6 Oktober 2010

Lampu Kecemasan (Emergency Light)

Lampu kecemasan ialah sebuah lampu yang akan menyala dengan automatik apabila system elektrik sesebuah bangunan itu gagal atau kehilangan kuasa elektrik. Ia mendapat tenaga elektrik daripada bateri yang telah dipasangkan kepadanya. Lampu kecemasan amat sesuai digunakan di bangunan komersial dan bangunan yang mempunyai ramai orang seperti bangunan sekolah, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah. Pada masa kini, banyak bangunan telah menggunakan lampu kecemasan. Antara model terawal bagi lampu kecemasan ialah ‘incandescent light bulbs’ yang akan menyala apabila bangunan kehilangan kuasa tetapi, nyalaanya malap. Oleh itu, lampu kecemasan yang dihasilkan selepas itu memfokuskan kepada nyalaan yang terang dan tahan lama. Lampu kecemasan yang moden mempunyai ‘halogen’ dan ‘lumen’ yang tinggi yang akan menerangi kawasan yang agak luas. Sistem kuasa daripada bateri selalunya menggunakan cecair ‘lead acids’ yang boleh menyimpan sehingga 120 volt.Pada masa kini, telah banyak lampu kecemasan moden dipasang di dalam bangunan. Kebanyakkannya menggunakan LED (light emitting diodes). Ia biasanya menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lampu kecemasan yang lama iaitu sekitar 6-12 volt. Hal ini akan dapat mengecilkan saiz bateri yang diperlukan dan mengurangkan beban ke atas lampu tersebut. Bateri bagi lampu kecemasan moden biasanya dihasilkan dari ‘lead calcium’ dan boleh bertahan sehingga 10 tahun dengan caj yang berterusan. Papan tanda ‘KELUAR’ atau ‘EXIT’ selalu dipasang di setiap penjuru bangunan bersama lampu kecemasan.

Tiada ulasan: