6 Oktober 2010

politik 1

Apabila kita menyebut mengenai politik, perkara pertama yang terlintas difikiran kita pastinya mengenai parti politik. Perkara ini tidak salah, tetapi kita perlulah meluaskan skop pandangan kita ke arah yang lebih besar lagi. Politik bukan hanya parti politik sahaja, ia merupakan satu sistem pentadbiran.Kehidupan manusia yang bermasyarakat membuatkan wujudnya suatu sistem yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin dipilih daripada mereka-mereka yang dianggap layak memimpin berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu manakala orang yang dipimpin mestilah mengikut perintah pemimpin. Ini adalah asas kepada sistem  politik yang kian berkembang pada masa kini.
Pandangan sinis terhadap politik dengan mengganggap ia sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Natijahnya,  pelbagai komen atau  tanggapan buruk terhasil. Misalnya, Semasa pemerintahan kerajaan Melayu Metaka dahulu, sistem pemerintahan beraja telah diterima pakai oleh masyarakat ketika itu.
Sultan berkuasa penuh ke atas rakyatnya. Buat beberapa lama pemeritahan beraja itu telah sebati dengan orang-orang Melayu ketika itu. Sistem itu seperti telah menjadi aturan agama kepada mereka, sehingga merasakan seperti melakukan satu dosa untuk mengubahnya. Ketika itu rakyat hanya tahu, politik hanyalah pemerintahan beraja saja. Sekalipun Hang Jebat menentang raja kerana raja tidak berlaku adil kepada sahabatnya Hang Tuah, tetapi Hang Jebat tetap dianggap bersalah oleh dirinya sendiri dan rakyat ketika itu kerana sistem beraja seperti telah menjadi satu ketetapan agama kepada mereka. Kalaulah ketika itu Hang Jebat mendapat kefahaman yang jelas tentang politik, tentulah beliau dengan cepat menukar sistem beraja ketika itu kepada pemerintahan corak lain seperti corak republik.
Kepelbagaian sistem politik memberi pelbagai warna didalam pentadbiran. Disini perlunya kita memilih sistem manakah yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat memimpin sesebuah organisasi dengan bagus di samping mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Tiada ulasan: