6 Oktober 2010

politik 3( kapitalisme)

1 KAPITALISME
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme.   Kapitalisme di Eropah bermula pada kurun ke 13 melalui penerokaan, eksploitasi dan penjajahan negara lain. Revolusi Industri yang berlaku di United Kingdom merancakkan lagi sistem kapitalis. Malah, gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh Zaman Pembaharuan Eropah  (Renaissance).
A.   Membeli, Menjual, Bekerja dan Menggaji
Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations. Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal.
Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.
Ini bertentangan dengan konsep Islam kerana sistem Kapitalis mementingkan keuntungan daripada segalanya. Maka pelbagai unsur buruk seperti  penipuan, riba, mengurangkan timbangan dan sebagainya. Juga sistem penghambaan dijalankan tanpa memberi gaji atau upah kepada mereka. Sedangkan di dalam Islam hak dan kesamarataan diantara kaum muslim.

Tiada ulasan: