KIT MALAYSIA 1994-1995
![]() |
Jersi Home |
Mengikut sejarah, jersi ini pernah dipakai pada perlawanan persahabatan Olimpik pada April 1995 dan 21 Mei 1995 dengan kedua-dua perlawanan menentang pasukan Olimpik Jepun dimana negara dimalukan 2-3 dan 6-0.
![]() | |||
Jersi Away |
Satu lagi kit jersi rare dan classy daripada Adidas. kali ini strip hitam dan strip kuning disusun seakan kuih lapis secara menegak. maka jadilah jersi begini..!!

KIT MALAYSIA 2002
![]() |
Kit Jersi 2002 |
Kalau korang nak tau, jersi inilah yang menggunakan jenama tempatan iaitu JKing. pastu setahu aku jersi Malaysia guna Nike dan Adidas. kenapa guna jenama tempatan? sebab time tu penaja kita, Adidas tak dapat buat baju lengan panjang.
lagipun kit ini direka untuk Sukan Asia 2002 Busan, Korea Selatan dan pada masa itu sukan berkenaan diadakan hampir dengan musim sejuk membuatkan jersi direka dengan lengan panjang.
KIT MALAYSIA 2004-2005
![]() |
Kit Jersi 2004-2005 |
Kit Malaysia pada tahun 2004-2005 dipakai sempena Piala Tiger (kini Piala AFF Suzuki) pada tahun 2004. Juara Piala Tiger 2004 masa tu ialah Singapura yang mengalahkan Indonesia 2-1. Sebaliknya Malaysia sekadar di tempat ketiga ketika itu walaupun kita selaku tuan rumah bersama Vientnam.
![]() |
Indra : Antara player Malaysia |
Kalau korang tengok lagi, kit jersi ni sama seperti kit jersi 2002 untuk Sukan Asia cumanya dia ada strip kaler hitam di bahagian lengan baju manakala kite jersi 2002 kaler kuning jer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan