|
Gambar Hiasan : Tiada Kaitan Dengan Sape-Sape |
Assalamualaikum! Kabare semua?
Hari ini aku nak buka topik mengenai "pointer". untuk pengetahuan adik-adik sekolah yang tak tahu apa itu pointer, dia lebih kurang macam keputusan ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun la. kalau dalam keputusan akhir tahun selalunya dia akan diberikan dalam bentuk sebuah buku laporan ataupun slip kertas.
Pastu dalam buku tu ada la markah-markah korang beserta gred dengan nombor yang korang dapat. sama ada warna gred korang banyak biru (gred cemerlang) ke atau banyak merah (gred lemah), itu bukan masalah aku. sape suruh ponteng kelas. sape suruh malas. muahaha
|
Contoh buku repot, dulu buku repot aku, gred semua kaler biru.. |
Ok, kalau di institut pengajian tinggi (politeknik, kolej komuniti, universiti) pun ada sistem peperiksaan cuma dia ada peperiksaan akhir semester. tapi kebaikkannya ialah untuk setiap subjek, pelajar akan diberi kuiz, test, tutorial, tugasan dan sewaktu dengannya sebagai "markah tambahan" yang akan dikira bersama-sama jumlah markah subjek berkenaan yang diperoleh dalam peperiksaan akhir semester (final test)
Ini secara tak langsung memudahkan pelajar terbabit dalam memperoleh keputusan cemerlang. apabila dicampur kedua-duanya. maka terhasillah satu Purata Nilai Mata (PNM) iaitu nilai angka yang menentukan berapa gred yang kita perolehi. nilai angka ini juga diberi "nickname" iaitu "pointer"sebab grednya dikeluarkan dalam bentuk point (angka) dan bukan gred A, B,C,D
|
Jadual Markah |
MISALNYA seseorang itu ambil 3 subjek, bila dicampur kedua-dua markah ini keputusannya
Subjek 1 (90 markah) = 4.00
Subjek 2 (92 markah) = 4.00
Subjek 3 (95 markah) = 4.00
oleh itu, 4.00 + 4.00 + 4.00 = 12.00
12.00 bahagi 3 (sebab ada 3 subjek) = 4.00 pointer DIA DAPAT..
Okay, sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. tapi biarlah aku tanya korang pernah tak dengar ayat camni :
"aku target lulus je, sebab subjek semester ni susah la"
"aku senang je, jangan repeat (ulang semula) sudah le"
"aku dengan pakwe aku dah target, abes blaja terus kawen"
Korang tau tak yang sebenarnya bila korang dah niatkan sesuatu maka itu secara tidak langsung akan menjadi doa.baik ko doakan aku kawin empat lagi bagus. aku pernah dengar ceramah pasal bendalah ini, yang mana penceramah itu cakap :
"Ramai antara kita takut tak lulus periksa sebab takut kena repeat (ulang semula). berapa banyak antara kita yang takut setiap semesternya tidak mendapat cemerlang? tidak dapat Anugerah Ketua Jabatan @ Dekan?"
Kebanyakkan orang begitu skeptikal bila cakap pasal hal ini. ada orang cakap,
pointer tinggi-tinggi pon kalau dah banyak orang dapat tak guna juga,
si Mat tu dulu pointer tinggi tapi sampai sekarang tak dapat keje juga.si Bedul tu walaupun memain banyak jadi orang gak
Itu terserahlah pada korang untuk menilai, bagi aku itu semua rezeki yang sudah tertulis. tetapi adakah selamanya kita nak pointer kita sentiasa rendah? persaingan di ipt kadangkala menyebabkan kita terpaksa berusaha. kalau korang cakap pointer tinggi dah melambak-lambak, bagi aku pointer yang rendah lagi banyak lambak-lambaknya. lagi sedih yang banyak lambak ni anak mim lam alif ya wau.
Anak cina dengan india dan sewaktu dengannya dari hari pertama pendaftaran dan berusaha nak dapatkan keputusan yang bagus tapi mana pergi kita? melepak, buang masa, hujung minggu enjoy dengan kekawan, bercinta bagai nak rak.kalau pegi library pun sebab terpaksa, nak usha awek atau dah takde tempat lain nak lepak. bila time study week bukannya study, kemana ntah aku pun tak tau
Bukan aku tak bagi korang berpoya-poya menikmati hidup, tapi berpada-pada la. limitkan masa, adakan "time management". lagi satu, kurang bergantung kepada pensyarah je semata-mata terutama kepada dak politeknik. aku budak politeknik aku tau le "peel" diorang. sampaikan esaimen pon disuruh lecterur buat jalan keje. padahal ko tak berusaha pon buat. lagi teruk esaimen pun di tiru bulat2x..kalau ye pon "bijak" le sikit tiru tu... kamon la,
Aku menasihati diri aku dan diri korang di luar sana yang pensyarah bukan abang tau kaka kandung yang bisa diperlacurkan diperlakukan sesuka hati. nasib baik lah korang tak dapat pensyaraha macam prof. madya, kalau tanya budak universiti diorang tahu le "peel" mengajarnye..dan lagi satu ubah stail belajar. buat le nota dan buat banyak latihan. kalau kat perpustakaan korang ada koleksi peperiksaan, pinjam buat latihan. jangan pinjam tak pulang-pulangkan!
Aku nak berleter panjang-panjang pun tak guna kalau korang tak insaf. tepuk dada tanya minda
renung-renungkan sampai termenunggg...!!
p.s : bape pointer ko dapat? ha, rahsia.. ? cet.