10 Mei 2011

Sudahkan Anda Melancap Hari Ini?


AMARAN !! : 

Bacaan atau artikel dibawah khusus kepada lelaki berumur 20 tahun ke atas sahaja. penulis tidak bertanggungjawab atas segala musibah yang bakal berlaku. sila baca dengan fikiran terbuka

Begitulah tajuk post aku hari ini.. amacam? menyengat tak? haha

Selalu aku dengar atau kadang-kadang ada orang cakap :

"ala, laki zaman sekarang tak sah kalau tak melancap.. paling koman pon seminggu sekali"

NO3x.... Sape cakap tu? Meh aku cubit.. haha

Sebelum tu, korang tau tak apa tu melancap? ha...? yang gitu-gitu..? ape da.. kan aku dah cakap, kalau nak baca artikel ni kena open minded.. lagipun ini berkaitan aspek kesihatan dan emosi.. aku tau korang ingat 4 huruf je tu.. s##s... hahaha

Menurut kamus dewan edisi ketiga melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm). Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan.


Berikut merupakan perbualan antara 2 orang lelaki :


eencik Q : kau tau tak, melancap hukumnya harus... 
aku : Hah, harus??? kenapa lak ckp harus?

encik Q : abes kalau seseorang tu tak dapat nak kawal nafsu dia, daripada dia merogol orang ke, cari pelacur ke, baik die melancap
 
aku : bukan ke ada cara lain untuk mengawal nafsu.. contoh dalam ayat Al-Quran ada cakap kalau nak kawal nafsu diharuskan berpuasa. lagipun org cmni dah masuk hukum wajib bernikah. kawin je senang..
encik Q : ................ itu nafsu makan.. ini nafsu "terkam"....




Korang tau tak, majlis fatwa dah kata hukum melancap itu haram.. tapi masih ada lagi yang buat. tak dinafikan antara puncanya ialah terpengaruh dengan bahan-bahan lucah. bayangkanlah kalau kita tak didedahkan dengan bahan-bahan begini, tak akan jadi punyalah "operasi lancap" ni.
Menurut kajian kesihatan tak ada kesan sampingan . tapi kalau dah sehari 6 kali mengalahkan semayang lima waktu (semayang pon selalu tinggal) akan membawa kesan la. kalau korang nak tau apa kesan dia korang cari sendiri kat lebai Google.. aku malas nak taip

Sebenarnya, ketagihan melancap ni macam ketagih rokok atau dadah.. cumanya dadah dengan rokok ni perkara objektif,, boleh nampak, pegang, rasa... tapi ketagihan melancap ni satu perkara subjektif. tak bisa dipegang (alat sulit tu boleh le pegang), nampak tapi hanya pelaku sahaja yang boleh merasainya.
Kadang-kadang bila dah terlalu melancap, sesetengah orang dah tak rasa apa-apa dah. mungkin kenikmatannya sudah pudar. jadi dicarinya alternatif lain seperti mengupah orang untuk memuaskan nafsunya, merogol dan mencabul...




Oleh itu, kepada penagih tegar melancap, aku menasihatkan diri aku dan diri korang kat luar sana supaya cuba tinggalkan perkara yang kita buat ini. kalau sebelum ini seminggu 5 kali melancap. cuba kurangkan.. macam hisap rokok juga. kalau sehari sekotak, cuba kurangkan sehari sebatang ke, setengah batang ke.. b
Banyak caranya.. antaranya cuba korang isi masa lapang dengan buat aktiviti. kumpul setem ke, berfutsal ke..  kalau boleh jangan main facebook sangat.. kang nanti dah bosan ditaipnya laman web bangboat la, redtube la..  adoai..
Sebab kebanyakkan aktiviti melancap ni berlaku bila korang dok sorang-sorang, pastu terfikir ehem-ehem.. cuba kalau korang isi masa dengan main bola,, takkan nak fikir bendalah tu time main bola kan?? fikir logik la..
Ketahuilah sesuatu perubahan terutama perubahan diri takleh dibuat oleh orang lain.. diri sendiri punya hal, diri sendiri yang handle la.. yang penting jangan hangat-hangat taik ayam sudah le. tak pon nanti time korang kawin tak juga berenti.. kalau dh sampai tahap tu boleh memusnahkan masjid yg susah payah je korang bina

Oleh itu, pada masa akan datang jika ada orang tanya, "sudahkah anda melancap hari ini?" adakah anda sekadar menunduk muka kebawah atau anda nak jawab " alhamdulillah. sudah lama saya tak melancap.."

P.S : ramai bertanyakan pendapat aku, jika mereka memang tak mampu untuk menahan nafsu, apakah lebih baik mereka melancap daripada melakukan perkara yang lebih buruk. Bagi aku, golongan sebegini adalah golongan yang hanya mencari sejuta alasan semata-mata nfsu mereka sahaja.

Sedangkan didalam agama Islam ada menyatakan hadis Nabi /firman Allah s.w.t seperti :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(Surah Al-Israa'17: ayat: 32)"


'Jika kamu tidak mampu membendung nafsu syahwatmu maka wajib kamu bernikah, jika tidak mampu berpuasalah kamu' 

Wallahualam









Tiada ulasan: