Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
tugasan anda.
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
secara langsung dan berterus-terang
Memaparkan catatan dengan label engineering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label engineering. Papar semua catatan
20 Januari 2012
Rahsia Disukai Orang
24 September 2011
Koleksi Kertas Peperiksaan Politeknik PSAS
6 Oktober 2010
Sistem Pengesan Automatik
Sistem Pengesanan Automatik merupakan salah satu kaedah di dalam Sistem Kawalan Kebakaran Automatik. Ini kerana sistem ini akan bertindak secara automatik jika ia mengesan sesuatu yang akan mengakibatkan kebakaran seperti asap, haba dan lain-lain. Terdapat dua jenis Sistem Pengesanan Automatik iaitu :
· Sistem Pengesan Haba Automatik
· Sistem Pengesan Asap Automatik
I. Pengesan Haba ‘DIMAC’
Apabila berlaku kebakaran dimana suhu di dalam bangunan atau kawasan meningkatdi dalam lingkungan 49°C hingga 144°C, maka fius penyambung akan putus dan akan menyebabkan loceng amaran berbunyi. Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam litar di mana sebelum dan sewaktu kebakaran berlaku.
Sistem Penyedutan Asap
1. Latar Belakang dan Sejarah Pembuatan
Pada tahun 1970,sebuah pasukan penyelidik di Australia telah membuat satu kajian tentang kebakaran hutan yang telah berlaku.Oleh yang demikian ketua jabatan di Australia telah mengajak pasukan penyelidik ini untuk menyiasat mengenai teknologi bagi menghalang kebakaran.Setelah kajian itu dilakukn,terciptalah sebuah alat pengesan asap bagi menghalang dari berlaku kebakaran.
1. Cara Pengoperasian Sstem Pengesan Asap
Sebuah pengesan asap terdiri daripada unit pengesan yang akan menarik udara dari rangkaian paip untuk mengesan asap.Ruangan di dalam alat pengesan itu mampu mengesan kewujudan zarah-zarah asap yang ada di udara. Dalam kebanyakan kes alat pengesan asap memerlukan suatu unit kipas untuk menarik zarah-zarah yang aktif dari kawasan yang dilindungi melalui rangkaian paip.Alat pengesan asap ini sangat sensitif kepada zarah-zarah asap yang ada pada sesuatu ruang atau tempat.Alat ini dapat mengesan asap lebih pantas dari mata kasar manusia.
1. Kebaikan dan Keburukan
Alat pengesan asap ini tidak sesuai digunakan pada ruangan atau tempat yang mempunyai persekitaran yang tidak stabil seperti di bilik merokok kerana pelbagai saiz zarah yang akan dapat di kesan.Walaupun begitu,ia tidak bermakna bahawa alat ini tidak boleh digunakan di kawasan atau tempat yang berdebu atau kotor yang boleh menganggu alat ini mengesan asap.Alat pengesan asap sangat sesuai ditempatkan di kawasan atau ruang yang mempunyai persekitaran yang bersih,ruangan yang mengandungi bahan mudah terbakar seperti tembakau,gas dan bilik elektronik di mana alat ini dapat mengesan asap dengan mudah,cepat dan berkesan.
Pintu rintangan api
Pintu rintangan api adalah pintu mempunyai darjah ketahanan api minimum tidak kurang dari setengah (1/2) jam mengikut standard yang diuji. Ribet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu mengikut mana yang berkenaan tidak kurang daripada 18mm. Engsel-engsel yang dipasang pada pintu hendaklah mempunyai takat lebur tidak kurang dari 800Âșc. Tambahan lagi, pintu itu boleh tertutup sendiri.Tujuan diadakan pintu rintangan api selain dari kegunaan biasa, ia digunakan untuk menahan kemerebakan api dan asap dari tempat bermula kebakaran ke bahagian lain dalam bangunan. Melindungi lubang terlindung daripada kemerebakan api dan asap secara menegak. Terdapat beberapa contoh Ujian Pintu Rintangan Api yang digunakan antaranya ialah :
I. Ujian Stabiliti
· Untuk menentukan pintu rintangan api masih kekal berdiri semasa diuji.
II. Ujian Intergriti
· Bagi menentukan samaada terdapat sebarang kebocoran/keretakan yang
boleh merebakan kebakaran & asap.
III. Ujian Insulisi
· Untuk menentukan semua pintu rintangan api berupaya menyekat/menghalang pengaliran haba yang kuat.
Lampu Kecemasan (Emergency Light)
Lampu kecemasan ialah sebuah lampu yang akan menyala dengan automatik apabila system elektrik sesebuah bangunan itu gagal atau kehilangan kuasa elektrik. Ia mendapat tenaga elektrik daripada bateri yang telah dipasangkan kepadanya. Lampu kecemasan amat sesuai digunakan di bangunan komersial dan bangunan yang mempunyai ramai orang seperti bangunan sekolah, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah. Pada masa kini, banyak bangunan telah menggunakan lampu kecemasan. Antara model terawal bagi lampu kecemasan ialah ‘incandescent light bulbs’ yang akan menyala apabila bangunan kehilangan kuasa tetapi, nyalaanya malap. Oleh itu, lampu kecemasan yang dihasilkan selepas itu memfokuskan kepada nyalaan yang terang dan tahan lama. Lampu kecemasan yang moden mempunyai ‘halogen’ dan ‘lumen’ yang tinggi yang akan menerangi kawasan yang agak luas. Sistem kuasa daripada bateri selalunya menggunakan cecair ‘lead acids’ yang boleh menyimpan sehingga 120 volt.Pada masa kini, telah banyak lampu kecemasan moden dipasang di dalam bangunan. Kebanyakkannya menggunakan LED (light emitting diodes). Ia biasanya menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lampu kecemasan yang lama iaitu sekitar 6-12 volt. Hal ini akan dapat mengecilkan saiz bateri yang diperlukan dan mengurangkan beban ke atas lampu tersebut. Bateri bagi lampu kecemasan moden biasanya dihasilkan dari ‘lead calcium’ dan boleh bertahan sehingga 10 tahun dengan caj yang berterusan. Papan tanda ‘KELUAR’ atau ‘EXIT’ selalu dipasang di setiap penjuru bangunan bersama lampu kecemasan.
Langgan:
Catatan (Atom)