18 Mei 2011

Jersi Malaysia 1 (Dulu Hingga Kini)

moh le tengok jersi bola sepak team Malaysia dari dulu sampai sekarang.

KIT MALAYSIA 1994-1995

Jersi Home
Jersi ni memang rare kalau korang tanya aku. 3 strip atau belang tu rasenya jarang dah dibuat kat jersi sekarang. Logo Adidas menunjukkan yang mereka menaja dan membuat jersi kita pada tahun 90-an dulu.

Mengikut sejarah, jersi ini pernah dipakai pada perlawanan persahabatan Olimpik pada April 1995 dan 21 Mei 1995 dengan kedua-dua perlawanan menentang pasukan Olimpik Jepun dimana negara dimalukan 2-3 dan 6-0.


Jersi Away


KIT MALAYSIA 1997

Satu lagi kit jersi rare dan classy daripada Adidas. kali ini strip hitam dan strip kuning disusun seakan kuih lapis secara menegak. maka jadilah jersi begini..!!


kit jersi ini pernah digunakan untuk kelayakan Piala Dunia 1998 zon Asia di mana ketua jurulatih ketika itu ialah Wan Jamak Wan Hassan












 KIT MALAYSIA 2002


Kit Jersi 2002

Kalau korang nak tau, jersi inilah yang menggunakan jenama tempatan iaitu JKing. pastu setahu aku jersi Malaysia guna Nike dan Adidas. kenapa guna jenama tempatan? sebab time tu penaja kita, Adidas tak dapat buat baju lengan panjang.

lagipun kit ini direka untuk Sukan Asia 2002 Busan, Korea Selatan dan pada masa itu sukan berkenaan diadakan hampir dengan musim sejuk membuatkan jersi direka dengan lengan panjang.

KIT MALAYSIA 2004-2005

Kit Jersi 2004-2005


Kit Malaysia pada tahun 2004-2005 dipakai sempena Piala Tiger (kini Piala AFF Suzuki) pada tahun 2004. Juara Piala Tiger 2004 masa tu ialah Singapura yang mengalahkan Indonesia 2-1. Sebaliknya Malaysia sekadar di tempat ketiga ketika itu walaupun kita selaku tuan rumah bersama Vientnam.

Indra : Antara player Malaysia
Kalau korang tengok kit ini masih menggunakan jenama Adidas sebagai penaja. Orang kata, yang jersi Away (warna biru) tu jarang dipakai, melainkan waktu training. Gambarajah di kiri menunjukkan seorang player bernama Indraputera Mahyudin memakai jersi berkenaan (sori kalau salah eja nama)

Kalau korang tengok lagi, kit jersi ni sama seperti kit jersi 2002 untuk Sukan Asia cumanya dia ada strip kaler hitam di bahagian lengan baju manakala kite jersi 2002 kaler kuning jer 





Tiada ulasan: