6 Oktober 2010

politik 2

DEFINISI POLITIK DAN JENIS-JENISNYA
1.0 DEFINISI POLITIK
Politik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Polis yang membawa maksud bandar. Di dalam Bahasa Arab, ia dipanggil Siyasah. Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah, iaitu ilmu tata negara. Menurut Zainal Abidin Ahmad, Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Dr Yusoff Al-Qardhawi dalam bukunya, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah mengatakan bahawa politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sahsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 80 yang mafhumnya :

 "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong."

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an". Menurut seorang sarjana dan ulama terkemuka Islam Imam Ghazali, beliau mengatakan politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka didunia dan akhirat.
 Mengikut Hendry Adams, seorang orientalis Barat, beliau mentakrifkan politik sebagai “Politics as a practice,  whatever its profession;   has always been  the systematic organisation of hatred.”  Maksudnya ialah politik ialah satu latihan. Walau apapun profesionnya, selalu dijadikan sistem organisasi yang penuh dengan kebencian. Pandangan ini ternyata salah kerana jika ada prinsip agama dan keseimbangan dalam kehidupan, maka sistem politik itu dianggap bukan satu kebencian tetapi suatu rahmat.

Tiada ulasan: