15 Mei 2011

Ketika Sakaratul Menyapa

Sekadar Gambar Hiasan

Hari ini aku ingin bercerita tentang satu keadaan yang bakal dan pasti ditempuhi oleh setiap hidupan yang bernyawa di dunia ini. hatta benda yang tidak bernyawa pun kadang kala merasa saat ini. contohnya perabot kayu lambat laun akan rosak, dimakan anai-anai dan sebagainya.

Apakah kita bersedia bila Sakaratul datang menyapa kita? boleh ke kita minta menangguhkan kematian dari Sang Sakaratul? atau pun kita minta orang lain gantikan kita? kompom haram tak dapat

Sebenarnya aku ada juga pengalaman dengan Sang Sakaratul ni. tapi mujurlah dia tidak datang menyapa cuma  sekadar melintasi depan aku je. walaupun begitu, walaupun sekadar lintas je namun satu keinsafan semakin bertambah dalam diri aku

Pengalaman hidup aku ketika aku dilintasi Sang Sakaratul bermula ketika aku berumur 2 tahun. ketika itu jari telunjuk aku putus separuh kerana tersepit di dalam pili air berbibir ketika aku sedang mandi. kakak aku cakap dia masih lagi ingat ketika itu dia nampak baldi di tempat mandi tu penuh dengan darah dan cebisan daging jari aku ada kelihatan.


Jangan memain dengan pili air camni.... Merbahaya..
Tapi kalau korang tanya aku, memang aku tak ingat langsung. sebab masa tu aku baru umur 2 tahun. mana nak ingat.

Kali kedua saat Sang Sakaratul melintasi aku ialah pada 25 haribulan Mac lepas. dimana aku kemalangan dan patah kaki. tak perlu  le aku cerita camne leh jadi insiden tu. kalau nak diikutkan jalan tempat aku kemalangan tu boleh kata jalan utama juga. selalu ada lori treler, bas, kereta bomba, macam-macamlah lalu situ.

Aku selalu terbayangkan kalau-kalau aku jadi camni
Mujur la masa tu jalan tak sibuk. tapi sampai sekarang aku bayangkan kalaulah masa aku jatuh kemalangan tu lori datang "sapu" aku, alamatnya arwah da..

Korang tahu tak, mengingati mati itu satu amalan yang baik, boleh jadi pahala tau tak? sebab tu kalau orang kata antara ke pasar (shopping kompleks), pergi kenduri kawin dan kematian, baik kita pergi melawat orang meninggal tu


Sesetengah orang yang ditimpa sakit selalu merungut padahal mereka tak tahu sakit mereka itu merupakan penghapusan dosa. sakit itu juga peringatan kepada mati dan sesiapa yang ditimpa sakit anggaplah mereka bertuah dan disayangi Allah s.w.t kerana mereka diperingati dengan kematian

Bagi aku, kesakitan yang aku tempuh sekarang mengajar aku supaya menginsafi diri dan berubah menjadi lebih baik. biasalah kalau namanya manusia, kalau tak sakit, tak terkena dengan diri, dia akan mengulangi kesilapannya. Allah telah mengingati aku dan memeberi aku peluang semula.

Ketahuilah tiada siapa yang kekal di dunia dan di cakerawala ini melainkan Allah S.w.t

Wallahualam

Tiada ulasan: