17 Mei 2011

Kekuatan Itulah Kelemahan

Assalamualaikum! Kabare semua?

Lihat diri anda, dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Cuba cari di mana kekuatan yang ada. 

Adakah wajah kamu itu suatu kekuatan? Atau otot-otot kamu itu kekuatan?

Lihat di dalam diri kamu. Dimana terletaknya kekuatan. Adakah di hati?

Kita selalu berbangga dengan kekuatan kita. Setiap hari kita bangga.

Ada orang ingat dia kaya jadi dia anggap duit itu kekuatannya, mampu menawan apa sahaja, mampu menawan setiap hati-hati MANUSIA

Ada orang yang kacak dan cantik, jadi di anggap itulah kekuatan mereka. Apa yang dilakukan, apa yang dipakai apa sahaja dia buat akan dipandang, diperkatakan orang. 

Jadi mereka merasa BANGGA dengan kekuatan itu. tanpa menyedari kekuatan itulah yang menyebabkan kelemahan mereka bertambah-tambah

Dulu aku anggap kekuatan aku ialah aku mampu berbicara, mampu  berpidato, menyampaikan sesuatu ucapan dengan hebat hingga orang yang mendengarnya akan tergoda dan mengikut apa aku sampaikan

Hinggalah satu hari aku tersedar, yang rupa-rupanya itu semua hanyalah menambahkan kelemahan pada aku. tiba-tiba aku sedar, cakap aku banyak tak serupa bikin. apalah guna bercakap banyak jika sekadar dimulut sahaja?

Oleh itu, aku berfikiran yang kekuatan yang aku ada itu aku simpan dan hanya menggunakannya pada masa-masa yang sesuai.

Justeru itu, kalau kamu anggap kamu kuat, kamu hebat. Adakah kamu fikir satu hari nanti kekuatan itu akan menumbangkan kamu? jangan bongkak, jangan takbur

Sebaliknya, bisa jadi kelemahan kita itu diterbalikkan menjadi kekuatan kita. 

Misalnya, seorang miskin tiada harta menganggap itulah kelemahan dia, tapi sekiranya dia insaf dan sedar tentang kelemahan itu dia boleh berusaha dari bawah hingga menjadi kaya.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini.


"Jika Kekuatan itu Kelemahan
Maka Kelemahan itulah Kekuatan"

Tiada ulasan: