(Tulisan dibawah bukanlah ditulis oleh aku, cuma aku ingin berkongsi apa yang aku baca kepada korang. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari website ini :
teh tarik gelas besar)
*********************************************************
Aku tau ni entry basi - berulang-ulang kali. Bukan malas nak tulis -
sekadar mengingatkan. Sempena budak-budak dapat result UiTM hari ni -
kalau yang baca tu - sila fikir-fikirkan supaya tidak menjadi bunian
Ireland - nak jadi St Patrick boleh - kahkahkah!
Seorang
leprechaun (orang bunian di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia
berjalan,tiba-tiba dia ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh -
tetapi ia sangat berkilau dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya
bakal berubah bila dia mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan
yang jauh - dan terus berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas -
dia terus berjalan tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat
ianya semakin berkilauan - cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat
leprechaun itu.Setelah menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia
tiba dihujung pelangi dan seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya
seguni emping jagung.
Hari ini,ribuan anak muda di seluruh
Malaysia ingin melebarkan Lebensraum mereka(lebensraum in
German:ruang),dan demi meluaskan ruang untuk mereka hidup dengan hati
yang senang dan tenang,ada yang ingin melanjutkan pelajaran di IPTA,ada
yang ingin berniaga dan ada yang tidak mempunyai ruang dalam masyarakat -
ditolak tepi dalam kehidupan,terpaksa hidup dalam ruang yang dalam
kegelapan.Tetapi fokus saya hari ini adalah kepada mereka yang
melanjutkan pelajaran di IPTA.
Wajib kepada semua anak yang
berusia seawal 6 tahun untuk ke tadika.Usia 7 tahun mak ayah wajib beli
baju sekolah dan beg sekolah serta buku tulis untuk anak pergi ke
sekolah.Jadi dari sini segala-galanya bermula - cita-cita anak muda
untuk menjadi apa yang dicita.Ada yang nak jadi polis,ada yang nak jadi
bomba,ada yang nak jadi doktor.Dari situ perasaan untuk melebarkan
lebensraum disemaikan kepada anak-anak.Lalu di dalam kelas diajar A,B,C
dan 1,2,3 dan seterusnya.Kemudian bermulalah satu racun yang disuntik di
dalam minda anak-anak kecil - "abah,abah,Along periksa nombor
satu!".Mula timbul sifat "siapa dapat dia punya".Jadi,setiap kali dalam
peperiksaan - siapa dapat nombor satu disorakkan.Tidak ada "kekitaan"
tapi "keakuan".Bila ada nombor satu pasti akan ada nombor paling
last.Semasa saya darjah dua dahulu siapa periksa nombor last kena henjut
ketampi depan kawan-kawan.Saya tidak pernah dapat nombor last - tapi
sepupu saya pernah.Dia digelak oleh kawan-kawan dan dia malu.Sebab itu
dia rasa selama ini dia belajar tidak dihargai,dia tidak dimahukan di
dalam sekolah.Sejak itu dia benci sekolah.
Balik semula kepada
cerita yang dihadapi anak muda ini.Bagi yang nombor satu,cikgu akan
selalu senyum kepada anak murid itu.Kadang-kadang diberi tanggungjawab
seperti ketua darjah ataupun paling cipan pun,"tukang angkat buku".Saya
pelajar tidak di atas dan tidak dibawah - tengah-tengah.Jadi layanan
cikgu terhadap saya tidaklah terlalu girang dan manja tapi tidak terlalu
diktator seolah-olah saya ini bekas tahanan Kamunting.Dan bagi yang
nombor satu - disini bermula satu pemikiran yang dipupuk di dalam bilik
darjah - siapa nak jadi bagus kena jadi balachi cikgu.Siapa nak jadi
hebat kena angkat buku sekolah cikgu.Dari sini budaya membodek dan
mengipas punggung bermula.
Pangkat di sekolah rendah mungkin
ketua darjah,penolong,bendahari - paling cool pun pengawas sebab baju
dia warna lain.Jadi sudah diajar di dalam sekolah - pengawas adalah
pembantu guru di sekolah.Bagi anti establishment macam saya - pengawas
adalah balachi kepada cikgu disekolah - sama macam polis dan tentera
untuk kerajaan negara(mana-mana negaralah,semua samalah!).Jadi dalam
usaha penglebaran lebensraum di kalangan anak muda diteruskan lagi ke
peringkat sekolah menengah.Sifat yang diajar di sekolah rendah - siapa
cepat dia dapat,siapa nombor satu dia hebat masih diajar dengan penuh
intensif.Tetapi pada sekolah menengah saingannya lebih hebat
lagi.Saingan bukan sahaja dari segi akademik tetapi penampilan.Jika di
sekolah dahulu "siapa pandai orang kagum" - kalau mamat tu pandai maka
ramailah awek yang mengelilinginya - tapi naik sekolah menengah,pandai
sahaja tidak mencukupi.Perlu ada pakej-pakej lain.Ada perempuan suka
lelaki yang kasar - anti-establishment,yang melawan cikgu - ini
cool.Tapi ada juga perempuan yang suka kepada establishment - lelaki
yang jadi pengawas yang sentiasa necktienya kemas - dan selalu tolong
angkat cikgu buku sekolah.Yang ni pun ada.Ada di sekolah saya dahulu -
cukup ramai pelajar perempuan jatuh hati kepada seorang pengawas pakai
songkok cermin mata tebal yang baca doa.Aku panggil dia Abang Baca Doa
Kat Perhimpunan je lah.Dan Abang Baca Doa ni sentiasa disuruh baca doa
atau menyanyi lagu nasyid untuk meruntun hati-hati awek-awek tudung
labuh di sekolah.
Perspektif lebensraum di sekolah menengah sudah
semakin besar.Ada yang target untuk dapat awek paling cun di
sekolah,ada yang target dapat 15A dalam SPM,ada yang mahu jadi budak
paling gengster di sekolah dan ada yang nak jadi atlet sukan terbaik di
sekolah.Macam-macam.Dan apabila musim peperiksaan maka semua orang pun
cuba untuk cemerlang dalam exam.Nota disalin,buku dibaca.Cikgu
tulis,kita copy balik.Cikgu cakap,kita dengar.Lama kelamaan kita sudah
tak berminat untuk belajar dapatkan ilmu,kita hanya mahukan soalan
ramalan untuk SPM tahun ini.Maka ramailah cikgu-cikgu menjadi
Nostradamus atau Pak Belalang untuk memastikan anak murid mereka
mendengar kata mereka.Dengan harapan bila soalan ramalannya
tepat,ramailah anak murid berkata "cikgu ni baguslah!".
Maka
sesudah SPM,kesemua "mesin-mesin Xerox" ini pun keluar dari
sekolah.Siapa tak pandai tiru cikgu bersedialah untuk kerja kat
Tesco.Paling best pun kerja jadi posmen.Bagi "mesin-mesin Xerox" yang
okay sikit - rumah mereka mula dihujani surat-surat kolej dari IPTS
dengan harapan bolehlah berniaga sekeping kertas bernama diploma.Ada
yang mahu terus stay di sekolah.Ada yang mahu ke politeknik,dan ada yang
nak terus kahwin.Mesin-mesin Xerox yang cemerlang akan mula menghantar
surat pemohonan di IPTA.Mesin-mesin Xerox yang mencetak dengan
"spotless" - yang ni dapatlah biasiswa dari kerajaan untuk dihantar di
New York,Ireland,Canada mahupun India.Tapi kadang-kadang mesin Xerox
buatan sini bila keluar - mereka tak boleh berjalan sebab di sana
pelajar belajar - bukan cetak balik tulisan cikgu.Tu sampai ada yang
jadi pelacur sebab nak sara diri.
Maka,pelajar Xerox di IPTA pun
bermulalah hidup baru mereka setiap bulan Julai.Ada yang excited dapat
jumpa kawan baru,ada yang target nak cari awek baru - awek kat sekolah
dah tak best,ada yang fikir nak buat business dalam kampus - jual nasi
lemak,hot dog dan ada yang terus mahu menjadi pengipas punggung - kali
ini dengan lecturer.Maka minggu pertama - Minggu Suaikenal sebenarnya
adalah minggu Pembodohan secara intensif.Pembodohan ini bermula apabila
kita diajar tentang birokrasi "dik,nak isi borang asrama kat kaunter
sana,dik,nak isi borang mohon PTPTN kena pergi bangunan sebelah".Dan
minggu Suaikenal ataupun Pembodohan secara Intensif ini berterusan
dengan beberapa abang atau kakak senior cuba nak jadi Ketua Pemuda Parti
Keris.Maka sepanjang minggu Pembodohan itu diisi dengan
senamrobik,birokrasi,senamrobik,birokrasi,jerit pekik bakal Ketua Pemuda
dan akhir sekali - tidur akibat kepenatan.
Selepas minggu itu -
bermulalah pembelajaran di kampus.Dan bermulalah rutin harian seorang
mesin Xerox yang berjaya - tulis apa yang lecturer tulis balik.Tapi kali
ni tambah sikit apa yang dipanggil sebagai "assignment" - yang akan
diberi dateline untuk disiapkan.Dan dari sini mereka ini diajar - bos
bagi kerja lu kena siapkan.Lu tak payah fikir benda lain.Lu kena jadi
hamba sistem.Kalau tak - gua barred lu dari exam.
Dan minggu
mendapat PTPTN pun bermula.Sorak-sorai dan gembira seolah-olah macam
pekebun Felda dapat bonus bila Najib umum suntikan ekonomi.Ramai yang
beli motor,dari makan megi bila dapat PTPTN pergi makan McD,masa ni lah
awek bersepah untuk dibelanja dan excited kerana first time pegang duit
ribu-ribu.Padahal pinjam je - teknikalnya pinjam,tapi sebenarnya tu duit
rakyat.Duit tu hak kita tapi dipinjamkan sebab tak bestlah kalau
menteri tak kaya.
Maka pengXeroxan pun berterusan.Assignment
diberi,nota diberi,buku disuruh cari dalam perpustakaan - kalau buat
assignment kena ada ciri-ciri kritiria yang lecturer nak - kalau tak -
dapat F lah anda.Maka kita pun buat assignment macam lecturer nak
padahal kita ada idea yang lebih kreatif tetapi ianya bertentangan
dengan pemikiran arus perdana - maka tak dibolehkan.Kena ikut arus
perdana - kalau tak kena AUKU.
Apabila selepas cepat masa berlalu
- ada yang 3 ada yang 4 tahun - maka mereka pun diberi jubah dan topi
petak untuk mendapatkan sekeping kertas yang mengatakan
"Saya adalah Pelajar yang Diajar untuk Akur Dengan Sistem,Dan Dengan Kertas Ini Saya Layak Mendapat Kerja".Maka
berlambaklah kertas-kertas ini dicetak - begitu juga dengan lambakan
mesin Xerox ini.Bersoraklah mereka - akhirnya cita-cita dari sekolah
rendah dapat dicapai juga.Mak ayah meleleh air mata gembira,sambil tu
boleh kenal-kenal dengan bakal menantu.
Kemudian lebensraum
mereka berubah.Ada yang nak beli kereta,nak kahwin dan beli rumah.Awek
dah dijumpai satu kampus - ada juga yang jumpa dalam Myspace atau
Facebook.Akhirnya berkahwin dan jemputlah kawan-kawan satu sekolah dan
satu kampus.
Selepas berkahwin - bermulalah satu kehidupan
sebagai "hamba sistem" yang akur dengan kedunguan.Bangun pagi pukul 6
pagi - keluar lambat traffic jam.Dua jam duduk dalam kereta dengar DJ
Overrated membebel dalam Hot FM.Sakit kepala orang belakang
hon-hon.Lepas tu sampai office bos bagi taklimat.Blah blah blah sales
target blah blah blah appointment dengan Datuk Razali blah blah blah
profit tahun ni perlu dipertingkatkan blah blah blah.Sampai lambat kerja
kena maki.Balik rumah bini bebel "ni balik lambat ni mesti ada skandal
ni!".Nak buat tuntutan biologi pun tak larat - asyik penat balik
kerja,balik rumah tengok bini muka tension.Maka budaya kebodohan ini
digambarkan dengan penuh bergaya dalam siri Cerekarama ataupun
drama-drama di Astro Ria.
TV1 - siapa tengok tv ni,wujud lagi ke?Dan
aku pernah berkata - kalau dalam sistem ini - tak kisahlah pangkat
degree atau master PhD pun,kalau nko kuli - nko kena dengar cakap boss
nko - walaupun boss nko dungu macam George Bush.Maka dari kecil
cita-cita nak dapat kerja best - akhirnya jadi hamba sistem.Tapi oleh
kerana desakan kehidupan - kena beli tv,beli perabot,beli blender,beli
dapur,beli beras - semuanya kena beli - kenalah terus menghambakan
diri.Anak pertama,anak kedua anak ketiga mula lahir.Kena beli baju untuk
anak,permainan Transformers atau Barbie Doll untuk anak.Bila dah besar
kena beli baju sekolah,beg sekolah - putaran penghambaan berterusan.Dari
datuk ke bapak ke anak ke cucu dan berterusan.
Bila usia sudah
tua - mula rasa menyesal."Alaa dulu masa muda tak dapat buat benda
best-best sebab kerja je".Jadi jangkahayat anda berakhir di kerusi roda
dengan tangan yang bergoyang serta lutut yang kendur - lupakan saja nak
jadi Skateboarder Extreme.Hidup anda tidak bermakna lagi.Anak-anak sudah
besar,sibuk bekerja,lalu lupakan anda - hidup keseorangan menunggu
ajal.Tapi ada anak-anak yang concern - tapi concern tu concern lah.Dah
banyak masa dibuang tapi kita tak dapat fikirkan apa sebenarnya
cita-cita kita masa di bangku sekolah dulu.
Dari kecil kita
diajar untuk mengikut sistem penghambaan secara intensif ini.Siapa jadi
hamba paling setia dia yang paling baik.Untuk menambahkan aksesori
seorang "hamba sistem" yang baik dan berjaya,kereta besar atau rumah
besar menjadi rebutan.Untuk lebih berjaya menjadi hamba
sistem,pembodekan dan pengipasan punggung perlu dilakukan.Buat kerja
mengikut arahan - pasaran.Tiada kreativiti.Tiada demokrasi - yang ada
cuma angan-angan dan mimpi.
Seorang leprechaun (orang bunian
di Ireland) berjalan di atas awan.Sedang dia berjalan,tiba-tiba dia
ternampak seguni emas di hujung pelangi.Jauh - tetapi ia sangat berkilau
dan memukau.Leprechaun ini merasakan hidupnya bakal berubah bila dia
mendapatkan emas itu.Dia pun memulakan perjalanan yang jauh - dan terus
berjalan - tak kira siang,malam,hujan dan panas - dia terus berjalan
tanpa rasa ragu dengan harapannya.Semakin dekat ianya semakin berkilauan
- cahayanya bergemerlapan - makin bersemangat leprechaun itu.Setelah
menempuh perjalanan yang sukar - akhirnya dia tiba dihujung pelangi dan
seguni emas yang berkilau itu sebenarnya hanya seguni emping jagung.
Leprechaun
itu terus hidup hampa dengan fantamorgana yang dilihat.Hari ini -
leprechaun itu setiap hari membarisi lebuhraya-lebuhraya di seluruh
bandaraya di dunia - dan dengan tanpa serik leprechaun itu terus
diperbodohkan dengan kilauan emas yang sebenarnya hanya emping jagung.