Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir
Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu
Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.
Zurinah Hassan
Assalamualaikum. entah mengapa hati aku masa ini sering teringatkan suatu memori. ya, memori indah bersama kalian. wahai wanita-wanita yang pernah kusirami cinta dihatinya, terima kasih pada kalian kerana pernah hadir dalam hati aku.
Terima kasih kerana kalian pernah membahagiakan aku. terima kasih kerana kalian pernah mencoretkan kenangan terindah buat diriku. aku juga begitu, berharap agar hadirnya diriku dalam hidup kalian memberi kenangan indah sama seperti apa yang aku rasakan
Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku
Aku bersyukur kepada Ilahi kerana mempertemukan aku dengan setiap antara kalian. Allah itu Maha Mengasihani kerana dia membenarkan hambanya berkasih-kasihan seperti mana tertulis dalam Al-Quran. akan tetapi Allah juga Maha Mengetahui, kerana Dia begitu tahu apakan sebab perhubungan kita putus ditengah jalan
Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana
Ketahuilah aku tidak pernah menyesal, jauh sekali merungut akibat tamparan perasaan yang terkena padaku. walaupun aku seorang lelaki, aku juga manusia, punya rasa sedih dan gembira. dan ketahuilah bahawa aku juga bencikan perpisahan. satu pendustaan jika seorang lelaki mengaku tidak punya apa rasa tentang perpisahan. mungkin kerana egoku sebagai lelaki, aku sanggup menangis dalam hati .
Maafkan aku Ya Allah sekiranya terkadang dihati ini meragui ketentuan engkau. benar sesekali aku betah bila mana hubungan yang ingin ku kekal hingga ke akhirat tidak seperti yang kumahukan. sesekali aku marah kerana kudratku tidak berdaya menghalang perpisahan biarpun kutatang, kutabur benih cinta namun penghujungnya adalah sengsara.
Namun Engkau lebih Mengetahui akan apa yang Engkau lakukan. bisa jadi hari ini Engkau memberi cinta dalam hati kami berdua dan bisa boleh Engkau menghapuskan dan mencabut rasa sayang antara kami.
Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
"Di pintu gerbang mahligai syahdu"
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
"Di pintu gerbang mahligai syahdu"
Buat wanita yang pernah kucintai, tenteramlah kalian dan hiduplah dengan jalan kita. aku yakin dan pasti kekosongan jiwa kalian akan diisi dengan kehadiran insan bernama lelaki yang lebih baik daripada aku. cuma satu kupinta, agar tidak menghapuskan coretan sejarah cinta semasa kita berada dalam sukmanya.
Ketahuilah walaupun ego seorang lelaki itu tinggi, namun di sudut hatinya tak pernah sekali-kali menyalahkan dan membenci wanita yang pernah dipujanya. sama seperti aku, tak pernah terbit di hati ini untuk membenci kalian. apatah lagi melupakan memori indah ketika bersama.
Bagi diriku, biarlah aku meneruskan kembara cinta ini untuk mencari cinta sejati. yang mana aku dambakan cinta yang diredhai, yang mampu membawa ke syurgawi.
Mungkin juga jodoh kita tidak panjang di dunia tapi percayalah, di syurga kita akan berjumpa.
Barangkali di suatu masa nanti,
kita bersama bersuka di langit,
merenungi hati,
antara kita,
buat selamanya
Ismaputra Samsudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan