Kita sebagai manusia biasa memang tak lari dari terjatuh cinta bukan? kadangkala bila cerita mengenai jatuh cinta ini, bukan saja dengan manusia, kadang dengan macam-macam benda. ada jatuh cinta dengan gajet terkini spt ipad, blackberry, kereta, dan sebagainya
Walaubagaimanapun, dalam artikel ini saya ingin membawa kalian khusus mengenai percintaan dua insan.. bak kata Francisca Peter dlm lagunya "Kehebatan Cinta"
Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan
Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti
Tanpa mu disisi aku kerinduan
Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti
Hakikatnya, ramai yang terlupa bahawa cinta itu sebenarnya bukan hak milik kekal kita. ia hak milik ALLAH s.w.t.. boleh jadi hari ini Allah memasukkan cinta dlm hati kedua-dua insan berkenaan. boleh jadi pula akan datang cinta itu ditarik semula. siapalah kita nak menghalang itu semua? kita sekadar insan lemah.
Satu lagi kesilapan kita ialah mencintai seseorang pada luaran sahaja, seperti mencintainya kerana rupa paras, harta dan pangkat. apabila segalanya kerana kebendaan dan keduniaan maka tidaklah hairan masjid cinta yang dibina tidak mampu bertahan walau untuk sedetik.
Begitulah apabila kita kita gagal dalam bercinta, kita menyalahkan takdir. senangnya menuding jari pada orang dan meletakkan kesalahan pada bahu orang lain tanpa memikirkan kita sebenarnya punca dalam hal ini.
Hakikatnya dalam Al-Quran sudah berfian dalam surah Al-Baqarah ayat 216 maksudnya :
... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik pada kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.
Begitulah hidup dalam bercinta. ketahuilah cinta itu jika ikut landas islam akan jadi begitu indah. jika ikut nafsu bisa jadi kelabu.. selalulah berdoa agar dipertemukan dengan cinta dan jodoh yang baik-baik. berikut antara ayat-ayat dalam Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh yang baik. kalau nak lagi bagus cari sendiri, buka al-quran tu..
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Bermaksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
"Wa-alqayka 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"
Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baikWallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan