16 Mei 2011

Hoi, Roh! Kau Nak Pergi Mana?


Sekadar gambar hiasan, tak ada kena mengena langsung dengan topik yang kita bincang

Assalamualaikum! Kabare semua?

Artikel hari ini dimulakan dengan satu soalan ;

Kemanakah roh pergi selepas bercerai dengan jasad?

a) Di sembunyikan hantu tetek
b) Dimasukkan dalam botol
c) Pergi menjadi hantu
d) Aku pun tak tahu, sebab roh tu takde pulak cakap dia nak pergi mana

Jawapannya, tiada satu pun di atas. Wallahualam (Allah s.w.t saja yang tahu)

Nak dengar satu cerita tak? Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai persoalan ini. Lantas Rasulullah s.a.w jawab camni :

"Bagi setiap roh itu menuju ke TUJUH tempat" ;
  • Roh para nabi dan utusan ke Syurga Adnin
  • Roh para ulama ke Syurga Firdaus 
P.s : orang ulama dapat syurga tingkat pertama daripada para nabi yang dapat syurga tingkat kedua
  • Roh para mereka yang berbahagia (dengan pahalanya) ke Syurga Illiyina
  • Roh para syuhada terbang bebas di syurga dengan sekehendak mereka
  • Roh orang mukmin yang berdosa tergantung di antara bumi dan langit sampai kiamat (selalu pernah dengar bukan?)
  • Roh anak-anak orang beriman berada di gunung dari minyak misik
  • Roh orang kafir ke Neraka Sijjin dan disiksa sampai kiamat

Ketahuilah yang setiap kubur itu bisa jadi taman-taman syurga dan bisa jadi lubang-lubang neraka. Mana korang nak pilih. pikir sendiri.

Wallahualam

Tiada ulasan: