9 Mei 2011

Kaitan Solat Dengan Sistem Pentadbiran

Assalamualaikum! Kabare semua?
Siapa x kenal solat? dalam setiap agama ada solat(sembahyang). cuma artikel ini mahu memberi tumpuan kepada solat dalam konteks islam. sesungguhnya dalam islam, ibadat yang paling penting, utama, tinggi darjatnya ialah solat. jika tertinggal dengan sengaja atau tidak, balasannya dosa dan azab. dalam solat ada dua kategori iaitu, solat sendirian dan solat secara berjemaah. 
Tuntasnya, solat berjemaah paling sesuai di aplikasikan dalam konsep pemerintahan. dalam setiap solat berjemaah ada imam, bilal dan makmum. begitu juga dalam pemerintah, ada ketua, penolong ketua dan orang yang dipimpin. lihatlah, islam itu sudah mempengaruhi hidup kita. itulah kesempurnaan islam. dalam solat imam memimpin solat, dengan rukun2 solat dengan tertib, bacaan yang betul serta makmum mengikutnya. setiap perbuatan imam diikut setelah imam melakukan. 
Contohnya jika imam belum rukuk, makmum tdak boleh rukuk dahulu. jika tidak solatnya terbataL. begitulah indahnya solat yang wajar, harus dan mesti dipraktikkan dalam pemerintahan. golongan pemimpin harus mengikut tertib dalam solat. pemimpin harus menujukkan teladan dengan baik, tutur kata serta perbuatan yang mahmudah. dengan itu rakyat tidak akan membantah dan mengikut dengan rela hati. tetapi, saat ini ramai pemimpin yang tunggang langgang pemerintahanya. sebabnya mahu menjamu kuasa pentadbiran supaya hidup senang.
Jika dalam solat, imam yang rakus mahu jadi imam tetapi "celaka" dalam rukun solat serta bacaan mungkin akan di tendang atau dihalau keluar kerana makmum tahu berdosa sahaja ikut imam sebegini. suruhan solat lima waktu dengan solat2 sunat memberikan perumpamaan yang setiap pemimpin wajar melakukan interaksi dengan rakyat. sebagaimana imam yang mengimani setiap solat akan dikenali makmumnya, begitu juga pemimpin. fikirkanlah jika ada orang yang mahu jadi pemimpin tetapi malas menemui rakyat, cuma jika ada pertandingan pemilihan sahaja baru tunjuk muka, siapa mahu jadikannya pemimpin? cuma kroni2 mereka saja mungkin?  tetapi, imam kadangkala ada juga melakukan kekhilafan, justeru tugas rakyat supaya mengingatkan, dan menegurnya. dalam solat sudah di ajarkan. 
Jika imam tersalah rukun atau bacaan, makmum boleh menegur dengan cara mengucap subhanallah. maka imam akan membetulkannya sendiri. jika tidak berjalan ikthiarlah supaya niat solat sendiri kerana imam sebegini jika di ikut memberikan dosa. begitulah juga dalam pemerintah. rakyat boleh menegur tetapi dengan berhemah. jangan di ikutkan perasaan. islam tidak mengajar membuat tunjuk perasaan, tidak salah tunjuk perasaan, tetapi salah hingga mengancam orang lain, menggugat keamanan negara hinggakan kita berpecah belah. inikah yang mahu kita wariskan pada generasi akan datang. akhir kalam, hayatilah setiap amalan yang difardukan oleh islam. ada kebaikan dari setiap suruhan ALLAH SWT. 
WALLAHUALAM 
(artikel ini adalah pandangan peribadi, tidak boleh di ubah, di siarkan atau apa2 sahaja tanpa izin penulis)

Tiada ulasan: