24 Februari 2012

Matang Bukan Dari Segi Umur

Assalamualaikum! Kabare semua?


Minggu ini (18 Feb 2012 - 26 Feb 2012) adalah minggu cuti pertengahan semester bagi seluruh Politeknik Malaysia. Nama je cuti tapi tak cuti pun. Bebanan projek akhir dengan program JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) merencatkan aktiviti aku dengan keluarga. Cewah.. ayat tak tahan!!

Aku baru sahaja balik dari mesyuarat JPP di kamsis tadi. Kami kena jaga booth di Jom Heboh dari 25 hingga 26 haribulan ini. Adoi, aku tak pernah pergi Jom Heboh ni.. Apa ntah yang bestnya.



Tapi, bukan ini yang aku nak kongsikan.

Aku ini boleh dikatakan sebagai seseorang yang suka memerhati. Jadi bila mesyuarat diadakan aku perhatikan setiap sorang yang hadir itu. Ada yang datang lewat, ada yang berdisiplin,, ada yang endah tak endah dengan apa yang dicakapkan.

Ya, orang-orang ini adalah pemimpin yang korang pilih time pilihanraya.

Maaf cakap la, trend budak IPTA bila mengundi seperti berikut :

1. memula dia akan tengok dan pangkah sapa yang dia kenal
2. Kalau takde yang dia kenal dia akan cari calon yang ada muka. Maksudnya yang lawa dengan hensem je dia pilih
3. Kalau dua-dua pilihan diatas takde atau sudah ditanda, lebihan-lebihan itu akan dipilih berdasarkan one two som atau main pangkah je.


SEDEYYYYYYYYYY


"Terima kasih" lah pada korang yang mengundi orang-orang camni. Sebab korang lah selamanya kita ni dipandang rendah. Kita nak berdiri dan duduk sama tinggi dengan budak universiti.

Tahukah korang budak-budak universiti juga sama umur dengan kita. Ada yang belasan tahun. Tapi mereka ini mindanya matang, mempunyai matlamat sebelum dan sesudah pengajian. Kita lihat bila pilhanraya masing-masing mengeluarkan manifesto yang menyakinkan, unggul dan matang berbanding budak politeknik yang hanya mengeluarkan isu bas tak ada saja..

Ya, mungkin mereka berada di horizon yang luas, kita pula ibarat insan kerdil yang tidak dihiraukan masyarakat.

Tapi, itu adalah persepsi semata-mata. Sebab itulah orang tua-tua cakap, kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..

Bukanlah aku nak mengangkat diorang. Tapi budaya kerja BUDAK POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA amatlah sama iaitu :

1. Bergantung harapan pada pensyarah terutama dalam mencari nota dan soalan periksa. Kadang tu ada nota tak lengkap malas nak cari. Kadang tu dah bagi apa yang masuk dalam periksa tapi masih lagi gagal.

2. Budaya suka menyalahkan orang lain. Misalnya bila tak dapat jawab periksa salahkan kawan sebab tak bagi tiru. Tak independent langsung

3. Lemah dalam Bahasa Inggeris dan softskill.. Bila diajak berinteraksi dengan masyarakat dia segan, turun join program dia malas, bila disuruh berlatih bahasa inggeris dia melenting. Tahukah anda pengambil-pengambil kerja sekrang amat mementingkan bahasa inggeris?

TOLONG PERSETANKAN BAHASA MELAYU BUAT SEMENTARA... SEKALI LAGI BUAT SEMENTARA

*************************************************

Ok, Berbalik kepada cerita mesyuarat tadi. Skrip sama masih berulang. Kadangkala aku rasa menyesal jadi JPP ni. Apakah kematangan yang dahulunya ranum subur kini tiada?

Der, gua dari sem 2 sampai sem 6 JPP der. Semester 2 gua dah pegang jawatan Naib YDP. Jawatan kedua paling tinggi der.

Gua tau mana intan mana kaca. Tapi sori la der gua bukan nak bangga diri. Gua masuk JPP pun sebab gua dah last semester. Gua berharap nak bersama-sama adik-adik semester bawah untuk majukan JPP dengan setitik pengalaman yang gua ada.

TAPI SAYAANGGGGGGGGG
(Sila nyanyi seperti Saleem)

**************************************

Berbalik pada topik kita, matang BUKAN dari segi umur.

Ada orang, umur sudah lanjut tapi masih bertahajud di disko

Ada orang, umur baru belasan tapi kaki masjid

Matang itu SIKAP 
Matang bukan UMUR

Kalau aku tengok orang itu matang, aku akan layan dia seperti seorang dewasa yang mana akulah orang yang akan sanjung dia

Tapi kalau setakat kertas kerja pun nak suruh orang lain buat.. Baik tembak diri sendiri.. Halalalalalalalala 

TAK SALAH kalau kita nak bergurau, bersifat keanakan tetapi berpada-pada la.. Kalau gedik sangat orang bukan sahaja tak suka, tapi menyampah pun ada

Bukanlah mengaku diri ini terbaik, tapi menegur itu perkara mulia,, HALAMAK!!

Macam tadi masa mesyuarat, aku tengok Presiden yang kena buat kerja, dari mencatat kehadiran sampailah tamat program. 

Tapi nak buat macam mana, itulah pemimpin yang anda DAN saya pilih, nak buat macam mana.

Aku pun bukanlah sempurna, tapi kadangkala aku terpikir, ada lagi yang POWER dari aku di luar sana.

Matang itu perilaku, Contoh kalau ko nampak sampah di bilik ko, lantas ko ambil penyapu.. 

ITU TANDANYA MATANG

Tolonglah menjadi matang, matang dalam hidup, kerja, perhubungan dan segalanya

tak rugi jadi matang

Kbai!

Tiada ulasan: