13 Mei 2011

Ulasan Buku Satu : Bintang Mengerdip

Kulit Hadapan
 
Untuk ulasan buku pertama ni aku nak perkenalkan sebuah buku yang aku rasa perlu dikongsi isi pengetahuan dalamnya. untuk pengetahuan korang, aku ni boleh le kata mat bunga juga. aku minat sastera ni lagi-lagi puisi. time sekolah menengah lagi la, Komsas tingkatan 5 tu jadi bahan bacaan aku masa aku tingkatan 1

Buku ni aku jumpa dekat area2x kedai politeknik aku. boleh kate rare juga buku ni. harga takde la mahal sangat sebab buku ni dijual dgn harga secondhand.. bape? RM 2.00 je.. banding dengan harga asal (RM 5.00) dengan pengetahuan yang bisa dikaut, memang berbaloi untuk dijadikan koleksi.

Apa boleh aku katakan,buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1984 (aku pon belum lahir lagi) isi kandungan dia mempunyai pelbagai bentuk puisi oleh pelbagai penulis yang dikumpulkan dalam satu buku. pengarangnya iaitu Pak Dharmawijaya sesungguhnya telah menghasilkan butir mutiara yang tidak ternilai untuk mengekalkan dan memastikan puisi-puisi indah tidak dilupakan dengan membukukannya. 

Dalam kata-kata pengantar yang ditulis oleh Prof. Dr Mohd Taib Osman, beliau mengatakan terdapat perubahan bentuk puisi pada masa dulu hingga sekarang. puisi yang ditulis khususnya oleh penulis dari persatuan ASAS 50 seperti A. Samad Said dan Usman Awang, puisi mereka masih terikat dengan pantun dan syair. ritma akhirnya dan rangkapnya masih sama contohnya :

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

A.Samad Said (Kita Ini Tetamu Senja) 

Kalau korang perhatikan rangkap puisi diatas masih kekal seperti pantun kan? dengan 4 rangkap dan ritma akhir a-a-a-a.. dan pada ketika itu bentuk puisi lebih kepada persoalan mengenai alam,cinta, nasib diri, menentang penjajahan dan sebagainya. namun pada masa kini bentuk puisi tidak lagi terikat seperti itu dan penulis pada masa kini lebih mengetengahkan persoalan mengenai diri sendiri, agama, isu semasa dan hubungan dengan tuhan. 

Dalam buku setebal 75 mukasurat ini juga dihimpunkan segenap lapisan penulis dari dulu hingga kini seperti A.Samad Said, Usman Awang, Dharmawijaya, Ali Ahmad, Ahmad Sarju, Zurinah Hassan, Rejab F.I, Firdaus Abdullah, Kemala dan banyak lagi

Setiap penulis di dalam buku ini merupakan mutiara kepada dunia kesusateraan melayu. aku mencadangkan agar buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap pencinta bahasa. akan tetapi, buku ini agak sukar didapati kerana ianya buku lama. nasib badan la kalau terjumpa.. hahaha

Tiada ulasan: