18 Mei 2011

Tiada Manis Tiada Pahit, Cuma Indah

Assalamualaikum! Kabare semua?
 
Di dalam kehidupan berjuta pengalaman dapat kita peroleh. ada masa kita menikmati suatu momen indah dalam kehidupan. Acapkali juga kita menderita atau sengsara bilamana suatu yang buruk berlaku. Akhirnya kesimpulan yang boleh kita nyatakan dalam kehidupan :


"Tiada Manis Tiada Pahit, Cuma Indah"


Kenapa tiada kenangan yang manis? kenapa pula tidak pengalaman yang pahit? 
Hari-hari kita berlalu dengan pelbagai cerita. Hari semalam merupakan cerita semalam yang tidak bisa diubah dan sekadar dalam memori. Hari ini sebuah kisah dikarang sejak kita membuka mata hinggalah kita tidur semula. tapi bagaimana pula kisah esok? apakah kita mengetahuinya sama ada ia kisah gembira atau tidak?

Sama ada kita suka ataupun tidak kisah hidup kita hakikatnya sudah lama tertulis oleh Yang Maha Esa. sebagai hambanya kita perlu mempunyai sikap yang tuhan itulah yang Maha Berkuasa. Allah s.w.t berfirman :


"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Baqarah Ayat 216
Kita kena tahu yang segala apa yang  kita lalui ini ada hikmahnya. Jadi berhentilah mengeluh dan merungut. 

Bagaimana caranya?

Anggaplah hidup kita tiada yang manis, tiada yang pahit


 

Hidup Kita Indah




Tiada ulasan: