara siang malam

Akar pohon yang dulunya kukuh memasak bumi,
Kulihat kini rapuh mati,
Air matanya memberi sejuta tanda derita,
Lalu berkata :
         Telah diberikan segala kebaikan pada tuan
         Namun aku terus menerus dikecewa

Basuhlah lukamu,
Dengan air hujan,
Langit dan awan turut menangis,
Pada perihal duka dunia

Hari ini hujan turun sayu,
Membasuh luka didunia.


Noor Ismaputra bin Samsudin (15.3.2011)



12 Mei 2012

Tak Seperti Sang Murabbi


Aku selamanya insan musyrik
Jika langsung tak mengerti derita - mahu gembira
Jika sekadar menghirup nanah dosa
Jika menjadi boneka dusta
Jika tak bisa jumpa cahaya

Aku selamanya culas menjadi mukmin,
Bahkan bukanlah diriku itu muslim
Menatang dulang kemewahan
Lantas kelayakan itu  pudar warnanya
Akhirnya memakan diri

Aku selamanya hidup mengambus kebenaran
Mengebumi kenyataan- mencari kepalsuan
Kerana palsu itu satu kenikmatan
Selamanya di didik sedemikian
Hingga seketika – tersedar hati.

Aku selamanya tercari-cari sang murabbi,
Jika tidak menginsafi diri,
Atau tak menjadi mursyid
            - melentur hati
            - mendidik nurani

Aku selamanya insan hina
Jika tidak berubah jiwa
Bercita besar menjadi murabbi
Sedang muslim itu tak mampu kumilik







Lelaki Tua Dan Perjalanannya



Dia lelaki tua dari pengalaman
Jiwanya dimatangkan dugaan
Dengan sekeping azam
Dia tempuh satu perjalanan

Dia lelaki tua dari kehidupan
Dulunya dia culas dalam kematangan
Ketika sengsara menyapa, dia insaf
Lalu dilayarkan bahtera jiwa ke lautan hati

Dia seorang lelaki
Tua kerana masa silamnya 

20 Februari 2012

Esok

Assalamualaikum! Kabare semua?

Tak dinafikan, aku ni jenis manusia yang hidup dalam kenangan. Suka menghargai sesuatu yang lama. Lantas aku teringat tentang sebuah lagu yang sering aku dengar semasa kecil iaitu "Tommorrow" nyanyian Annie.

Kalau sesiapa yang tak tahulagu dia macam mana boleh rujuk di sini

Berikut merupakan lirik lagu tersebut :

 The sun'll come out
Tomorrow
Bet your bottom dollar
That tomorrow
There'll be sun!

Just thinkin' about
Tomorrow
Clears away the cobwebs,
And the sorrow
'Til there's none!

When I'm stuck in a day
That's gray,
And lonely,
I just stick out my chin
And Grin,
And Say,
Oh

The sun'll come out
Tomorrow
So ya gotta hang on
'Til tomorrow
Come what may

Tomorrow!
Tomorrow!
I love ya
Tomorrow!

You're always
A day
A way!

Tomorrow!
Tomorrow!
I love ya
Tomorrow!

You're always
A day
A way!

Tak dapat dinafikan, bagi aku lagu ini seakan memberi harapan kepada sesiapa yang mendengarnya, supaya lebih cekal pada hari ini untuk kesenangan hari esok. Lalu aku pun menulis sebuah puisi setelah menekuni lagu ini

ESOK

Jika benar harapanmu tak kunjung tiba
Mahukah kau menantinya esok
Bersamaku?

Jika benar harimu gelita
Mahukah kau menunggu matahari esok
Menyinari kembali warna hidupmu?

Jika benar semangatmu pudar
Mahukah engkau bertahan denganku?

Sabarlah cuma sedetik lagi
Kita tunggu hari esok

Fikirkan tentang esok
Pabila memikirkan tentang harapan
Pabila hilang hari ini
Pabila gagal hari ini

Bertahanlah demi esok
Jika benar engkau yakin




A.S.A.C

Sendirian di kamar hati,
Inginku nangis,
Namun tangisku lama kering,
Menatap hujan tak berujung,
Seperti ini.

Bukankah aneh,
Mengingatimu membuatku pilu?

Malam kian larut,
Pada ketika aku hanya bisa meringkuk
Dengan air mata

Kiranya takdir kita setakat ini
Maaf ku pohon
Dari detik pertama perkenalan
Hingga saat perpisahan
Maaf jika ku tak bisa melupakanmu
Akan ku paksa diri
Mengunyah hakikat ini

Silapnya
Aku tak berdaya berterang
Kau tak berdaya mentafsir
Aku mengarang puisi indah
Tapi tidak pernah kau membaca

Bintang di langit yang dulunya terang
Kian malap
Kini kusendiri lagi
Sendiri sepanjang hari
Mengharap kasih kembali

Andai ditakdirkan kita bersama semula
Akan ku nanti
Walau beribu tahun lagi
Namun kini
Kisah kita sampai disini

Inilah ingatan dan catatan
Pada kasih tak kesampaian

24 September 2011

Puisi : Sama dan Serupa

Kau dan aku,
Bergandingan menjadi satu,
Sama-sama genggam erat,
Kuat cengkaman terasa di urat.
Tiap kerikil tajam melukakanmu,
Juga ditanggung olehku,
Tiap bahgia yang kau perolehi,
Terasa padaku diseluruh nadi.
Kita dua jiwa,
Namun kita sama,
Kita dua hati,
Serupa tak berbagi.

Puisi : Semalam

Semalam

Akhirnya aku dapati,
Semua terjadi semalam,
Telah kulupai,
Meskipun kurang mengerti.

Kupantaskan langkahku,
Kucuba mengejar kenangan,
Kuhulurkan tangan,
Namun masih pergi bersama angin.

Masihkah kau ingat?
Impian kita bersama,
Berpimpin tangan langkah demi langkah,
Pabila air matamu jatuh,
Kita nyanyi lagu cinta bersama,
Dan semuanya menjadi indah,
Kini suma tinggal derita.
Ketika sedih kuterpandang cahaya,
Membimbing aku yang kegelapan,
Legakan perasaan,
Jangan cepat putus asa,
Legakan perasaan,
Esok hari masih ada.

MAPUT, 11.12.09(12.11 A.M)

15 Mei 2011

Buat Wanita-Wanita Yang Pernah Ku Cinta

Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir

Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu

Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.

Zurinah Hassan



Assalamualaikum. entah mengapa hati aku masa ini sering teringatkan suatu memori. ya, memori indah bersama kalian. wahai wanita-wanita yang pernah kusirami cinta dihatinya, terima kasih pada kalian kerana pernah hadir dalam hati aku.  

Terima kasih kerana kalian pernah membahagiakan aku. terima kasih kerana kalian pernah mencoretkan kenangan terindah buat diriku. aku juga  begitu, berharap agar hadirnya diriku dalam hidup kalian memberi kenangan indah sama seperti apa yang aku rasakan

Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Aku bersyukur kepada Ilahi kerana mempertemukan aku dengan setiap antara kalian. Allah itu Maha Mengasihani kerana dia membenarkan hambanya berkasih-kasihan seperti mana tertulis dalam Al-Quran. akan tetapi Allah juga Maha Mengetahui, kerana Dia begitu tahu apakan sebab perhubungan kita putus ditengah jalan

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana


Ketahuilah aku tidak pernah menyesal, jauh sekali merungut akibat tamparan perasaan yang terkena padaku. walaupun aku seorang lelaki, aku juga manusia, punya rasa sedih dan gembira. dan ketahuilah bahawa aku  juga bencikan perpisahan. satu pendustaan jika seorang lelaki mengaku tidak punya apa rasa tentang perpisahan. mungkin kerana egoku sebagai lelaki, aku sanggup menangis dalam hati .

Maafkan aku Ya Allah sekiranya terkadang dihati ini meragui ketentuan engkau. benar sesekali aku betah bila mana hubungan yang ingin ku kekal hingga ke akhirat tidak seperti yang kumahukan. sesekali aku marah kerana kudratku tidak berdaya menghalang perpisahan biarpun kutatang, kutabur benih cinta namun penghujungnya adalah sengsara.

Namun Engkau lebih Mengetahui akan apa yang Engkau lakukan. bisa jadi hari ini Engkau memberi cinta dalam hati kami berdua dan bisa boleh Engkau menghapuskan dan mencabut rasa sayang antara kami.

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu




"Di pintu gerbang mahligai syahdu"


Buat wanita yang pernah kucintai, tenteramlah kalian dan hiduplah dengan jalan kita. aku yakin dan pasti kekosongan jiwa kalian akan diisi dengan kehadiran insan bernama lelaki yang lebih baik daripada aku. cuma satu kupinta, agar tidak menghapuskan coretan sejarah cinta semasa kita berada dalam sukmanya.

Ketahuilah walaupun ego seorang lelaki itu tinggi, namun di sudut hatinya tak pernah sekali-kali menyalahkan dan membenci wanita yang pernah dipujanya. sama seperti aku, tak pernah terbit di hati ini untuk membenci kalian. apatah lagi melupakan memori indah ketika bersama. 

Bagi diriku, biarlah aku meneruskan kembara cinta ini untuk mencari cinta sejati. yang mana aku dambakan cinta yang diredhai, yang mampu membawa ke syurgawi.

Mungkin juga jodoh kita tidak panjang di dunia tapi percayalah, di syurga kita akan berjumpa.





Barangkali di suatu masa nanti,
kita bersama bersuka di langit,
merenungi hati,
antara kita,
buat selamanya

Ismaputra Samsudin

 


31 Disember 2010

Puisi : 2 Jam Sebelum 2011

Selamat tinggal 2010,
banyak kupelajari darimu,
ku kenal bahagia,
ku kenal derita,
ku cipta cerita,
ku buat cereka,
Kisah semalam tinggalkan kita,
sekelip mata sahaja,
seperti semalam baru kita kenal,
kini kau ucap perpisahan
selamat tinggal 2010,

Kau abadi di dalam memori
setiap saat adalah sejarah,
setiap hari adalah kenangan,
kenangan yang mendewasakan
ku lalui ia dengan kemegahan
ku harunginya dengan keinsafan

2011
aku menunggu cabaranmu,
aku menanti ceritamu,
dasawarsa mu penuh misteri
tak siapa tahu.
tuhan yang tahu
selamat datang 2011,
aku tunggu cabaranmu

13 November 2010

Puisi Cinta Tidak Bernama

Aku
tak mahu
melepaskanmu,

Wahai
dewi
kembalilah disisiku
ku rindu belaianmu

Mengapa pantas kita bertemu,
dan pantas berpisah aku dan kamu?
belum sempat ku rasa manisnya
cintamu yang tiada bandingnya

Aku sedih dan kecewa,
hatiku punah dan menderita
berjauhan denganmu buatku sengsara
kembalilah disisiku sayang.

teringat cinta pertama... hahaha

8 Oktober 2010

Puisi Cinta Tidak Bertanda

Hanya cinta,
kuserahkan kepadamu,
rindu hati kepadamu,
tiadaku tenteram,
sukar kawal emosi.


Disini kumenahan kesedihan,
kupendamkan kesengsaraan,
kumahu luahkan,
tapi tak berdaya,
di alam mimpi,
aku sendiri
sukar bersendiri.

Barangkali suatu masa nanti,
kita bersama bersuka dilangit,
menyenuh awan,
merenungi hati,
antara kita,
buat selamanya

30 Ogos 2010

Hawa


Aku mencarimu wahai Hawa..
 
Tidaklah Hawa itu,
Dicipta dari tulang kaki,
Hawa bukannya kuli,
Hamba yang bisa disakiti,
Oleh insan bergelar lelaki.

Tidaklah Hawa itu pula,
Dicipta dari tulang kepala,
Kelak hawa lebih berkuasa,
Dan adam banyak menjadi hawa.

Hawa itu dari tulang rusuk,
Rusuk si Adam,
Kerana rusuk dekat dengan hati,
Tanda hawa perlu disayangi
Kerana rusuk itu bengkok,
Tugas Adamlah yang meluruskannya,
Dengan kelembutan tanpa paksaan

(ismaputra : 26 April 2009)


Tenang Di Hati


Bagaikan semalam kurasakan,
kau ucap perpisahan,
rupanya hanya kenangan.

Berkali-kali,
ku salahkan diri,

Ada ketikanya,
mahu bertemu semula,
mahu berbicara mesra,
membisik kata cinta.

Lama-lama,
kurasa sakitku terubat,
kumulai terima hakikat,
kau aku tiada ikatan.

Rasa aman kembali,
aku tenang kini,
dalam jiwa dan hati.

Saya Budak Baru Belajar...

Buah cempedak diluau pagau,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajau,
kalau salah tolong lempangkan.

Hahaha, kepada kawan-kawan sama ada yang saya kenal atau tidak (kalau tak kenal camne dikatanya, kawan? betol tak?)

Berikan lah komen ikhlas terhadap blog  saya ni, untuk memantapkan lagi blog ini.. kadang-kadang kena ade org ketuk kepala kita dulu baru lah kita jalan dgn lurus