8 Oktober 2010

Puisi Cinta Tidak Bertanda

Hanya cinta,
kuserahkan kepadamu,
rindu hati kepadamu,
tiadaku tenteram,
sukar kawal emosi.


Disini kumenahan kesedihan,
kupendamkan kesengsaraan,
kumahu luahkan,
tapi tak berdaya,
di alam mimpi,
aku sendiri
sukar bersendiri.

Barangkali suatu masa nanti,
kita bersama bersuka dilangit,
menyenuh awan,
merenungi hati,
antara kita,
buat selamanya

6 Oktober 2010

Sistem Pengesan Automatik


Sistem Pengesanan Automatik merupakan salah satu kaedah di dalam Sistem Kawalan Kebakaran Automatik. Ini kerana sistem ini akan bertindak secara automatik jika ia mengesan sesuatu yang akan mengakibatkan kebakaran seperti asap, haba dan lain-lain. Terdapat dua jenis Sistem Pengesanan Automatik iaitu :
·         Sistem Pengesan Haba Automatik
·         Sistem Pengesan Asap Automatik
1.      Sistem Pengesan Haba Automatik
 Sistem Pengesan Haba Automatik ialah sejenis pengesan seakan siren amaran kebakaran. Ia bertindak dan berfungsi apabila berlakunya tindak balas pemanasan sama ada pemanasan itu berpunca dari api atau daripada jumlah suhu yang bertambah. Antara contoh Sistem Pengesan Haba Automatik ialah :
       I.            Pengesan Haba ‘DIMAC’

Apabila berlaku kebakaran dimana suhu di dalam bangunan atau kawasan meningkatdi dalam lingkungan 49°C hingga 144°C, maka fius penyambung akan putus dan akan menyebabkan loceng amaran berbunyi. Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam litar di mana sebelum dan sewaktu kebakaran berlaku.

Sistem Penyedutan Asap

1.      Latar Belakang dan Sejarah Pembuatan
Pada tahun 1970,sebuah pasukan penyelidik di Australia telah membuat satu kajian tentang kebakaran hutan yang telah berlaku.Oleh yang demikian ketua jabatan di Australia telah mengajak pasukan penyelidik ini untuk menyiasat mengenai teknologi bagi menghalang kebakaran.Setelah kajian itu dilakukn,terciptalah sebuah alat pengesan asap bagi menghalang dari berlaku kebakaran.
1.      Cara Pengoperasian Sstem Pengesan Asap
Sebuah pengesan asap terdiri daripada unit pengesan yang akan menarik udara dari rangkaian paip untuk mengesan asap.Ruangan di dalam alat pengesan itu mampu mengesan kewujudan zarah-zarah asap yang ada di udara. Dalam kebanyakan kes alat pengesan asap memerlukan suatu unit kipas untuk menarik zarah-zarah yang aktif dari kawasan yang dilindungi melalui rangkaian paip.Alat pengesan asap ini sangat sensitif kepada zarah-zarah asap yang ada pada sesuatu ruang atau tempat.Alat ini dapat mengesan asap lebih pantas dari mata kasar manusia.
1.      Kebaikan dan Keburukan
Alat pengesan asap ini tidak sesuai digunakan pada ruangan atau tempat yang mempunyai persekitaran yang tidak stabil seperti di bilik merokok kerana pelbagai saiz zarah yang akan dapat di kesan.Walaupun begitu,ia tidak bermakna bahawa alat ini tidak boleh digunakan di kawasan atau tempat yang berdebu atau kotor yang boleh menganggu alat ini mengesan asap.Alat pengesan  asap sangat sesuai ditempatkan di kawasan atau ruang yang mempunyai persekitaran yang bersih,ruangan yang mengandungi bahan mudah terbakar seperti tembakau,gas dan bilik elektronik  di mana alat ini dapat mengesan asap dengan mudah,cepat dan berkesan.

Pintu rintangan api

Pintu rintangan api adalah pintu mempunyai darjah ketahanan api minimum tidak kurang dari setengah (1/2) jam mengikut standard yang diuji. Ribet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu mengikut mana yang berkenaan tidak kurang daripada 18mm. Engsel-engsel yang dipasang pada pintu hendaklah mempunyai takat lebur tidak kurang dari 800Âșc. Tambahan lagi, pintu itu boleh tertutup sendiri.Tujuan diadakan pintu rintangan api selain dari kegunaan biasa, ia digunakan untuk menahan kemerebakan api dan asap dari tempat bermula kebakaran ke bahagian lain dalam bangunan. Melindungi lubang terlindung daripada kemerebakan api dan asap secara menegak. Terdapat beberapa contoh Ujian Pintu Rintangan Api yang digunakan antaranya ialah :
       I.            Ujian Stabiliti
·         Untuk menentukan pintu rintangan api masih kekal berdiri semasa diuji.
    II.            Ujian Intergriti   
·         Bagi menentukan  samaada terdapat sebarang kebocoran/keretakan yang                                                                                                               
boleh merebakan kebakaran & asap.
 III.            Ujian Insulisi
·         Untuk menentukan semua pintu rintangan api berupaya menyekat/menghalang pengaliran haba yang kuat. 

Lampu Kecemasan (Emergency Light)

Lampu kecemasan ialah sebuah lampu yang akan menyala dengan automatik apabila system elektrik sesebuah bangunan itu gagal atau kehilangan kuasa elektrik. Ia mendapat tenaga elektrik daripada bateri yang telah dipasangkan kepadanya. Lampu kecemasan amat sesuai digunakan di bangunan komersial dan bangunan yang mempunyai ramai orang seperti bangunan sekolah, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah. Pada masa kini, banyak bangunan telah menggunakan lampu kecemasan. Antara model terawal bagi lampu kecemasan ialah ‘incandescent light bulbs’ yang akan menyala apabila bangunan kehilangan kuasa tetapi, nyalaanya malap. Oleh itu, lampu kecemasan yang dihasilkan selepas itu memfokuskan kepada nyalaan yang terang dan tahan lama. Lampu kecemasan yang moden mempunyai ‘halogen’ dan ‘lumen’ yang tinggi yang akan menerangi kawasan yang agak luas. Sistem kuasa daripada bateri selalunya menggunakan cecair ‘lead acids’ yang boleh menyimpan sehingga 120 volt.Pada masa kini, telah banyak lampu kecemasan moden dipasang di dalam bangunan. Kebanyakkannya menggunakan LED (light emitting diodes). Ia biasanya menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lampu kecemasan yang lama iaitu sekitar 6-12 volt. Hal ini akan dapat mengecilkan saiz bateri yang diperlukan dan mengurangkan beban ke atas lampu tersebut. Bateri bagi lampu kecemasan moden biasanya dihasilkan dari ‘lead calcium’ dan boleh bertahan sehingga 10 tahun dengan caj yang berterusan. Papan tanda ‘KELUAR’ atau ‘EXIT’ selalu dipasang di setiap penjuru bangunan bersama lampu kecemasan.

SEJARAH POLITIK DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


3.0.1 PENGENALAN
Sejarah Melayu menggambarkan Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil di bawah satu susunan politik tradisional yang teratur. Sejurus selepas Melaka dibuka oleh Parameswara, Melaka telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara. Perkembangan Melaka turut dibantu dengan pemelukan Islam oleh Parameswara pada tahun 1414M. Kemudian baginda telah berkahwin dengan Puteri Pasai yang juga telah memeluk agama Islam. Selain sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara pada masa itu, Melaka juga berperanan sebagai pusat pekembangan agama Islam di Nusantara. Dalam zaman pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Siam.
Kedudukan agama Islam di Melaka semakin kukuh di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Melaka seterusnya telah mencapai zaman kegemilangan Sultan Mansur Syah dengan dibantu oleh Bendahara Tun Perak. Pada zaman itulah Melaka telah menjadi empayar yang disegani dan digeruni di Nusantara.Bagi mengekalkan keagungan empayar Melaka, pemerintah Melaka menjalankan dasar luar iaitu secara diplomasi atau secara perang dengan satu-satu negeri. Cara diplomasi yang dimaksudkan jelas dapat dilihat melalui hubungan Melaka dengan Majapahit. Hubungan ini diwujudkan melalui perkahwinan dengan puteri-puteri dari negara-negara berkenaan. Misalnya Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit, Raden Galoh Cendera Kirana dan dengan Puteri Hang Li Po dari China.
Perkahwinan politik di atas telah memberi dua keuntungan kepada Melaka. Pertama, Melaka mendapat perlindungan daripada kuasa besar ini dan kedua kedatangan orang-orang China dan Majapahit akan memakmurkan lagi empayar Melaka. Ini sekaligus akan dapat mengalakkan pula hubungan perdagangan dengan kedua-dua buah kerajaan besar itu.
Di dalam usaha meluaskan kuasa, Melaka menjalankan dasar penaklukan keatas negara-negara jiran di Semenanjung Tanah Melayu ataupun di timur Sumatera. Negeri yang di bawah empayar Melakaialah Kampar, Siak, Siantan, Manjung, Inderagiri, Jambi, Lingga dan Riau di Sumatera dan seluruh negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Usaha penaklukan ini adalah amat bergantung kepada kekuatan dan kecekapan sultan-sultan yang memerintah Melaka.
Unsur-unsur Islam dengan jelas dapat dilihat melalui nama Sultan Melaka yang memerintah diubah kepada nama Arab/Parsi setiap kali mereka menaiki takhta kerajaan. Parameswara telah ditukar kepada Megat Iskandar Syah, Raja Kassim ke Sultan Muzaffar Syah, Raja Abdullah Ke Sultan Mansur Syah, Raja Hussain ke Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Muhammad ke Sultan Mahmud Syah.
3.0.2   PEMBESAR DAN TUGASNYA

A.   Bendahara
Bendahara merupakan jawatan yang paling utama dan kanan dalam pemerintahan Melaka dan merupakan ketua eksekutif bagi seluruh mekanisme kerajaan Melaka. Mempunyai kuasa pemerintahan dan pentadbiran secara fizikal dan mempunyai kawasan pegangan yang tersendiri dan kedudukan ekonominya agak kukuh dan terjamin. Menjadi ketua pentadbir dan dalam tugas tentera sebagai ketua turus hulubalang di darat dan laut. Bendahara pernah memangku jawatan sultan semasa ketiadaan baginda sultan. Ini menunjukkan berlakunya pelantikan berdasarkan keturunan. Misalnya Bendahara Tun Perak pernah memangku tugas Sultan ketika baginda tiada.
B.   Penghulu Bendahari
 Tugas utamanya ialah memagang dan menjaga harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Menjadi wakil  menerima ufti dari kawasan takluk dan jajahan Melaka.Bertindak sebagai ketua istiadat dan acara rasmi diraja di istana.
C.   Temenggung
Jawatan Temenggung itu sebagai majistret (hakim) dan ketua pengawal. Biasanya pelantikan Temenggung Melaka berdasarkan keturunan keluarga pembesar Melaka sendiri. Temenggung lebih banyak bertugas dalam memastikan pelaksanaan dan pematuhan undang-undang dijalankan. Tugasnya  umpama Ketua Polis Negara pada masa kini.
D.   Laksamana
Juga dikenali sebagai Seri Bija Diraja. Fungsinya berubah-ubah kerana memainkan peranan utama di istana dan kadangkala dilantik menjadi utusan atau duta ke sesebuah Negara. Tugas utamanya ialah dalam bidang ketenteraan. Semasa di darat, tugas laksamana adalah mengawal keselamatan diraja apabila berangkat dan mengawal keselamatan Bendahara ketika sedang menghadiri pembicaraan. Antara laksamana yang terkenal di zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Laksamana Hang Tuah.




E.    Syahbandar
Jawatan ini diwujudkan kerana peranan Melaka yang penting disebabkan kegiatan perdagangan entrepot. Syahbandar dalam istilah Parsi yang bererti pemerintahan perlabuhan yang merupakan ketua organisasi perlabuhan dan wakil saudagar asing daripada kalangan pelbagai etnik peniaga. Syahbandar memerlukan kemahiran  pelbagai bahasa kerana kehadiran pedagang asing yang begitu ramai dari pelbagai pelusuk dunia datang berdagang di Melaka. Tugasnya ialah menyambut kapten kapal dan dibawa menghadap Bendahara untuk mendapatkan kebenarannya sebelum menjalankan urusan perdagang.
KESIMPULAN :
Sistem pentadbiran kerajaan  Melaka adalah berasakan hierarki ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Terdapat juga peraturan dan undang-undang yang diwujudkan untuk menitikberatkan jurang antara pemerintah dengan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka telah mencetuskan tamadun berpolitik yang tinggi. Kemantapan Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ini sebagai kerajaan kelautan dan pusat penyebaran agama Islam adalah disebabkan struktur pentadbirannya yang tersusun.Maka tidak berasalahan jika dinyatakan bahawa Melaka merupakan pengasas budaya politik bagi Malaysia masa kini.

politik 7 (realpolitik)

5 REALPOLITIK
Realpolitik merujuk kepada sistem politik yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat. Realpolitik diambil dari campuran perkataan realisme dan politik. Realpolitik diasaskan oleh Niccolo Machiavelli. Mengikut beliau, kaedah ini dilakukan dengan memaksa, membuat konspirasi dan jika perlu berperang demi mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya, penyatuan Negara Jerman disebabkan realpolitik. Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara ini pada tahun 1871. Bismarck telah menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan. Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untukmemenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
Akan tetapi kaedah Realpolitik ini tidak sesuai dilakukan dalam konteks agama Islam kerana ia lebih kepada “matlamat menghalalkan cara”. Maksudnya apa sahaja cara yang digunakan sama ada salah atau betul di sisi undang-undang atau hukum agama diketepikan untuk mendapatkan apa yang kita kehendak. Sedangkan Islam telah menegaskan yang hanya kaedah yang betul, baik dan munasabah sahaja wajar digunakan dalam mendapatkan sesuatu.

politik 6 (demokrasi)

4 DEMOKRASI
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Perkataan ini berasal dari Yunani demo bermaksud "rakyat", dan kratos bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
  • Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya.
  • Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
  • Rakyat diberi hak mengundi

politik 5 (komunisme)

3 KOMUNISME
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. "Komunisme tulen" menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme

Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat". Menurut Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama :
  • Golongan Pekerja Dikawal Kerajaan.
  • Perancangan Serantau dan Perladangan yang Dikorporatkan.
  • Pendidikan di bawah Kawalan Kerajaan.
Sudah terbukti yang sesungguhnya Islam menolak  prinsip Komunisme kerana sebab sejak dari awal lagi prinsipnya yang menolak agama. Selain itu, sifatnya yang radikal untuk mentadaptkan sesuatu tidak sama dengan Islam yang lebih menyukai kaedah musyawarah atau perundingan. 

politik 4(sekularisme)

.2 SEKULARISME
Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.Sekularisme merupakan pergerakan ke arah pemisahan agama dan kerajaan. Ia boleh dirujuk sebagai mengurangkan hubungan di antara kerajaan dan agama rasmi, serta menggantikan undang-undang berdasarkan kitab suci (seperti undang-undang syariah dan Taurat) dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan diskriminasi berasaskan agama. Ia juga dikatakan sebagai demokrasi dalam melindungi hak-hak golongan minoriti. Kerana kepercayaan agama dan negara harus dipisahkan, golongan sekular lebih suka ahli politik membuat keputusan berdasarkan alasan sekular dan bukan agama. seperti pengguguran, kajian sel stem embrio, perkahwinan sejenis dan pendidikan seks.
Hal ini bertentangan dengan Islam kerana Islam tidak membenarkan  pemisahan agama di dalam kehidupan. Malah, Islam menganggap setiap masa didalam hidup kita sering bersangkut paut dengan agama. Perbuatan memisahkan agama daripada kehidupan ialah perbuatan kaum kafir yang sengaja mahu menyesatkan orang-orang Islam

politik 3( kapitalisme)

1 KAPITALISME
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme.   Kapitalisme di Eropah bermula pada kurun ke 13 melalui penerokaan, eksploitasi dan penjajahan negara lain. Revolusi Industri yang berlaku di United Kingdom merancakkan lagi sistem kapitalis. Malah, gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh Zaman Pembaharuan Eropah  (Renaissance).
A.   Membeli, Menjual, Bekerja dan Menggaji
Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations. Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal.
Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.
Ini bertentangan dengan konsep Islam kerana sistem Kapitalis mementingkan keuntungan daripada segalanya. Maka pelbagai unsur buruk seperti  penipuan, riba, mengurangkan timbangan dan sebagainya. Juga sistem penghambaan dijalankan tanpa memberi gaji atau upah kepada mereka. Sedangkan di dalam Islam hak dan kesamarataan diantara kaum muslim.

politik 2

DEFINISI POLITIK DAN JENIS-JENISNYA
1.0 DEFINISI POLITIK
Politik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Polis yang membawa maksud bandar. Di dalam Bahasa Arab, ia dipanggil Siyasah. Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah, iaitu ilmu tata negara. Menurut Zainal Abidin Ahmad, Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Dr Yusoff Al-Qardhawi dalam bukunya, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah mengatakan bahawa politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sahsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 80 yang mafhumnya :

 "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong."

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an". Menurut seorang sarjana dan ulama terkemuka Islam Imam Ghazali, beliau mengatakan politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka didunia dan akhirat.
 Mengikut Hendry Adams, seorang orientalis Barat, beliau mentakrifkan politik sebagai “Politics as a practice,  whatever its profession;   has always been  the systematic organisation of hatred.”  Maksudnya ialah politik ialah satu latihan. Walau apapun profesionnya, selalu dijadikan sistem organisasi yang penuh dengan kebencian. Pandangan ini ternyata salah kerana jika ada prinsip agama dan keseimbangan dalam kehidupan, maka sistem politik itu dianggap bukan satu kebencian tetapi suatu rahmat.

politik 1

Apabila kita menyebut mengenai politik, perkara pertama yang terlintas difikiran kita pastinya mengenai parti politik. Perkara ini tidak salah, tetapi kita perlulah meluaskan skop pandangan kita ke arah yang lebih besar lagi. Politik bukan hanya parti politik sahaja, ia merupakan satu sistem pentadbiran.Kehidupan manusia yang bermasyarakat membuatkan wujudnya suatu sistem yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin dipilih daripada mereka-mereka yang dianggap layak memimpin berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu manakala orang yang dipimpin mestilah mengikut perintah pemimpin. Ini adalah asas kepada sistem  politik yang kian berkembang pada masa kini.
Pandangan sinis terhadap politik dengan mengganggap ia sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Natijahnya,  pelbagai komen atau  tanggapan buruk terhasil. Misalnya, Semasa pemerintahan kerajaan Melayu Metaka dahulu, sistem pemerintahan beraja telah diterima pakai oleh masyarakat ketika itu.
Sultan berkuasa penuh ke atas rakyatnya. Buat beberapa lama pemeritahan beraja itu telah sebati dengan orang-orang Melayu ketika itu. Sistem itu seperti telah menjadi aturan agama kepada mereka, sehingga merasakan seperti melakukan satu dosa untuk mengubahnya. Ketika itu rakyat hanya tahu, politik hanyalah pemerintahan beraja saja. Sekalipun Hang Jebat menentang raja kerana raja tidak berlaku adil kepada sahabatnya Hang Tuah, tetapi Hang Jebat tetap dianggap bersalah oleh dirinya sendiri dan rakyat ketika itu kerana sistem beraja seperti telah menjadi satu ketetapan agama kepada mereka. Kalaulah ketika itu Hang Jebat mendapat kefahaman yang jelas tentang politik, tentulah beliau dengan cepat menukar sistem beraja ketika itu kepada pemerintahan corak lain seperti corak republik.
Kepelbagaian sistem politik memberi pelbagai warna didalam pentadbiran. Disini perlunya kita memilih sistem manakah yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat memimpin sesebuah organisasi dengan bagus di samping mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.