16 September 2011

Gadjet Terbaru

Assalamualaikum! Kabare semua?

Al-kisah nak dijadikan cerita, pada hari raya kedua iaitu pada tanggal 1 September 2011, berlaku kejadian pahit kepada henfonku. Untuk pengetahuan anda, henfon lama aku tu jenama Sony Ericsson k770i


k770i


Dek kerana kelalaian aku dan kealpaan aku, aku terlupa nak keluarkan henfon kesayanganku ini dari poket seluar dan terus mencampakkan seluarku kedalam mesin basuh

pelagi,, habis le henfon aku dibasuhnye.. tak dapat nak diselamatkan..

Sedih la juga. Sebab henfon ni lah yang aku beli guna duit aku sendiri. Sebelum ni henfon aku mak cik aku, pak cik bagi sebab diorang dah tak nak guna. Duit yang aku guna pun hasil gaji pertama aku kerja kat A&W lepas SPM.

Tapi aku rasa memang dah takdir kot, sebab henfon tu aku dah pakai sejak tahun 2008. Kiranya dah 4 tahun dah. Agak lama lah juga

Sekarang aku pakai henfon Sony Ericsson gak. Jenama J20i aka Hazel. Tak tahu le kenapa aku berkenan sangat sony ni jika nak bandingkan jenama lain. Sekarang ni orang lagi minat smartphone macam blackberry, iphone tapi entah le, tak minat la..

j20i aka Hazel


Mintak2 le henfon ni boleh tahan lama. amin..

Tiada ulasan: