23 September 2011

Ulasan Buku Dua : Al-Amin - Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Assalamualaikum! Kabare semua?

Rasanya sudah lama aku tak buat "post" mengenai ulasan buku ini. Sebab aku pun dah lama tak usha2x buku-buku baru di kedai dan perpustakaan. Alhamdulillah pada sekian hari aku dapat pergi kedai buku Popular. Terjumpa pula buku ini.  

Muka Depan Al- Amin karya A Samad Said

Untuk pengetahuan korang, buku ini merupakan garapan Sasterawan Negara kita iaitu Datuk A Samad Said (Pak Samad). Ia merupakan sebuah puisi panjang yang menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad S.a.w.

Bagi sesiapa yang berminat mengkaji riwayat hidup Rasulullah S.a.w, dalam bentuk yang segar dan baharu, karya Pak Samad ini mampu menjentik minda anda kerana penyampaiannya bukan sama seperti buku-buku teks atau rujukan yang pernah diterbitkan, sebaliknya disusun dalam kata-kata puisi sastera yang indah. 

A Samad Said
Bagi peminat sastera, khususnya pencandu buah tangan Pak Samad, aku meyeru pada korang agar carilah buku ini, kerana ia padat lagi sarat dengan kesenian disamping mengingatkan kita pada rasul kesayangan kita ini.

Al-Amin diambil daripada gelaran Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud jujur. Baginda tidak pernah menipu dan berbohong. Mungkin gelaran itu diambil penulis bagi menggambarkan bahawa buku ini adalah sejujur cetusan minda dari hati sang pengarang.

Pak Samad juga mencatat sejarah sebagai orang pertama yang menulis puisi moden panjang. Sebagaimana dalam kata pengantar, beliau mula menulis puisi ini semenjak tahun 1999 lagi. Tempoh masa yang panjang diperlukan bagi menyiapkan puisi ini kerana Pak Samad ingin menulis seberapa banyak kisah hidup Rasulullah s.a.w di dalam puisinya. 






Pak Samad juga mengakui membuat  pelbagai rujukan bagi mengukuhkan kekuatan puisi ini. Misalnya merujuk pada buku-buku yang sedia ada tak kurang daripada 20 buah, aku ulang ; tak kurang daripada 20 buah buku untuk menghasilkan sebuah puisi sahaja. Betapa menunjukkan beliau kuat mengkaji dan khuatir apa yang ditulisnya salah dengan fakta sebenar.

Terdapat beberapa perkataan yang sengaja dikekalkan berdasarkan buku rujukan seperti hewan dan tofan (perkataan ini diambil dari salah sebuah buku rujukan beliau yang berbahasa Indonesia) kerana menurut Pak Samad :

"Atas keinginan penulis mahu memlihara rentak, rima dan unsur puitis dalam puisi ini"


Pendapat Aku

Kerja menulis dan mengarang puisi bukan kerja senang, kerana kata Pak Samad;


"Menulis puisi tidah semudah menulis prosa(spt cerpen) kerana prosa tidak banyak hukum yang perlu dikuasai. Puisi pula sudah tersedia elemen tertentu yang perlu dipatuhi."


Tambahan pula mengarang puisi yang panjang berdasarkan sesuatu yang realistik, adalah sukar untuk memastikan segala kata yang dikarang sama dan tidak lari dari fakta dan hakiki yang sebenar. 

Seperti kata Pak Samad dalam kata pengantarnya :


"Penulis (biasanya) mengalami kesukaran untuk menyiapkan serangkap ayat kerana mah memastikan bahasa yang diguna dapat ditangkap oleh pembaca disamping untk memulihara nilai estetika sastera. Keduanya amat penting. Tetapi sebaik-baik rangkap pertama menjadi, larik dan kemudian rangkap (seterusnya) menyusul menjadi lebih mengalir."

Sebenarnya saya masih belum menghabiskan lagi bacaan saya, kerana aku lebih gemar menghancur-lumatkan dahulu bacaan saya sebelum menyelak ke mukasurat seterusnya. Tetapi setakat yang aku sudah baca ia bertemakan 5 jalur masa; masa jahiliyah, nabi mengembangkan islam, keadaan nabi sesudah menyebarluaskan islam, saat kewafatan, kisah-kisah berkaitan nabi. Semuanya dirangkumkan menjadi sebuah puisi.


Buku ini mengingatkan kita tentang Rasululah s.a.w, Bagi mereka yang meminati dan menagih bahan-bahan ilmiah seperti ini, buku ini antara koleksi wajib yang perlu ada di rak buku anda pada harga RM41.00 / RM55.00 mengikut kulit buku dan kawasan(Semenanjung dan Sabah serta Sarawak) dan diterbitkan oleh Penerbit PTS.


Tetapi bagi pendapat aku (mungkin dipersetujui Pak Samad) walau seberapa banyak sekalipun kita isi perihal tentang Rasulullah s.a.w, ia masih belum cukup dan sempurna kerana kisah nabi pelbagai dan tidak boleh dirangkumkan dengan mudah.Tak gitu?




Tiada ulasan: