22 September 2011

Hari Ini, 23 September

Assalamualaikum! Kabare semua?

Bulan dan tarikh cumalah salah satu pengiraan masa yang dibuat manusia. Digunakan atas tujuan mencatat hari. Misalnya hari ini isnin, esok pula selasa. Maka sudah 2 hari berlalu. Ataupun dalam bulan Januari ada 31 hari kerana dalam kalender ditulis nombor 1 hingga 31 sahaja.

Jadi dapat disimpulkan yang tarikh dan bulan itu cuma sebuah perihal yang biasa-biasa. Tetapi mengapa segelintir manusia mengganggap ada tarikh dan bulan yang spesial; Ada orang menganggap bulan dan tarikh sekian-sekian adalah sangat tuah, jadi segala pekerjaan dilakukan pada masa itu, misalnya membuat rumah, berkahwin dan sebagainya. Ada orang begitu skeptikal kerana percaya dengan kesialan sesuatu tarikh dan bulan sehingga diharam baginya melakukan apa-apa pada masa itu. Sesungguhnya kedua-duanya amatlah tidak baik kerana jika tidak dikawal pasti menjadi satu anutan turun temurun.

Jika ada hari yang membawa tuah dan hari yang membawa malang wujud, sudah tentu saya akan memohon kehadrat Ilahi agar dihapuskan hari bermalang itu. Lantas mewujudkan hari bertuah sahaja.

Saudara sekalian, nampaknya kita sebagai manusia sahaja yang acapkali mengagungkan bulan dan tarikh. Bulan dan tarikh berlalu dan beredar bagaikan roda. Dipusing-pusing walau bagaimana sekalipun tetap kita akan jumpanya. tetapi tidak salah kita mengingati tarikh dan bulan tertentu sebagai pedoman, peringatan buat diri kita sendiri dan juga kepada orang lain.

Hari ini 23 September, satu tarikh yang akan saya ingat sepanjang hayat didunia. kerana ia satu permulaan buat hidup saya. Bila tiba tarikh ini lantas saya akan menginsafi diri tetang apakah telah saya lakukan sepanjang usia saya selama ini.

Tahun ini amatlah sebuah tahun yang mencabar buat saya. Dugaan menimpa (patah kaki) membuatkan saya menjadi manusia semula, Bukanlah bermakna saya ini dahulunya haiwan berkaki empat, tidak.. Menjadi lebih baik daripada semalam, itu definasinya.

Bagi saya, 23 September itu cumalah tarikh kitaran. atau titik sebuah permulaan dan penamatnya disitu juga. Moga-moga saya diberi kesempatan usia bertemu 23 Setember hadapan pula, Insyaallah..

Tiada ulasan: